Aktiviti Rafting di Krabi




Assalamualaikum . 


Akhirnya diberikan hidayah untuk sambung update story yang dah hampir setahun berlalu. Haha . Kali ini tentang aktiviti rafting semasa honeymoon I dan Adin di Krabi. Aktiviti ni dah termasuk dalam package yang disediakan oleh pihak resort . Aktiviti half day adventure rafting ni sekali dengan elephant trekking. next time I cerita pasal elephant trekking tu ye. 


Aktiviti ni tak semestinya kena ambil sekali dengan package resort. Kalau nak ambil secara berasingan pun boleh sebab bersepah agen di sekitar Krabi yang tawarkan khidmat aktiviti rafting dan lain-lain. Paling bagus ambil secara berasingan sebab boleh nego harga. Untuk orang yang malas berleceh-leceh bolehlah terus ambil package all in one macam I. Boleh baca entry ni untuk tahu lebih lanjut tentang package yang disediakan [4D3N at Krabi]



Tayang gambar dulu sebelum cerita lebih lanjut kasi bersemangat korang nak baca. Haha . Nampak teruja habis kan. 


 Kami join aktiviti ni pada hari kedua di Krabi. Lebihkurang pukul 8.30pagi selepas breakfast kami pun tunggu van agen The Traveller di lobi hotel. Diaorang memang on time. Aktiviti ni merupakan join tour. Agen akan ambil peserta dari resort ke resort. Penuhlah satu van tu. I dengan Adin je melayu dalam van tu. Yang lain semua omputeh u'ols. 


Jauh jugaklah perjalanannya. Lebihkurang 2jam. Nasib baik van tu sangat selesa. Luas, cantik, baru dan bersih. Pengangkutan di Krabi memang tiptop. sepanjang 4hari 3malam kat sana tak pernah lah I naik pengangkutan yang cabuk. Tourist guide akan bagi penerangan semasa di dalam van. Jadual aktiviti setiap peserta tak sama. I dengan Adin buat elephant trekking dulu then baru ke aktiviti rafting. Kami dibawa ke Monkey Cave sebelum sampai je tempat aktiviti. Bolehlah bergambar-gambar sambil bagi makan kepada monyet kat situ. Lebihkurang setengahjam je kat kat situ. Kemudian terus sambung perjalanan ke tapak elephant trekking. Kemudian kami dibawa ke waterfall. last sekali baru ke tempat rafting. 



Kami cuma join 5km rafting.  Aktiviti ni tersangat best. rugi sesiapa yang ke Krabi tapi tak join aktiviti ni. Kalau nak lagi best boleh join 9km. 5km pun dah cukup mencabar apatah lagi 9km kan. Untuk first timer macam I janganlah risau sebab setiap boat ada dua orang pekerja professional yang akan guide korang. Yang duduk paling depan dengan paling belakang dalam gambar tu. Sepatutnya setiap boat cuma ada 4 peserta. tapi di sebabkan I comeylotey je, jadi bolehlah sumbat jadi 5 orang. 


Pengalaman rafting sepanjang 5km ni sangatlah awesome. I dengan Adin asyik terbayang-bayang lagi betapa bestnya aktiviti ni. InshaAllah kami akan cuba lagi aktiviti ni. tapi kat tempat lainlah pulak. Kat Malaysia mungkin . Suasana memang happy habis. Pekerja-pekerja kat situ pandai sangat buat lawak. ramai-ramai main simbah air. then tolak dari boat ke dalam air. sengaja main langgar-langgar boat. Happening habislah. 


Tak banyak gambar yang I ada masa buat aktiviti sebab takboleh bawak camera kecualilah kalau ada camera waterproof. Tapi takperlu risau sebab confirm ada yang merakamkan gambar dan video korang. Kat Krabi ni setiap aktiviti akan ada peniaga yang ambil gambar then terus print. I cuma beli gambar je. Malas pulak nak beli video. Terlupa pulak harga gambar ni. Tapi tak lebih dari duapuluh ringgit rasanya. 































Tips untuk aktiviti ni adalah bawa baju untuk salin selepas aktiviti sebab confirm basah kuyup. I Pakai selipar je masa join aktiviti sebab masa rafting boleh berkaki ayam. Makanan tengahari disediakan. Tempat makan pun sangat selesa. Kami sampai di resort lebih kurang pukul  5.00 petang. 



sekian, xoxo 



Related Entry :






No comments: