Terkini



Assalamualaikum



Update ringkas & padat yang terkini. weeeehuuu lama nyah I tak menaip kat sini. gatal jari-jariku. haha . . 


#1 . 
I dah jadi umi. Alhamdulillah I dah melahirkan baby girl nama Hania Fathia. Baby dah umur 4 bulan pun :) 




#2 . 
I masih kat Johor dengan baby. Husband pulak kat N9. tapi!!! Alhamdulillah ada berita baik. Next year kami dapat tinggal sebumbung. I dapat pindah ke N9.



#3. 
Sk Felda Lui Selatan sila  tunggu kedatangan I. Hahaha. masuk felda baqhang! 




sekian, update ringkas dan padat. nanti I curi-curi masa update blog lagi ye. Banyak betul story nak share ni. haha. Assalamualaikum. 


## I banyak update kat IG. @adamokhtar

Menunggu Hari



Assalamualaikum


Hye, lama betul I menyepi kan. Banyak sangat nak bercerita sebenarnya tapi apakan daya mood memang tak menentu. Time ada mood, line internet pulak buat perangai. 

I dah pun start bercuti sejak 27may lepas. Hurreyy cuti lama!! I ambil cuti bersalin awal lima hari. Due date 19June nanti. berdebar-debar tunggu baby keluar. Macam-macam perasaan ada sekarang. Takut, excited,  segalanyalah!!

Kalau boleh nak baby keluar awal sikit. hujung minggu ke. Amboi main request pulak kan. haha. Bukan apa, hujung minggu ni Adin dah kena balik Negeri Sembilan. Takut dia tak sempat tengok I bersalin je bila dah balik Negeri Sembilan. huhu ;(

Semalam I dengan Adin pergi check up baby 38weeks di Hospital Pantai Sungai Petani. First time check up kat situ. Tapi dapat berita kurang gembira semalam. Doktor cakap kepala baby dah kat bawah tapi belum masuk pada laluan untuk keluar. Masih tinggi kedudukannya. Kalau next check up pun kedudukan masih macam tu, high possibility I terpaksa  bersalin secara czer. Faktornya ketinggian I yang rendah. Terus terang I memang rasa down sekarang ni. Siapa yang tak nak bersalin secara normal kan.  Harap sangat dapat bersalin dengan selamat. Baby dan I sama-sama sihat :) 



Kandungan 37 minggu. Hari terakhir di Johor. Sempat juga makan nasi minyak kawan baik dunia akhirat, Wan & Paah. Semoga kita semua sentiasa berbahagia hingga ke Jannah :)



Antenatal Class Hospital Penawar



Assalamualaikum ... Hai semua :)



Kali ni I nak cerita pasal pengalaman attend antenatal class anjuran Hospital Penawar, Johor. Dah lama sebenarnya I plan nak join antenatal class ni. Masa mengandung 4 bulan I dan start survey hospital-hospital yang ada anjurkan antenatal class. Johor, Kedah, Negeri Sembilan habis semuanya I survey. Haha . . Setelah 3 bulan asyik tangguh-tangguh, Finally ada jugak masa yang betul-betul sesuai untuk I dengan Adin attend. 



12 April 2014
Hospital Penawar Pandan City, JB
9.00 pagi - 12.00 tengahari
Bayaran adalah FREE!! 


Alhamdulillah banyak jugak input yang I dan Adin dapat dari kelas ni. Seronok sangat tengok suami-suami yang attend kelas ni sama-sama concern tentang kesihatan wife dan anak masing-masing. Bertubi-tubi soalan ditanya pada penceramah. Tapi terus-terang I cakap masa setengah hari tak cukup. Terasa sekejap sangat. Tapi dah nama pun free kan, nak lebih-lebih pulak. Haha .. Mungkin kalau attend kat hospital yang berbayar lebih banyak knowledge yang boleh dapat. 

I share serba-sedikit ilmu yang I dapat mengikut slot ye. Apa yang I dapat ni sebenarnya boleh je jumpa dalam buku or kat internet. Tapi pada I apa yang kita dengar lagi senang paham dari apa yang kita baca.  tak gitu? hehe . I buat ringkasan apa yang I rasa penting je tau :)


Slot 1 : Antenatal Care New 
  • Vitamin obimin sesuai untuk ibu mengandung yang HB normal. Iberet sesuai untuk ibu mengandung yang HB rendah. 
  • Suntikan kancing gigi (ATT) tak wajib pun diambil sebab tujuannya untuk mengelakkan jangkitan kuman semasa proses kelahiran. Kat hospital dan tentu-tentulah semua alatan yang digunakan dalam keadaan bersih kan. Zaman dulu mak bidan yang sambut baby, alatan yang digunakan tak dijamin bersih. Itu sebab wajib ambil suntikan ATT. Tapi kan! I rasa baik kita ambil langkah berjaga-jaga. Memang kita plan nak bersalin kat hospital, tapi kalau TERbersalin dalam kereta ke, macam-mana tu? So ambil jelah suntikan tu. Free je pun kat klinik kerajaan. I cucuk kat klinik  swasta pun murah je. Untuk anak sulung 2 kali. 
  • Minum air gula pula untuk ibu yang berumur 35 tahun dan ke atas, mempunyai sejarah keluarga/ diri sendiri kencing manis or mempunyai risiko mengidap kencing manis. Jadi untuk kes I yang berumur 28 tahun, tiada sejarah keluarga atau diri sendiri dan keputusan urine setiap kali checkup baik tak perlulah minum air gula. Yang peliknya masa checkup kat Klinik Kesihatan (kerajaan) masa minggu ke 10, 13 dan 15 beriya-iya doktor dan nurse mention I kena minum air masa minggu ke 21. Alasannya semua ibu yang berumur lebih dari 25 tahun kena minum air gula. Hurrmmm . . . Disebabkan checkup berikutnya I buat kat klinik swasta, so I pun terselamat dari minum air gula. hahaha. takut sangat dengan air gula tu kan. 

Slot 2 : Suntikan Epidural

Epidural ni ubat tahan sakit yang paling berkesan. Bergantung pada keadaan ibu semasa proses bersalin. Kalau terlampau sakit dan tak mampu tahan sakit bolehlah ambil suntikan epidural ni. Kalau di hospital swasta kosnya agak tinggi jugak. Hospital Penawar charge RM450. I rasa rate yang paling murah tu sebab cikgu sekolah I kena RM700 kat hospital lain. Lain hospital lain charge nya. Kat hospital kerajaan pun ada tapi bergantung pada rezekilah kalau request kita untuk disuntik epidural ni dilayan. 

Gambar dari google. Untuk detail tentang suntikan epidural ni korang search sendiri lah ye :)

Memang seronok dengar bila ambil suntikan epidural ni ibu tak akan rasa sakit. Tapi! ada part yang tak seronok jugak tau. Risiko epidural ni adalah proses meneran akan jadi lebih lama sebab tak ada tekanan rasa sakit. Risiko kena jangkitan kuman or sakit tulang belakang sebenarnya hampir mustahil sebab di Malaysia doktor pakar je yang akan lakukan proses suntikan ni. 


Slot 3:  Penjagaan Luka Selepas Bersalin

Episiotomi
Walaupun bersalin secara normal, doktor akan gunting faraj ibu sedikit untuk memudahkan baby keluar dan untuk elak berlaku koyak. Better digunting dari terkoyak tau. Nanti lagi susah nak jaga. Biasanya untuk anak sulung memang doktor akan gunting. Ada 2 cara guntingan iaitu menegak (midline) dan menyerong (mediolateral). Yang biasa dibuat ialah menyerong. Selepas baby keluar doktor akan jahit bahagian yang digunting. Jangan risau sebab benang jahitan tu akan tertanggal sendiri. 

cara penjagaan: tukar pad dengan kerap, rendam punggung dalam air suam yang diletak antiseptik, sentiasa make sure bahagian luka kering, jangan teran jika mengalami sembelit. Makan banyak serat dan minum banyak air untuk elak sembelit. 

Cesarean .
Doktor akan potong lebihkurang 10cm sahaja. 

cara penjagaan: sediakan bantal kecil untuk sokong bahagian perut waktu batuk. Ini untuk elak rasa sakit. Biasanya ibu akan terbatuk apabila selesai proses cesarean. Elakkan makan jamu or ubat tradisional at least 4 minggu selepas bersalin. Paling penting jangan mengada-ngada nak angkat benda berat. Benda paling berat yang ibu boleh angkat adalah baby sahaja! 

Untuk luka episiotomi dan cesarean kena sentiasa check. Suami kena main peranan bab check ni. Yelah wife u'0ls mana nampak nak tengok bahagian bawah tu kan.  Kalau ada bengkak, lebam, luka terbuka, gatal, merah, nanah, panas or ibu demam cepat-cepatlah pergi jumpa doktor. 


Slot 4 : Antenatal & Post Natal Exercise


Comel kan penceramah ni. Haha..  

Dalam buku pink ada je cara-cara bersenam untuk ibu mengandung. Saja je malas nak amalkan. Haha. Bila dah kena sakit pinggang barulah terasa nak bersenam. Selain senaman biasa, penceramah ni ada share teknik pernafasan semasa bersalin. 

  • Kontraksi Awal : Bertenang, tarik nafas melalui hidung then hembus melalui mulut. 5-6 kali dalam 30 saat.
  • Kontraksi Kuat : Tarik nafas melalui hidung, hembus melalui mulut 2 kali pendek dan hembus panjang.
  • Semasa meneran: Tarik nafas pendek melalui mulut, tahan dan teran.



Slot 5 sepatutnya Kepentingan Kalsium Susu tapi ditukar dengan slot penerangan tentang pakej-pakej yang ditawarkan oleh Hospital Penawar. Dah nama pun kelas free, mestilah ada part promote dari pihak hospital kan. Untuk pakej bersalin normal harganya RM1999. 2 hari 1 malam Bilik single okey! I rasa agak murah tu.  Cesarean RM4480 kalau tak silap. 3 hari 2 malam bilik single. Then ada jugak pakej mengurut selepas bersalin. Rate sama je tak kisah Hospital Penawar Pandan City or Pasir Gudang. I tak ambil note sangat sebab I plan nak bersalin di Kedah. InshaAllah. 

Seterusnya kami dibawa melawat sekitar hospital. Puas check setiap bilik. dari single, double, berempat hinggalah berenam. Memang luas biliknya. mak ayah datuk, nenek semua boleh masuk. Kemudahan kat Hospital Penawar Pandan City ni memang tiptop sebab baru je beroperasi bulan Februari lepas. semua baru okey! 

Lepas selesai melawat ada jamuan makan tengahari. Hureey!! makan free!! Alhamdulillah kenyang makan spaghetti carbonara yang sedap. haha . . Selain makan free, Seronok sangat-sangat attend kelas ni sebab dapat banyak gift!! 


Masa daftar je dah dapat beg purple Anmum. Then tanya soalan masa slot dapat beg kuning Drypers. Alhamdulillah dapat pulak rezeki cabutan bertuah beg hijau Happy Babybeg. Dalam beg-beg tu ada sample susu Anmum untuk ibu mengandung dan menyusu, tuala Anmum, Lampin pakai buang Drypers dan Mamipoko, mandian Drypers, nappy rash cream brand Sudocrem dan Bepanthen, Shower foam Shokubutsu dan last skali pelembut fabrik Comfort Ultra Pure. Puas hati kau! hahaha . . Kalau lagi bertuah boleh dapat hamper barangan baby yang besar gelabak lagi tau. tapi itu rezeki orang lain. 

Untuk bakal ibu dan bapa I memang sarankan korang join kelas antenatal ni sebab dapat gain banyak sangat maklumat berguna. Terutamanya bakal bapa. Barulah diaorang lebih paham kesusahan wife kesayangan masa mengandung dan bersalin. Ada bakal bapa yang sampai pejam mata tau masa  penceramah tunjuk gambar episiotomi. Lepas ni mesti bakal-bakal bapa lagi menghargai wife masing-masing :)

Ini I sediakan list beberapa hospital swasta yang tawarkan antenatal class di Johor, Negeri Sembilan dan Kedah:

Johor 

Negeri Sembilan

Kedah 
(call hospital sebab diaorang tak update di web)
KMC 





sekian, tata :)





Rekod Kesihatan Ibu; Buku Pink




Assalamualaikum ... Hello semua :)



Kali ni bercerita hal ibu-ibu mengandung lagi. Kisahnya tentang pengalaman buat buku rekod kesihatan ibu. Ala buku yang warna pink tu.  Masa kandungan I dah masuk 10 minggu barulah I dengan Adin ke Klinik Kesihatan Bandar Seri Jempol untuk buat buku ni. 


Kenapa masa minggu ke-10? 

Okey sebab utama adalah doktor yang kami jumpa masa first checkup untuk sahkan mengandung suruh buat buku pink bila kandungan dah masuk minggu ke-10. Selain tu, banyak maklumat yang I dapat dari blog-blog lain sarankan buat buku pink antara minggu ke-10 hingga ke-12. Katanya kalau terlebih awal ke klinik or terlebih lewat dari minggu-minggu tersebut confirm kena sembur dengan nurse. Aiyook!!


Sebelum ke Klinik Kesihatan (KK) memang dah set otak yang KK ni SCARY!! Hahaha.. Bukan salah I tau set minda macam tu. Puncanya kebanyakkan review yang I baca bercerita tentang kerumitan, kelecehan, kena marah dan macam-macam yang negative lah tentang KK. Tapi sebenarnya tak semua orang mengalami pengalaman negative bila berurusan KK pun. I ni je yang terlebih over. Hahaha... 


8.00 pagi, 25 November 2013:

Sampai je di KK Bandar Seri Jempol, kami terus ke bahagian Klinik Ibu dan Anak. Terus ke kaunter dan cakap pada nurse nak buat buku pink.  Tiba-tiba dapat soalan cepumas dari nurse. "Ada bukti?" tercengang I dengan Adin bila dapat soalan tu. Eh bukti apa pulak. Nak kena tunjuk perut buncit dulu ke macam mana ni. Rupa-rupanya nurse perlukan surat or apa-apa pengesahan yang betul-betul menunjukkan I positive mengandung. Memandangkan masa checkup di klinik swasta dulu I tak diberi apa-apa surat so terpaksalah I dengan Adin ke bahagian pesakit luar untuk buat urine test. 


Sampai di bahagian pesakit luar terus maklumkan pada nurse di kaunter untuk buat pregnancy urine test dan bagi IC. Seterusnya ambil nombor giliran dan bertapalah I dengan Adin di situ sehingga nombor di panggil. Seperti yang sedia maklum, berjam-jam lah kami menunggu giliran. Ramainya orang sakit! 


Tingtong! yes!!! No giliran I dah dipanggil. Sekarang nurse arahkan untuk pergi bahagian makmal. Maka setialah Adin mengikut I ke laboratory pulak. Kat sini I diberi botol,  dan pergilah ke tandas. Nasib baik tandas dah memang ada kat situ. Tak payahlah nak ke hulu hilir lagi. Settle serah urine tunggulah keputusannya. Tak sampai lima minit terus dapat result. 


10.40 pagi, 25 November 2013:

Seterusnya kembali ke Bahagian Ibu dan Anak. Masuk je pintu terus tergamam sebab nampak semua  kerusi dah penuh dengan ibu-ibu dan anak-anak yang menunggu giliran. Aiyook!! Kami ke kaunter dan serahkan surat yang mengesahkan urine I positive pregnant. Sekali lagi nurse di kaunter buat lawak seram. 


Nurse : Awak tinggal di mana?
I: Saya tinggal kat Johor, suami kat sini.
Nurse: EH, mana boleh buka buku kat sini. Kena buka buku kat Johor.
I : Tapi saya selalu balik rumah suami. Lagipun sekarang saya cuti panjang 2 bulan, duduk kat rumah suami. Lama lagi nak tunggu kalau nak buka buku kat Johor. 
Nurse : Tak boleh sebab bila buka buku kami akan daftarkan awak dalam  rekod. Nanti susah kami nak pergi melawat awak 4 kali.
Adin  : Ada nurse melawat kat rumah ke? Masa mengandung?
Nurse: Iye, 4 kali. Itu memang prosedur kami. 


I dengan Adin bertambah blur! tak pernah dengar pun kisah nurse pergi check ibu mengandung kat rumah. Dah 3 orang housemate I mengandung tapi tak ada seorang nurse pun pernah pergi check kat rumah. Semuanya kena pergi check sendiri kat KK. Tapi I tetap fikir positive masa tu. Mungkin betul prosedur di KK Bandar Baru Serting macam tu, tak sama dengan prosedur di KK Ulu Tiram tempat housemate I berurusan. 

I : Kalau saya nak minta buat buku je boleh tak? Tak perlu daftarkan nama saya di sini. 2 bulan lagi baru saya balik Johor, lewat sangat kalau baru nak buat buku waktu tu. 
Nurse : UrrrMMM ........  

lama jugaklah dia berfikir. 

Nurse: Awak datang balik petang nanti. Pukul 2.00 petang. Sekarang ramai orang. 

Ha? Pulak!! Masa tu nampak nurse tu kecik secoet je. Geramnya!!!! Mood terus berubah habis. tengah tahan air mata je ni. Rasa ringan je mulut nak keluar benda-benda tak elok. 

I : Kalau saya petang nanti, boleh terus buat ke?
Nurse: Kena ambil nombor giliran semula. 
Adin: kalau ramai orang lagi?
Nurse : tunggu jelah!!


Aiyookk!! I dengan Adin terus keluar dari situ. Air mata I memang dah melimpah-limpah. Mulut dah membebel-bebel geram, marah, sakit hati semua ada. Adin pulak boleh pertikaikan kenapa I terlebih emosi sangat sampai nak menangis-nangis . Suamiku tersayang, isterimu ini sedang mengalami fasa mood tak tentu arah. memang benda tu nampak simple je, tapi emosi ibu mengandung ni lain macam sikit. Haha . .



2.00 petang, 25 November 2013:


I dengan Adin kembali ke Bahagian Ibu dan Anak. Alhamdulillah tak ramai orang lagi nampaknya. Terus letak keputusan urine pagi tadi dan IC dalam bakul yang disediakan di kaunter. Lebih kurang 10 minit kemudian nama I pun dipanggil. Pergi ke meja berdekatan kaunter jumpa dengan nurse. Maka bermulalah proses membuat buku pink. Nurse akan tanya maklumat peribadi untuk direkodkan dalam buku pink. Seterusnya tentang tarikh terakhir I mula datang bulan. Ini untuk tentukan bila due date. I pun tak pasti macam mana pengiraannya. Nurse cakap due date I 19 June 2014 :))


##Buku pink ni ada dua salinan tau. Satu untuk ibu mengandung dan satu lagi untuk pihak KK.


Seterusnya nurse ambil darah dan suruh I ke laboratory untuk serahkan darah tersebut. Darah diambil di bahagian lengan. Sebotol jugaklah darah diambil. I memang cuak bab jarum dan darah ni.


Gambar dari google image :)



Di laboratory serahkan darah di kaunter then tunggu beberapa minit kemudian keputusan pun siap. Sangat pantas!! I suka :))  Sekarang pergi balik ke Bahagian Ibu dan Anak. Serahkan buku pink dan keputusan darah tadi  dalam bakul yang disediakan.

keputusan darah I. tak paham apa benda pun. haha


Lebihkurang 10 minit nama I dipanggil. Sekarang kena masuk bilik berjumpa nurse lagi. Kat sini tinggi dan berat ibu mengandung diambil. Nurse akan beri penerangan berkaitan penjagaan kesihatan masa mengandung.  Nurse semak keputusan ujian darah tadi dan beri nasihat untuk makan apa, vitamin apa dan lain-lain.  Kemudian nurse suruh baring then check perut. selesai check perut nurse akan beri penerangan untuk check payudara. Kena buat sendiri sambil nurse ajar. Malu I . hahaha.


Selesai jumpa nurse kena bawa buku pink ke bilik doktor. Doktor suruh baring then scan baby. Sukanya first time dapat tengok baby dalam perut. Doktor bagi penerangan berkaitan baby. Gambar scan nanti-nantilah I upload. Segan nak perkenalkan baby selagi belum lahir :)


Belum habis lagi tau prosesnya. Langkah seterusnya kena ke Bahagian Pergigian pulak. Hadoooiii penat sungguh ke hulu-hilir. Macam biasa serahkan buku pink di kaunter dan tunggu sehingga nombor giliran dipanggil. Doktor akan check gigi ibu mengandung dan rekodkan dalam buku pink. Alhamdulillah gigi I tak ada sebarang masalah :))


Seterusnya ke Bahagian Farmasi. Ubat yang diberi adalah acid folic, vitamin c, vitamin b kompleks dan iron. Puaslah menelan ubat tiap-tiap hari. Hahaha ..


Akhir sekali, pergi semula ke Bahagian Ibu dan Anak untuk serahkan buku pink salinan KK. salinan ibu mengandung boleh bawa balik rumah. Akhirmya....... boleh balik.. Hurreeeyy!!! Pukul 5.00 petang barulah semuanya selepas. Hari yang sangat memenatkan.






Lepas dapat buku pink I checkup dengan KK ni cuma 2 kali je. Lepas tu semuanya I checkup di klinik swasta sajooo. Nanti I ceritakan details monthly checkup  di entry lain. InshaAllah . Assalamualaikum :))














Pengalaman Trimester Pertama (0-12 Minggu)




Assalamualaikum . . . 



Alhamdulillah I dah pun melepasi fasa trimester pertama. Entry ni sekadar nak berkongsi pengalaman yang I lalui sepanjang trimester pertama. InshaAllah kalau ada rezeki akan ada entry pengalaman di trimester yang berikutnya. Sebagai catatan diari untuk panduan diri sendiri dan boleh tunjuk pada anak-anak di masa akan datang :)  Lain orang lain pengalamannya kan. 


20 Oktober 2013, I dan Adin dapat tahu yang I mengandung. Pagi tu I buat pregnancy test. Lepas nampak je 2 lines terus tunjuk pada Adin dan boleh pulaklah I menangis sepuas hati. Siap sedu-sedu, drama habis. hahaha.. Puas jugak Adin pujuk suruh stop nangis. Sebenarnya diri sendiri pun tak pasti apa motif menangis tak tentu arah macam gitu. Bila flashback memang rasa kelakar sangat. 


 Petang yang sama lepas buat urin test, I dengan Adin buat checkup di  klinik swasta kat Senawang. I dah lupa nama klinik tu. Yang pastinya klinik doktor perempuan berhampiran dominos Senawang. Kandungan dah pun berusia 4 minggu berdasarkan tarikh last period. 


Selepas 8 bulan kahwin, Alhamdulillah diberi rezeki untuk jadi abi dan umi. Tapi terus-terang cakap, I dengan Adin masing-masing blur masa tu sebab kami dalam tempoh merancang memandangkan I dengan Adin pasangan jarak jauh.  I kat Johor, Adin pulak kat Negeri Sembilan. Kalau boleh Adin taknak I tanggung susah mengandung dan mungkin kena besarkan anak seorang diri. Tapi perancangan Allah tentunya lebih baik. Kami syukur dengan rezeki yang diberi. Blur tu sekejapnya, selebihnya memang sangat happy. 


Sebulan dua sebelum mengandung pun dah ada beberapa benda pelik yang I rasa. Paling ketara, tiba-tiba je I suka pakai mandian baby. Feeling kulit halus mulus macam bayilah pulak kan. Rasa sedap sangat bau-bau mandian baby. Walhal selama ni tak pernah pun guna produk baby. Selain tu, I terlebih excited bila nampak pakaian baby. Sanggup beli then bagi hadiah kat anak orang. Mungkin naluri menjadi ibu dah muncul masa tu kan. 



Panjang betul mukadimah. Hahaha.. Maka bermulalah perjalanan sebagai ibu mengandung :) 



Zigot berusia 4 minggu dalam perutku. Gigih kau pergi panjat Gunung Angsi masa ni ;'(


Minggu ke 4 hingga 12 


Alhamdulillah keadaan I sepanjang mengandung di trimester pertama ni biasa-biasa je. Tak ada apa-apa yang terlampau sampai tak boleh bangun or tak boleh pergi kerja. Yang I alami cuma selsema berpanjangan. Boleh dikatakan setiap hari selsema. Rupa hidung merah macam badut. haha.. Azab juga menanggung selsema tak henti-henti ni.  Bila selsema automatik badan jadi lemah je kan. 


Sejak mengandung selera makan I bertambah-tambah. Pagi kena ambil sarapan. Then masa rehat kat sekolah kena minum pagi. Tak ada maknanya makan yang ringan-ringan waktu minum pagi ni. Nasi sepinggan I belasah. haha. Balik sekolah kena pastikan makan tengahari. Sambil layan drama tv3 waktu maghrib tu kena mengunyah makanan. Then pukul 8malam kena makan malam pulak. Wajib makanan yang berat waktu ni. Belum habis lagi tau. tengah baring-baring nak tidur rasa lapar lagi. Kenalah kunyah apa-apa sebelum lelap. Kalau skip salah satu terus lemah satu badan, muntah angin dan air. Lepas makan pulak kena terus buang air besar, kalau tak confirm termuntah segala yang dimakan tadi. 


Seterusnya muntah waktu mandi. Entah apa punya perangailah tiba-tiba jadi alah pada air. Haha.. Jadi I cuma mandi dua kali sehari, pagi dan petang. Hahaha.. Masa mandi pun jadi lama sebab nak ambil mood, set otak jangan muntah dulu sebelum siram air kat badan. 


Jerawat tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan kat muka. Tak sanggup nak tengok cermin lama-lama sebab muka buruk habis. Bertempek-tempek jerawat di sana sini. Then ditambah pulak dengan hidung mengelupas. Sampaikan anak sedara lelaki yang baru umur 5 tahun pun boleh tegur muka I banyak jerawat. Malu oii!! Kat belakang badan pun naik jerawat kecil jugak. Rasa geli je bila sentuh belakang badan sendiri. Nasib baiklah Adin tak rasa macam tu jugak. Hahaha.. 


Sembelit!! Aduh paling lemah dengan masalah ni. Udah la setiap kali lepas makan kena buang air besar, then kena mengadap masalah sembelit pulak. Menangis jugak nak mengadap azam dugaan ni. Sembelit ni perkara biasa untuk ibu mengandung. Cuma kena banyakkan minum air dan makan makanan berserat tinggi. Jadi pisang sentiasa ada dalam handbag. Paksa jugak diri makan pisang walaupun sebenarnya I kurang gemar makan pisang kecuali dah jadi goreng pisang or cokodok pisang. Hahaha.. 



Embrio berusia 6 minggu. Umi dengan Abi tengah babymoon di Kuching :)


Okey ke part mengidam pulak :) Dalam minggu ke 7, tiba-tiba je teringin sangat nak makan buah cermai. Nak yang fresh dari pokok tau bukan yang dah dijerukkan. Minggu ke 14 baru dapat makan. Sayang sangat pada mak yang sanggup buat muka tak malu minta kat rumah orang. Dapatlah makan dalam 10 biji. Rasa puas sangat tau dapat makan apa yang diidamkan. 


Buah cermai tumbuk bersama belacan, gula, cili padi dan garam. Fuhhh!! nikmat :)



Kegilaan untuk bergambar hampir lenyap sepanjang trimester pertama. Pelik kan!! Sebelum ni I sangat ghairah bab bergambar ni. Setiap masa nak bergambar je. Tapi waktu mengandung dah jadi kekurangan mood. Terasa sayang jugak sebab tak ada gambar setiap bulan masa mengandung.








Baby dalam perut Umi dah berusia 11 minggu :)





Itulah pengalaman yang I alami sepanjang trimester pertama. 
Sekian, Mmmuaahh dari baby dalam perut Umi :)







Abi and Umi To Be



Bismillahirahmanirrahim ....




Alhamdulillah :))

Disaat hati nakal selalu terdetik belum bersedia, tapi Allah SWT lebih mengetahui yang terbaik untuk hambanya. Syukur, di usia dalam usia 28tahun, I akan jadi Umi. Semuanya dengan izinNya. 





Selepas 4 minggu barulah kami tahu rupanya I dah mengandung. itu pun sehari lepas kami mendaki Gunung Angsi. Mujurlah I agak berhati-hati sepanjang aktiviti. segalanya selamat. Hati memang dah terdetik ada yang sesuatu tapi was-was lebih banyak. Esok harinya cuba buat pragnancy test sendiri.  Kelu bila nampak 2 line. Alhamdulillah :))



Tak sabar menunggu insan baru June nanti :))







Pengalaman Mendaki Gunung Angsi, Ulu Bendul




 Bismillahirahmanirahim ...




Alhamdulillah selepas hampir 4 jam mendaki, akhirnya berjaya menjejak kaki di puncak Gunung Angsi, Ulu Bendul Negeri Sembilan. 




MasyaAllah . 
Hilang segala penat bila dapat menikmati pemandangan dari atas gunung. 



Assalamualaikum semua :) mood nak menaip dah kembali. hurreey!! Cerita pengalaman mendaki ni last year punya. Alhamdulillah akhirnya tercapai juga plan suami I, Adin nak buat aktiviti mendaki untuk murid sekolah dia. Dan sebagai wife yang supportive, hahahahhaa... haruslah I buat muka tak malu join aktiviti ni juga. Lebih kurang 40 orang murid dan 10 orang cikgu Sekolah Saint Aidan, Bahau join aktiviti ni. Dah lupa sebenarnya jumlah yang tepat. Haha :)


Semua murid berkumpul di sekolah pukul 7.00 pagi, then naik bus ke Ulu Bendul. Sebelum mendaki kami semua diberi taklimat oleh dua orang abang JPAM yang hensem. hahaha.. Then buat sikit aktiviti memanaskan badan. Seterusnya bermulalah pendakian menuju puncak Gunung Angsi. Kami mula mendaki dah agak lewat sebenarnya sebab perjalanan dari sekolah ke Ulu Bendul agak memakan masa. Matahari pun dah tegak atas kepala. Kami mendaki menggunakan trek dari kawasan perkelahan Ulu Bendul. 




 Rasanya ini pengalaman pertama untuk kebanyakkan murid sekolah tu. Tapi!!! tenaga diaorang ni memang lain macam. walaupun laluan mendaki agak menguji iman bagi I, tapi budak-budak sekolah rendah ni boleh slumber je. Siap berlari-lari pulak tu. terlebih minum milo agakanya. Haha. Cuma ada la dua, tiga orang yang hampir terkandas. Lama jugak menunggu geng hampir terkandas ni untuk sampai. Dah nama pun mendaki secara kumpulan, so kenalah tunggu and bagi support jugak pada dioarang untuk terus sampai. Itu yang makan masa sampai hampir 4 jam. 


Sampai di 3/4 jalan, hujan turun dengan selebat-lebatnya. Basah kuyup takpayah cakaplah kan. Jalan licin, then laluan makin mencabar. Siap kena panjat-panjat guna tali tu!! Dalam hati memang risau sangat. Maklumlah bawa murid tahun 4 dan 5. Nak berpatah balik terasa sayang sebab dah hampir sampai ke puncak. Lagipun jauh jugak jarak yang dah kami daki. Masa tu dalam hati semua cikgu rasanya dok bertawakal jelah :) 



 Di kaki Gunung Angsi




Alhamdulillah, dalam kebasahan, kelaparan, keletihan akhirnya berjaya sampai ke puncak :)


Sampai je di puncak, masing-masing terus buka bekal makanan. Menggigil-gigil makan dalam hujan. Nasi  penuh dengan kuah air hujan. Tapi serius cakap, tulah nasi yang paling sedap yang pernah I makan.  Hahaha. Di atas puncak gunung ni cuma ada satu je pondok kecil. So sebagai cikgu kenalah mengalah bagi murid yang berteduh dalam pondok tu. Alhamdulillah tak lama lepas kami makan, hujan pun berhenti. 




Tengoklah Adin tu bukan main happy. jarang weyh dapat ambil gambar dia sengih nampak gigi macam ni. Hahaha




 Dah buat muka garang balik! dasar cikgu disiplin, in character lah konon! 



Wife cikgu displin ni tak macam suami dia. senyum je manjang kan :)



Solat zohor berjemaah. Pengalaman baru untuk murid-murid menunaikan solat berjemaah dalam keadaaan macam ni. Teringat kata-kata Cikgu Saiful masa suruh murid-murid solat. "Allah tak tanya kita pernah daki gunung ke tak, tapi Allah tanya kita solat ke tak". 


Memandangkan hari dah makin petang, kami buat keputusan untuk turun menggunakan trek ke jalan lama Ulu Bendul. Trek ni lebih mencabar berbanding trek yang kami daki tadi tapi laluannya lebih pendek. Untuk sampai sebelum hari gelap terpaksalah kami guna laluan ni. 



Laluan curam then licin sebab baru lepas hujan. Banyak jugaklah adegan terjatuh termasuklah diri I sendiri. 






Yeaayy!! Peserta terakhir dah pun sampai :)) Lebih kurang pukul 6.30petang, semua peserta berjaya turun dari Puncak Gunung Angsi dengan selamat. Walaupun penat, tapi jelas di muka masing-masing perasaan happy terutamanya murid-murid lah. Tabik spring pada cikgu-cikgu yang berjaya anjurkan aktiviti macam ni. Confirm 3hari 3malam budak-budak ni bercerita pasal pengalaman dioarang pada family :)





Sekian,InshaAllah jumpa lagi :) 







Cuti-cuti Kuching: Sarawak Cultural Village

Assalamualaikum. 


Kali ini bercerita tentang aktiviti hari kedua masa bercuti kat Kuching. Pukul 10 pagi kami bertolak ke Sarawak Cultural Village. Kami gunakan perkhidmatan shuttle van yang disediakan di hotel. Van akan ambil pelancong dari hotel ke hotel. Boleh deal untuk gunakan perkhidmatan shuttle van dengan pihak hotel je. Tambang untuk pergi dan balik dari 360 Hotel adalah RM20.00 seorang. Nak mudahkan cerita terus book tiket masuk ke Sarawak Cultural Village sekali. RM60.00 seorang. Total untuk kami suami isteri RM160.00. 


Perjalanan dari bandar Kuching ke Sarawak Cultural Village ni lebihkurang 45minit je. Rupanya lokasinya berdekatan Gunung Santubong. cantik sangat latar belakang tempat ni. Masa dalam perjalanan ke sana hujan lebat mencurah-curah. Dalam hati memang dah pasrah sebab kena meredah hujan nanti. Tapi alhamdulillah rezeki kami baik, elok je sampai kat Sarawak Cultural Village ni hujan pun dah berhenti. Hoyeeee terlompat seronok!! Haha. 



Entrance Sarawak Cultural Village  



Sampai kat entrance terus tunjuk resit pembayaran tiket dengan tambang shuttle van. Then kami diberi stiker untuk lekat kat baju. Then dapat pasport yang ada maklumat tentang Sarawak Cultural Village. Ada ruangan untuk dicop bila melawat setiap rumah kaum yang ada di situ. Sangat disarankan pakai sandal or kasut yang bersesuaian semasa ke sini sebab ponet weyh berjalan pastu panjat-panjat tangga. Takpayahlah nak control ayu pakai heel kat sini ye :)


Okey, jom melawat rumah-rumah kaum di Sarawak Cultural Village. I letak dua tiga keping jelah gambar ye. Karang u'ols pengsan pulak tengok gambar banyak-banyak. Di setiap rumah kaum akan ada persembahan, jualan produk dan semestinya dekorasi. Kesimpulannya memang keadaaan dalam rumah tu menunjukkan cara hidup diorang yang betul. Ada sesetengah rumah kaum ni sediakan bilik untuk pelancong menginap. 



















Mesin air tebu. best jugak main-main dengan mesin ni. keluar segala peluh jantan demi segelas air tebu. Haha



cantik sangat rumah bidayuh berlatar belakangkan Gunung Santubung. 




Rumah Melanau




Gayat weyh naik rumah melanau ni. Ada tiga tingkat. Mengucap dulu setiap kali naik dan turun tangga. 


ada berani? 

hiasan kamar di tingkat paling atas. 



Rumah Iban




Boleh dikatakan hampir semua rumah kaum ada buat jualan kuih tradisi. Puaslah mencuba segala jenis kuih di sini. tapi harganya boleh tahan jugak. Sekeping lepat pisang RM2.00 kau! 



Rumah Penan

Ada aktiviti menyumpit kat rumah Penan ni. kalau tak silap tiga kali sumpit dengan bayaran RM2.00. Adin berlagak pulak tak nak tunjuk skill menyumpit. Haha



Selain tu, ada Rumah Melayu dan Rumah Cina. tak banyak gambar nak share kat sini sebab masa tu mood I dah merundum. penat dan kelaparan. Dah tak sabar nak ke restoran mengisi perut. Takpayah risau sebab dalam Sarawak Cultural Village ni ada disediakan restoran. Macam-macam menu ada. Harga berpatutan. Kami makan set tengahari cuma lebih kurang RM30.00. 



Sekarang I nak share gambar persembahan tarian pulak.  Ini aktiviti paling best di Sarawak Cultural Village. Wajib tengok tau show tarian ni. Boleh refer masa persembahan di entrance sebab jumlah persembahan bergantung pada jumlah pengunjung yang datang.  







Sekian cerita kali ni, InshaAllah jumpa lagi :)