REVIEW : Hantaran Adin kepada Ada



Assalamualaikum. Hai semua :)


Okey ini kira macam kisah hantaran part two la ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Kali ni tentang hantaran dari pihak pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Temanya haruslah hijau kuning. Hohoho semangat 'kedah jadian' suami I sungguh menjadi-jadi. Sepatutnya I as anak jati Kedah yang melebih-lebih, ini dah terbalik pulak. Orang nogori sombilan pulak yang beriya-iya.


 Telekung

 Kasut
























Facial Set

Coklat

Handbag











 Perfume


Untuk hantaran ni semuanya guna fresh flower. Kekwa warna kuning dan putih beli kat kedai India.
Bunga kekwa ni murah je. 30 puluh batang lebih kurang RM30. Daun plastik beli kat Cowboy Kulai. Polisterin pun beli kat Cowboy Kulai. Adin kedekut macam I sampai sangguh potong polisterin sendiri. I suka shopping kat cowboy sebab semua benda ada. Harga pun murah.


Kain  kuning beli kat nagoya. material satin sama macam hantaran dari pihak I. Renda beli kat kedai kain Mee Chong dekat dengan rumah I. Renda hantaran Adin ni mahal sikit sebab ada manik gantung-gantung. Seterusnya span basah seketul setengah. Macam biasa I terover beli sampai tiga ketul. hahaa


Memandangkan perjalanan dari negeri sembilan ke Kedah jauh so segala hantaran ni pihak I yang tolong sediakan. Habis lenyek layu longlai la segala bunga-bungaan ni kalau gigih jugak nak bawa dari selatan ke utara. Tapi kan, tiba-tiba I menjadi sangat sibuk disaat-saat akhir. Nasib baiklah ada penyelamat-penyelamat tersayang yang tolong ini. Sungguh terharu dengan bantuan insan-insan dibelakang tabir ni menyiapkan hantaran.


 Selagi belum tengah malam memang tak buleh buat kerja. Memang standard kat rumah orang kahwin mesti kena buat kerja midnight kan. Lepas tu mata masing-masing dah macam burung hantu. Sayang sangat korang walaupun penat perjalanan johor ke kedah tak hilang lagi terus dah buat kerja-kerja amal hingga larut malam.


Adila Dil my housemate, model sireh junjung :)



Edtv pun model sireh junjung. Memasing minat sungguh dengan sireh junjung kan. haha. Pernah dengar makcik-makcik bercerita, kalau nak jodoh cepat sampai, curi-curi la makan daun sireh junjung kat rumah pengantin. Kesahihannya tak dapat dipastikan. Yang penting jangan percaya sangat, karang dah jadi syirik pulak.


Sekian kisah hantaran episod dua. [Klik sini] untuk baca episod hantaran pihak perempuan kepada lelaki.



No comments: