Cuti-cuti Kuching : Ikan Terubuk Masin



Assalamualaikum. Selepas lama menyepi akhirnya berjaya jugak muncul dengan entry baru. Haha. Tak kisahlah kan walaupun update cerita bulan lepas. Asalkan ada jugak, boleh? 



Kalau ke Sarawak memang tak sah kalau tak shopping ikan terubuk masin untuk dibawa balik memberatkan beg. Memang terkenal sangatlah bandar Kuching dengan ikan terubuk masin yang enak bangat. Jadi wajib dijadikan buah tangan untuk mak, mak mertua, dan sanak saudara. habis semua kerabatlah nak kasi. Haha


Lokasi paling hot kalau nak membeli ikan terubuk masin di Kuching sudah semestinya Pasar Satok. Kalau pergi hujung minggu  diwaktu pagi lagi meriah sebab tersangatlah banyak orang berniaga. Kalau pergi hari biasa just dapat beli di bangunan kedai je. Tapi jangan risau sebab I pun pergi weekday. Tetap rambang mata jugak nyah nak pilih beli kat kedai mana satu. 


Nasib baiklah ada pemandu pelancong tak berbayar yang tunjukkan kedai yang dirasakan menjual ikan terubuk tersedap. Abang sepupu I pernah beli ikan terubuk masin kat kedai ni. Then bawak balik kampung. suku sakat dikampung semuanya kata ikan terubuk tu sedap sangat sangat sangat. sehingga menjilat pinggan. Hahaha. 


Inilah tempat I memborong Ikan Terubuk Masin. Harga tersangat berpatutan. Harga tulis tak boleh percaya langsung sebab tulis seekor RM8.00 tapi tuan kedai bagi tiga ekor RM10.00. wow!! diskaun berganda-ganda kau! Untuk ikan saiz besar sikit tulis seekor RM15.00, tapi tuan kedai bagi harga tiga ekor RM20.00 . Jom borong. Haha




Peniaga kat Kuching ni akan teruskan bungkuskan ikan terubuk masin dalam kotak yang memudahkan kita untuk bawa balik. Kemas betul cara diaorang bungkus. Selamat, memudahkan dan tak ada bau. Boleh bungkus asing-asing untuk mak, mertua dan kaum kerabat.



sekian cerita tentang borong ikan terubuk masin di Kuching, Sarawak. InshaAllah akan sambung cerita lain pulak nanti. Daaaa :)







1 comment:

Syaz said...

kalau pndai cr kedai pasar pasti dpt lg murah ikan tu.. kalu pndai nego harga lg untng dpt murah lh.. :))