Novelis AinMaisarah datang sekolah



Assalamualaikum . 



Pagi semalam novelis remaja AinMaisarah datang ke sekolah I mengajar. Gamat betul suasana sekolah dengan kedatangan novelis kegemaran student sekolah I. Teruja habis kanak-kanak tu dapat tengok novelis AinMaisarah depan mata sendiri. Jangankan kanak-kanak, cikgunya pun over excited jugak. 



Yeayy!! dapat bergambar dengan AinMaisarah .Haha . Cikgu yang sibuk bergambar dulu sebelum berebut dengan murid. 


Kedatangan AinMaisarah ke sekolah I merupakan salah satu siri Program Jelajah Sekolah Blink. Penulis novel dibawa ke sekolah untuk mendedahkan murid tentang potensi kerjaya dalam bidang penulisan. Selain tu mestilah nak wujudkan suka membaca dikalangan murid. Yang paling menarik kempen menggalakkan murid menulis. Ala murid rendah sekarang pun dah pandai mengarang tau. Kalau curi-curi baca dairi diaorang memang sawan terkejut dengan tahap imiginasi diaorang. Bab cinta-cintun tu memang biasa sangatlah. Jadi kempen menulis ni sangat bagus sebab dapat beri inspirasi kepada murid untuk tulis benda berfaedah. 



Penulis tengah bagi ucapan di tapak perhimpunan. Part best mestilah bila ada kuiz. Kembang semangkuk murid yang dapat jawab dengan betul. Dapat hadiah novel gitu. 





Sesi tandatangan dan bergambar. Bukan main panjang barisan murid yang nak tandatangan AinMaisarah ni. Nasib baik geng cikgu awal-awal lagi dah beratur kat depan. Haha . 


Meja pameran dan jualan buku . Lebihkurang 150 judul buku terbaik dijual disini. I pun sempat borong 3 buah buku keluaran PTS Media Group. sebuah novel remaja untuk adik I, Mimie dan dua buah lagi buku motivasi untuk diri sendiri. 


Mimie Mokhtar, ini untuk awak. Lepas UPSR nanti baru baca ye. Sekarang kena fokus latihtubi dulu . 




Kepada guru yang berminat untuk jemput penulis ke sekolah anda boleh SMS maklumat berikut kepada Pengurus PJS, Tuan Ramzan 0139992905

Nama cikgu,
Nama sekolah,
Tarikh untuk jemputan,
Jumlah murid sekolah.


Ini pulak link Facebook : AINMAISARAH NOVELIS 





4 comments:

IMaH said...

kenal sangat ain maisarah ni sbb dia femes sbb novel2 remaja dia . Tapi imah xpernah bacapun lg novel dia.

SyAmSuL AnUaR said...

untnglh.. skrg novelis popular d sbb pengarah tv bt filem/drama berdasarkn novel mereka.

SFaezah said...

jom join my 1st GA!http://sfaezah.blogspot.com/2013/09/mini-giveaway-by-sfaezah.html

Rohayu said...

Saya dah add blog awak...jemput add blog saya juga yer...baru belajar nak berblog...