Berbuka Puasa di Lotus Desaru Beach Resort



Assalamualaikum :)


Amaran : entry lama di bulan Ramadhan tapi gigih jugak nak post di bulan Syawal

Entry makan-makan bersama rakan-rakan lagi hari ini ye sidang pembaca .Kali ni dengan geng whatsapp 'cikgu muda'. haha . ada pulak geng cikgu tua cikgu muda kan. Saja nak jauhkan diri dari kesibukan bandar JB, so kami ke Lotus Desaru Beach Resort.

First time I jejak kali ke Lotus Desaru ni. sebelum ni pandang-pandang jeling-jeling dari luar je. Lotus Desaru Beach Resort ni antara resort yang paling best kat Desaru. Kawasannya memang cantik dan luas. Ada private beach gitu. theme park pun ada. tapi kiut jelah. 

Sepanjang bulan Ramadhan ni, Lotus Desaru ada buat promotion untuk buffet Ramadhan dan penginapan. Buffet Ramadhan RM38++ (dewasa) , RM19++ (kanak-kanak) . Untuk promosi penginapan korang boleh tengok kat sini [Lotus Desaru]



7 orang semuanya. Booking atas nama Ms Iza (bukan nama sebenar) .Jaga saham sangat!

Teratai Coffee House . Mengadap laut tau. jauh ke dalam sikit tempatnya dari entrance. Tapi jangan risau sebab boleh park betul-betul depan coffee house ni.





Pilihan menu yang disediakan banyak dan sentiasa refill. Berbaloi dengan harganya. Boleh makan sepuas hati sampai pukul 9malam. Makan then boleh solat kat surau di atas coffee house. Lepas tu sambung makan balik. lepas tu main kejar-kejar kat pantai. Lepas tu sambung makan balik. Lepas tu dah balik!

oh sedap! rupa manis, rasa pun manis .

kambing

ketam

murtabak

satay ayam dan lembu

fillet ikan. yang ni serius sedap. ada la tiga empat kali I ulang alik ambil ikan ni. kena pulak dengan air asam. Pergghh sambil menaip sekarang pun terasa lagi kecur air liur. haha

cendol

ice cream


Banyak lagilah pilihan menu kat situ. I je yang tak larat nak rasa semua. ringan, berat, panas, sejuk, haiwan, tumbuhan semua ada. I tak jamah nasi langsung malam tu sebab terover excited dengan menu-menu lain. 




Lepas makan posing-posing dulu kat padang depan coffee house.

di tepi pantai sebelum berbuka.  

Peace! Assalamualaikum .



No comments: