Pengalaman Mendaki Gunung Angsi, Ulu Bendul




 Bismillahirahmanirahim ...




Alhamdulillah selepas hampir 4 jam mendaki, akhirnya berjaya menjejak kaki di puncak Gunung Angsi, Ulu Bendul Negeri Sembilan. 




MasyaAllah . 
Hilang segala penat bila dapat menikmati pemandangan dari atas gunung. 



Assalamualaikum semua :) mood nak menaip dah kembali. hurreey!! Cerita pengalaman mendaki ni last year punya. Alhamdulillah akhirnya tercapai juga plan suami I, Adin nak buat aktiviti mendaki untuk murid sekolah dia. Dan sebagai wife yang supportive, hahahahhaa... haruslah I buat muka tak malu join aktiviti ni juga. Lebih kurang 40 orang murid dan 10 orang cikgu Sekolah Saint Aidan, Bahau join aktiviti ni. Dah lupa sebenarnya jumlah yang tepat. Haha :)


Semua murid berkumpul di sekolah pukul 7.00 pagi, then naik bus ke Ulu Bendul. Sebelum mendaki kami semua diberi taklimat oleh dua orang abang JPAM yang hensem. hahaha.. Then buat sikit aktiviti memanaskan badan. Seterusnya bermulalah pendakian menuju puncak Gunung Angsi. Kami mula mendaki dah agak lewat sebenarnya sebab perjalanan dari sekolah ke Ulu Bendul agak memakan masa. Matahari pun dah tegak atas kepala. Kami mendaki menggunakan trek dari kawasan perkelahan Ulu Bendul. 




 Rasanya ini pengalaman pertama untuk kebanyakkan murid sekolah tu. Tapi!!! tenaga diaorang ni memang lain macam. walaupun laluan mendaki agak menguji iman bagi I, tapi budak-budak sekolah rendah ni boleh slumber je. Siap berlari-lari pulak tu. terlebih minum milo agakanya. Haha. Cuma ada la dua, tiga orang yang hampir terkandas. Lama jugak menunggu geng hampir terkandas ni untuk sampai. Dah nama pun mendaki secara kumpulan, so kenalah tunggu and bagi support jugak pada dioarang untuk terus sampai. Itu yang makan masa sampai hampir 4 jam. 


Sampai di 3/4 jalan, hujan turun dengan selebat-lebatnya. Basah kuyup takpayah cakaplah kan. Jalan licin, then laluan makin mencabar. Siap kena panjat-panjat guna tali tu!! Dalam hati memang risau sangat. Maklumlah bawa murid tahun 4 dan 5. Nak berpatah balik terasa sayang sebab dah hampir sampai ke puncak. Lagipun jauh jugak jarak yang dah kami daki. Masa tu dalam hati semua cikgu rasanya dok bertawakal jelah :) 



 Di kaki Gunung Angsi




Alhamdulillah, dalam kebasahan, kelaparan, keletihan akhirnya berjaya sampai ke puncak :)


Sampai je di puncak, masing-masing terus buka bekal makanan. Menggigil-gigil makan dalam hujan. Nasi  penuh dengan kuah air hujan. Tapi serius cakap, tulah nasi yang paling sedap yang pernah I makan.  Hahaha. Di atas puncak gunung ni cuma ada satu je pondok kecil. So sebagai cikgu kenalah mengalah bagi murid yang berteduh dalam pondok tu. Alhamdulillah tak lama lepas kami makan, hujan pun berhenti. 




Tengoklah Adin tu bukan main happy. jarang weyh dapat ambil gambar dia sengih nampak gigi macam ni. Hahaha




 Dah buat muka garang balik! dasar cikgu disiplin, in character lah konon! 



Wife cikgu displin ni tak macam suami dia. senyum je manjang kan :)



Solat zohor berjemaah. Pengalaman baru untuk murid-murid menunaikan solat berjemaah dalam keadaaan macam ni. Teringat kata-kata Cikgu Saiful masa suruh murid-murid solat. "Allah tak tanya kita pernah daki gunung ke tak, tapi Allah tanya kita solat ke tak". 


Memandangkan hari dah makin petang, kami buat keputusan untuk turun menggunakan trek ke jalan lama Ulu Bendul. Trek ni lebih mencabar berbanding trek yang kami daki tadi tapi laluannya lebih pendek. Untuk sampai sebelum hari gelap terpaksalah kami guna laluan ni. 



Laluan curam then licin sebab baru lepas hujan. Banyak jugaklah adegan terjatuh termasuklah diri I sendiri. 






Yeaayy!! Peserta terakhir dah pun sampai :)) Lebih kurang pukul 6.30petang, semua peserta berjaya turun dari Puncak Gunung Angsi dengan selamat. Walaupun penat, tapi jelas di muka masing-masing perasaan happy terutamanya murid-murid lah. Tabik spring pada cikgu-cikgu yang berjaya anjurkan aktiviti macam ni. Confirm 3hari 3malam budak-budak ni bercerita pasal pengalaman dioarang pada family :)





Sekian,InshaAllah jumpa lagi :) 







5 comments:

seha fuad said...

salam sis, saya pernah daki gunung angsi semasa zaman uni. mencabar juga gunung tu. rasa terkejut bila sis cakap tahun 4 dan 5 yang mendaki. rasa macam wow. sebab kiaorang sendiri pun rasa tercabar mendaki apakan lagi budak budak.

ada mokhtar said...

SEHA : a'ar mula memang terkejut dgr plan suami nak bawak student dia hiking kat situ. tp dia slumber je cakap dah ada sek rend yng buat seblum ni, semuanya okey je. so lyn kan jelah dia. pihak admin sek & ppd n9 pun luluskan je paperwork dia. hehehe... mmg mencabarkan.. tapi siyes cakap, budak2 mmg tenaganya lain macam.. hehe

ain syafieqa said...

seronok panjat gunung ni. bila dh smpai atas tu rasa tenang sangat.hehe..

ada mokhtar said...

AIN : alhamdulillah dapat peluang gini :)

Muhammad Khairuddin Lim said...

nice sharing..bercadang ke sana..