raya oh raya!



Assalamualaikum. 


Dah masuk hari raya kesebelas baru nampak muka kan. Walaupun agak ketinggalan keretapi tapi ucapan selamat hari raya masih boleh diterima lagi kan. dengan ini i mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SUAMI, MAK, ABAH, ADIK BERADIK, KELUARGA MERTUA, KAWAN SEKOLAH TADIKA, TASKA, SEKOLAH RENDAH, SEKOLAH MENENGAH, UITM, IPGM, MURID SEKOLAH, CIKGU SEKOLAH, BLOGGER, READER, SILENT READER DAN SEMUA YANG MENGENALI...BLA..BLA..BLA... ucapan nak ala-ala masuk radiolah pulak. tak habis setahun kalau nak senaraikan nama sorang-sorang. itu belum kira kawan yang kenal masa sama-sama tunggu bas, jumpa kat shopping mall kan..kan.. 


Sambutan Aidilfitri tahun ni lebihkurang macam tahun-tahun sebelumnya jugak. Cuma ada pertambahan ahli keluarga baru. Last year single, tahun ni dan bersuami. Bila jumpa saudara-mara kenalah kenalkan ahli keluarga baru ni. 


Sebelum kahwin I dengan Adin memang dah awal-awal buat agreement yang first year kami beraya bersama kat Kedah. so next year baru giliran Negeri Sembilan. Takpayah gaduh-gaduh, semuanya kena ada budi bicara. Tapi I tau Adin sedih. Yelah pengalaman baru untuk dia beraya tanpa mak, ayah kan. Tahun depan giliran I pulak nak cover muka sedih. Haha. harap-harap I berjaya lah menahan air mata ni. 


Biasanya sehari sebelum Ramadhan atau Aidilfitri, orang kat Negeri Sembilan akan bermantai. Maksudnya persiapan nak sambut Ramadhan dan Aidilfitri. tapi kan I rasa semua negeri pun macam tu. cuma tak sebut je perkataan Mantai. sehari sebelum aidilfitri kat kedah pun semua sibuk buat persiapaan. bakar lemang, beli daging, masak ketupat, rendang. konsepnya sama je kat mana-mana pun. cuma istilah Mantai tu je yang baru I belajar. So pada hari mantai kami sekeluarga sibuk buat ketupat, merebus sup gearbox, masak lemang dan kemas-kemas rumah. Mak dengan abah je sebenarnya yang sibuk, anak-anak dara kat rumah tu tak habis-habis touch up baju raya masing-masing je. Haha.


Pagi raya kami sama-sama solat hari raya kat Masjid Jamek Yan. Ala tempat I nikah dulu. Lepas je solat terus ke sesi bermaaf-maafan dan mengorbankan duit raya. Kempis poket I menghulur duit raya kat adik-adik. Sejak I dah berkerja memang tiap-tiap tahun diorang menunggu duit raya dari kakak yang baik hati ni. Tak sabar nak tunggu diorang pulak kerja. Nak jugak merasa duit raya dari adik-adik. Boleh gitu?


Kami terus bertolak balik ke kampung abah di Bukit Tembaga. Dan masing-masing terus jadi jakun bila balik kampung. 































Orang sibuk beraya dalam rumah makan ketupat lemang, kami pulak sibuk memetik buah rambutan kat luar rumah. Jakun nampak buah rambutan kuning merah di sana sini. Biasanya kami bergambar latar belakang sawah padi, tapi tahun ni lain sikit. Kami bergambar berlakang belakangkan dusun rambutan lah pulak sebab hari raya ketiga baru kami balik kampung mak yang bersawah padi tu. 
Sebahagian dari keluarga besar. Family Chelang dan family I. Meriah dengan kaum wanita je. Adin boleh geng dengan Adam, si gebu tu je. 



Sekian, jumpa lagi :) Assalamualaikum. 




2 comments:

Cinta hazanis said...

selamat hari raya sis.:)

cha said...

kalau mantai tu negeri sembilan nak puasa pun mantai siap sembelih kerbau lg huhu. selamat hari raya u. sedapnya makan rambutan haha