Snorkelling di Krabi



Assalamualaikum . 



Sambungan kepada entry bulan madu di Krabi kali ini adalah tentang aktiviti Snorkelling pada hari ketiga. Macam biasa lepas breakfast kat resort, I dengan Adin tunggu agen datang pick up di lobi resort. Dalam pukul 8 pagi kalau I tak lupa lah. hahaha. pelupa sungguh manusia ni. 


























Dalam speedboat menuju ke Phi Phi Island . Setiap pelancong akan lekat stiker dibadan untuk membezakan agen yang menguruskan mereka. Macam-macam warnalah yang I nampak. Alhamdulillah agen yang uruskan trip I ni sangatlah sporting. tolong ambilkan gambar, pandai buat lawak. tak kering gusi bergelak sepanjang perjalanan tu. Agak jauh jugak untuk sampai ke Phi Phi Island. dalam 2 jam gitu. Paling best adalah dalam speedboat ni ada sediakan minuman, buah dan kek. Kebajikan sangat dijaga. 







 Sebelum ke aktiviti kemuncak, kami ada singgah ke beberapa pantai sebenarnya tapi I dah hilang memori nama pantai-pantai tu. Hahaha. Hampeh sungguh kan. Boleh mandi-manda dan berjemur sakan di pantai-pantai yang boat singgah. Maka bergelimpangan lah mat dan minah saleh seksi seksa berjemur di pantai. Hahaha. 
















Pantai tercantik yang pernah I tengok secara live depan mata. Indah sungguh ciptaan Nya. Pasir kemain putih. Seronok betul mandi kat sini. Tak terpijak sebutir batu langsung. Nama pantai? haha tak hingat! Kawasan pantai ni sempit je so korang pun boleh nampak kan agak penuh sesak manusia di situ.








Aktiviti yang ditunggu-tunggu. Memang tak sah kalau ke Krabi tapi tak rasa pengalaman snorkelling. Cantik sangat-sangat coral dan ikan-ikan kat sini. Ikan berenang kat sekeliling badan. Serius cantik!!! sayang sangat sebab I takada waterproof camera. Jadi ambil gambar dari atas speedboat jelah. Alatan snorkelling dan lifejacket pinjam agen punya je. 


Kami snokelling kat dua tempat. Puaslah bermain-main dengan ikan-ikan di laut sampai kecut habis jari-jari ni. Terus terang I memang buta bab berenang tapi I tak takut laut bila pakai lifejacket. Ini pengalaman kali kedua I snorkelling selepas kat Pulau Tioman. Coral kat Krabi jauh sangat-sangat cantik dari Tioman. Apa yang I perasan sepanjang kat Krabi adalah mereka sangat jaga produk pelancongan yang mereka ada. Semua pihak main peranan. Malaysia patut contohi Thailand dalam bab ini. 


Makanan tengahari disediakan. Kami makan beramai-ramai kat dewan terbuka secara buffet. Lepas bermain air haruslah kebuluran kan. Makanlah sepuas hati sebab makanan banyak. Lebihkurang pukul 5.30 petang kami sampai di resort. So solat jamak di resort je. 



sekian, xoxo





3 comments:

Tetamu Istimewa said...

Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.

A Girl Like You said...

wow2, krabi seems fun & beautiful, but rmainya org?!

Anyway, im blogwalking here ;)

ada mokhtar said...

a'ar ramai orang sbb sy pergi time cuti hujung tahun..