REVIEW : Hantaran Ada kepada Adin



Assalamualaikum . 


Orang sibuk bercerita pasal Ramadhan tapi I tetiba pulak baru semangat nak update kisah kahwin yang dah lapok. haha. Mood baru sampai hokey!  16 Julai 2013 ni genaplah 8 bulan I dan Adin jadi suami isteri . Tak kira I tetap nak anggap kitaorang still pengantin baru jugak. Dah tiga puluh enam tahun pun tetap pengantin baru. Sampai bila-bila. hehe. 


Kita mula dengan hantaran dari pihak I kepada Adin . Tema purple, simple dan semuanya adalah digubah sendiri oleh tangan kayu ni. Main hentam jelah labu asalkan jadi. Motif gubah secara sendirian berhad adalah kerana PENJIMATAN. 


Bunga purple beli kat Cowboy, Kulai. Tamak haloba punya pasal terbeli lebih padahal gunanya sikit je. Sudahnya mak gubah buat bunga hiasan kat ruang tamu. Nasib baik ada jugak guna. Alas par pulak beli kain kat Nagoya, jahit sendiri. Okey, tipu sikit di situ. Adik I yang jahitkan. hahaha. then tambah hiasan butterfly sikit kat hujungnya. Kain satin  2 meter setengah untuk 9 bekas hantaran.


Seterusnya 8 cermin dinding beli kat Ikea. Renda keliling hantaran beli kat kedai langsir dekat dengan rumah. Segumpal lebih kurang 12 meter RM3.00. siap boleh belit-belit badan kot 12 meter tu. Polisterin pulak beli yang besar gabak tu then potong sendiri. Gigih sesangat kan!! Par hantaran pinjam dengan kawan. Yeayy JIMAT! 



 Set Perfume

Kemeja 

Wallet 

Jam Tangan 

Al-Qur'an 

Cupcakes. Nak baca review cupcake ni klik sini .

Ipad


Tali Pinggang 


Sireh Junjung. 

Sireh junjung guna bunga kekwa beli kat kedai India. Daun sireh kutip kat rumah nenek. Pasu beli kat kedai duahinggit. Yang ni Tubish yang gubah. Haruslah tak jadi sireh junjung kalau tangan kayu I yang gubah. 

sekian, kisah hantaran part one ;)




12 comments:

s h a said...

Sweet je hantaran tu dear.

*Selamat berpuasa. :)

zarith said...

Samalah kita, lepas 6 bulan barulah semangat nak review...

Cupcake tu sangat comel!!!

SFaezah said...

cantek warna purple tu..

ada, brapa harga cermin dinding ikea tu?

klu free, jmput dtg lawat http://sfaezah.blogspot.com/

miza yusof said...

Cantiknya :)
Ada, hantaran tu kan letak atas cermin, bunga-bunga dan barang tu lekat atas cermin ke atau macam mana ? Tak jatuh ke ?

ada mokhtar said...


Sha & zarith : terima kasih, sebelum ni mmg liat sgt nak update.. Hehe . Selamat berpuasa :)

ada mokhtar said...

Sfaezah : 8 keping kalau tak salah rm20 plus plus.. Dah terlupa pulak sbb dah lama sgt beli. Yg penting murah je :)

ada mokhtar said...

Miza: lekat guna salotape dear.. Klu xlekat mmg jatuh sbb licin sgt.. Hehe.. Xguna gam sbb syg nnt nak guna cermin tu balik :)

cha said...

antik. cermin ikea tu boleh guna kan. bagus. selamat berpuasa u. lama tak dtg blog i merajuk ke huhu

IMaH said...

cantiknya!!! nampak simple tapi sweet sangat. sukala cup cake tu. comel!

Farhain Azmi said...

cantik la ada.. Yong tak mampu nak bt hntaran kawen sndri. tak sempat. Tunang dulu je merasa buat sndri..huhu

ada mokhtar said...

Cha : hehe... Tu la dh lama tak blogwalk.. Merajuk dgn laptop.. But now, i'm back!!!! Hehehe

ada mokhtar said...

Imah & farhain : terima kasih.. Hentam aje tu.. I bukan berbakat sgt pun.. Suka tgk blogger lain yang creative berdiy kn..