Salmon Grill Mudah

Assalamualaikum

Hi, sejak anak I kena eczema, tahap kerajinan I masuk dapur dah bertambah sekali ganda. Terpaksa merajinkan diri untuk pastikan anak I makan makanan yang healthy.

Memandangkan skill memasak I tahap murid tahun 1 je kan, so menunya pun yang mudah yang amat tahap pejam mata pun boleh masak 😅.



Menu hari ni adalah taraaaa Salmon Gril Murid Darjah satu..haha.. Tak buat sos pun sebab pemalas. 

Bahan :

Salmon
Blackpaper 
Mixed herbs
Garam
Garlic

Cara :

Marinated semua bahan tu dalam setengah jam kemudian masak je salmon atas pemanggang ajaib. Tak perlu lama sangat untuk elak overcook. Tak sedap nanti. 





Alhamdulillah walaupun masakan tahap cincai-cincai je tapi perut anak kenyang. Haha.. Masa memasak tu baca la doa hembus-hembus sikit mudahan anak jadi anak yang baik. 


Sekian cerita hari ni. See ya :)