Make Up Tutorial







Ahkak pun tak sehebat DEKNON ni . Kemain cekap makeup siap pakej mulut potpetpotpet


kau hado?




Pengalaman memancing



Assalamualaikum .




Ada gaya macam pemancing professional tak? 


Cerita ni sebenarnya masa cuti tahun baru cina lepas. sekarang baru ada masa nak update. konon sibuk tahap ketua puteri umno la sangat ni :)


Untuk isi masa cuti dengan penuh manfaat, so I dengan Adin decide nak cuba-cuba aktiviti memancing. Excited kau nak memancing bersama-sama di kampung halaman tercinta pulak tu.  Bangun awal pagi lepastu sanggup tunggu depan kedai semata-mata nak beli joran dengan mata kail. Nak dijadikan cerita lama pulak kedai-kedai tutup sempena CNY. dua tiga hari jugak la terpaksa bersabar tahan nafsu nak memancing sebab kedai tutup.




Memang poyo sangat la kan memancing siap bawak kerusi bagai. 



Umpan asyik habis tapi ikannya tak ada yang tersangkut kat mata kail pun. Memang cerdik pandai betul ikan-ikan sekarang. Bab letak umpan pada mata kail ni memang I tak pandai, so setiap kali umpan habis kena lah mengada-ngada kat Adin  :)   Umpan adalah hasil menggali tanah di belakang rumah. sebotol jugak cacing yang kitaorang dapat. 



Adin yang masih tak putus asa sebab rasa tercabar dengan kehebatan I yang berjaya dapat sekoq ikan. hahaha. Mana boleh tahan kan wife lagi hebat. Lagi-lagi bila wife dok wat muka poyo berlagak tak habis-habis. 



Subhanallah . 
pemandangan sawah padi berlatarbelakangkan gunung jerai. semuanya hanya di kampung ku Yan, Kedah :)  



jom memancing esok :)




pengubat rindu



Assalamulaikum.


Hamboi lama sungguh tak upadate apa-apa berita kat sini kan. sungguh berlagak sibuk dengan kerja-kerja di sekolah sekarang. nah baru kau tahu kerja cikgu punyalah sibuk sampai tak sempat nak update belog. hahahaha . statement poyo sangat .


Yeaayyy esok dah start cuti sekolah. Dengar je loceng balik berdering tadi terus pecut balik negeri sembilan. sekarang ni I sedang mengupdate belog di makmal komputer sekolah suami. Solehah sangat u'olls datang sekolah teman suami sampai habis kerja. meow meow!! 


InshaAllah petang esok akan bergerak ke Pulau Pinang. honeymoon episod duaratustigapuluhkali dulu sebelum balik ke kampung halaman ku yang indah permai. bolehlah beli jeruk sekilodua kat kaum kerabat nanti :)





sekian update ringkas pengubat rindu . jumpa lagi :)