Nasi Arab Al-Hanin







Assalamualaikum . 


Dua hari lepas I berbuka puasa dengan kawan-kawan. Kitaorang dah tahap kering idea nak membeli juadah di bazar. Fikir punya fikir then keluarlah idea nak makan nasi arab. Bila sebut je nasi arab, automatik Restoran Al-Hanin menjadi pilihan. Yang paling best, sempena bulan Ramadhan ni Restoran Al-Hanin sediakan pakej buffet. Weehuu, bagai mengantuk disorong bantal!










Restoran Nasi Arab Al-Hanin ni letaknya di Taman Larkin Idaman, Johor Bahru. Ala dekat sangat dengan Stadium Larkin. Waktu operasi dari pukul 10.00pagi hingga 10.00malam. Tapi sepanjang bulan Ramadhan ni janganlah buang tabiat datang pukul 10.00pagi.



Nasi Mandy, Kabsah, maqlubah semuanya ada. Pilih je mana yang berkenan di tekak. Pilihan utama I mestilah Khabsah sebab lebih rasa rempah-rempah ratus gitu. 



Semua dalam satu pinggan. Sesuka hati jelah nak makan macam mana pun asalkan kenyang. 


Kat restoran ni korang bolehlah jumpa mamat-mamat arab hidung mancung, kulit mulus. Oh hensem weyh! Cuci mata sambil makan gitu. hahaa. gatal kau ye! Yang paling peting pinggan diorang mesti penuh dengan nasi dan lauk. Terus kenyang tengok nafsu makan diorang. Orang arab biasanya makan sampai penuh pinggan. Melimpah ruah nasi dengan lauk-pauk. Tak tercapai akalku nak makan sepenuh pinggan macam diaorang. 







Tak ingat nak menaip semua menu lauk-pauk hidangan arab ni. berbelit lidah semuanya. Yang pasti semuanya set lengkap hidangan arab. Ada ayam, daging lembu, dan daging kambing. Hidangan arab biasanya cuma ada acar timun je. Jangan mengada nak cari sayur-sayuran yang biasa kita makan tu kat restoran ni! 


Puas hati dapat merasa semua jenis masakan arab bila ada pakej buffet macam ni. Selalunya cuma order satu jenis nasi je. Waktu macam nilah dah merasa semuanya. sikit-sikit lama-lama menjadi kenyang. hahaha. tetiba pulak ada peribahasa baru. Nasi arab kat sini sedap dan tak muak.  



 Excited ambil benda bulat colorful tu sebab konon-konon macam candy crush. sudahnya sebiji pun tak dapat habiskan sebab tersangat manis. Manisan orang arab agaknya tu. Tak sesuai dengan tekak I yang kurang gemar makanan manis. 



Cream puff ni memang sedap. serius tak tipu. berbiji-biji I makan :)




Suasana dalam restoran. Boleh pilih nak duduk bersila atau duduk di kerusi. Rasa macam tengah tengok cerita cinta bertamu di abu dhabi pulak bila duduk dalam restoran ni. Eh tetiba tak ada kaitan . haha.

































016-7474898 
Buffet Ramadhan RM35 .00 (dewasa) RM15.00 (kanak-kanak) 




sekian, 

Semoga terus istiqamah menunaikan ibadah puasa :)




5 comments:

cha said...

edapnyaa. i memng suka makan nasi arab ni u hehe

ada mokhtar said...

cha : datang la jb, jom i belanja u makan kat sini.. hehe

eVa said...

Bestnya korang pandai makan makanan arab.. Sy x pandai sbb nasi dia.. Haha xpandai makan nasi satu satu mcm tu haha

ada mokhtar said...

eva: hehehe... beras dia pnjang2.. cpt kenyng.. i pulak suka beras jenis satu2 gitu.. hehe

Anonymous said...

sedsapnya... saya pernah rasa makanannya memang sedap...entahlah apa rahsianya