Aktiviti Elephant Trekking di Krabi



Assalamualaikum. 


Hureey mari ke sambungan cerita honeymoon di Krabi, Thailand. Kali ni tentang aktiviti di hari kedua iaitu Elephant Trekking. Macam yang I ceritakan sebelum ni aktiviti ni termasuk dalam pakej yang I ambil dengan resort. Ini link pakej : 4D3N Aonang Princeville Resort.  I dengan Adin cuma bawa badan dan follow je semua aktiviti yang dah diaturkan. 


Aktiviti hari kedua ni sekali dengan Water Rafting sebab tempatnya berdekatan dan agennya pun dari company yang sama. Link aktiviti Water Rafting : Water Rafting di Krabi.  Tentatif aktiviti pada hari kedua ni bermula dengan singgah di Golden Cave. Main belasah je namanya ni sebab dah ingatanku sudah luntur. Haha . tu la lain kali update cepat sebelum lupa. 



Aktiviti di Golden Cave ni cuma mencuci mata melihat pemandangan gua dan aksi monyet-monyet yang tersangatlah banyak di sekitar gua. Bolehlah posing maut dengan monyet sambil bagi diorang makan. Kena bayar kalau nak masuk ke dalam gua. I pun taktahu pemandangan apa yang ada dalam gua tu. I dengan Adin lepak-lepak kat luar gua je. 




Takut weyh dengan makhluk ini. Tak sanggup nak duduk dekat-dekat. Agak agresif jugak monyet-monyet kat sini bila nampak orang pegang makanan. Makanan untuk monyet-monyet banyak dijual di sekitar gua. 









Lebihkurang setengah jam je kami singgah di gua ni. Lepas tu terus naik van dan menuju ke lokasi Elephant Trekking. Jauh jugak lokasi Elephant Trekking & Water Rafting ni dari pekan Krabi. Puas membuta jugaklah dalam van. 

Horeee!! Pilih-pilih mana yang berkenan. 









I dengan Adin ingat aktiviti ni tak mencabar. Rupa-rupanya bila dah cuba baru tahu ngeri jugak u'ols. Mula-mula kami duduk kat kerusi yang disediakan atas gajah tu. Pekerja yang jaga gajah duduk dileher gajah. Then tiba-tiba dia boleh pulak turun dari gajah lepastu suruh Adin dengan I duduk dileher gajah. Omak aiii sungguh ngeri kot. Gayat tak usah cerita lah. Dia conduct gajah dari bawah lepas tu jadi tukang ambil gambar kami.


Walaupun ngeri tapi best!! bergoyang-goyang je si gajah berjalan. Terasa tajam-tajam bulu gajah mencucuk-cucuk kaki. Haha. Geli kot!. Paling best ada satu part tu budak yang conduct gajah tinggalkan kami. Gajah tu jalan sendiri balik ke tempat permulaan. Mengucap je I dengan Adin takut gajah tu tiba-tiba naik minyak. Haha.


Budak tu mintak upah sikit dari kami sebab tolong ambilkan gambar. Sebenarnya kat sini ada sediakan khidmat cuci gambar. Tapi I rasa lagi berbaloi guna kamera sendiri sebab bolah dapat banyak gambar. so tak kisahlah budak tu mintak upah pun sebab kalau nak gambar memang kena keluarkan duit jugak kan. Susah nak ambil gambar berdua. Lainlah kalau beramai-ramai boleh tolong-menolong.


















Sementara  tunggu van pick up untuk ke aktiviti lain sempatlah tengok gajah dimandikan. bukan main manja lagi gajah-gajah ni. suka sangat dibelai-belai. alo-lo-lo. 



Selain aktiviti Elephant Trekking & Water Rafting, kat situ ada jugak aktiviti ATV. tapi kami tak ambil pakej yang ada aktiviti ni. InshaAllah next time jalah cuba tapi kat tempat lain kot. Satu lagi adalah mandi-mandi di waterfall. Lupa lah pulak nama waterfall tu. Rasanya agen memang akan bawa semua tourist ke situ sebab dah alang-alang sampai kan. Lepak kat waterfall ni dalam sejam je. Cuci mata oiii tengok minah saleh mandi seksi meksi. Haha . 




sekian, xoxo



No comments: