8 bulan



Assalamualaikum. 


Hai kawan-kawan! Salam Ramadhan kawan-kawan. 


Uihh kenyang sungguh berbuka tadi, dah memboyot mengalahkan 8 bulan mengandung. Haha. Over sangat kan. Alhamdulillah rezeki Ramadhan, makanan sentiasa melimpah-ruah, antara larat makan dengan tak larat je. 


Hari ni 16 Julai 2013, jadi I dengan Adin dah pun 8 bulan jadi suami isteri. pejam celik dah pun lapan bulan kan. cepat betul masa berjalan sekarang. Alhamdulillah sentiasa rasa bahagia dengan Adin lepas kahwin walaupun sebenarnya rasa macam belum kahwin lagi. Masih belum merasa 100 peratus ada perasaan orang dah berkahwin, menguruskan keluarga, sediakan makan minum, cuci baju suami dan sewilayah dengannya. 


Dalam tempoh 8 bulan ni kami belum dapat rezeki duduk sebumbung. I masih kat Johor. Dua minggu sekali baru berjumpa. kalau ada rezeki lebih bolehlah jumpa kerap sikit. kalau masing-masing sibuk terpaksa tahan rindu jelah. So segalanya memang macam zaman couple dulu-dulu. I uruskan diri sendiri kat sini dan Adin pulak uruskan diri sendiri kat sana. Nasib baik Adin masih duduk dengan parent, at least ada jugak yang tengok-tengokkan dia. Okey, husband i memang anak manja. Haha


Bulan september nanti I akan berusaha isi borong pertukaran tempat kerja lagi dan korang-korang tolanglah beramai-ramai doakan i berjaya duduk dengan Adin. Bengkak mata weh menangis sebab permohonan tak diluluskan untuk pertukaran bulan Julai lepas. Tak sanggup dah nak bengkakkan mata lagi :)



Gambar dua minggu lepas tengah sokong team hoki Malaysia lawan team Jepun kat Stadium Hoki Taman Daya. Aktiviti dating weekend tu cuma tengok game hoki je. Kalau dengan suami buat apa-apa pun enjoy je :)


My heart! 
Macam biasa sentiasa sibuk dengan iphone. Nampak je cool rupanya hantu fb jugak ni. Tapi belum jadi hantu candy crush macam wife dia. Ntah apa-apa je wife dia bila main candy crush terus lupa suami kat sebelah. 




Semoga hubungan ini terus berkekalan sampai bila-bila. dan dengan tangan ini saya berjanji akan sayang awak habis nyawa saya . lagi satu, saya akan cinta awak sampai saya mati. lagi satu, saya akan jadi yang terbaik untuk awak. ha awak! awak! bukan sehari, dua hari, empat hari, selama-lamanya tau. selama-lamanya. selama-lamanya. awak dengar takkkkkk??  Eh !tetiba terkena syndrome budak baru couple seminggu pulak! haha


awak dengar ni saya nak nyanyi : kau ada dikala ku suka, dikala ku duka, setiap tangisan dan juga ketawa . . . bla bla bla.  Okey awak-awak-awak, saya pun nak buat video anniversary 8 bulan kat suami lah pulak. haha :)




3 comments:

cha said...

eh skrg cikugu dah boleh tuka ikut suami kan? semoga berjaya amin

cha said...

*cikgu

ada mokhtar said...

Cha : setakat ni cakap2 pihak atasan gitu la. Harap-harap betullah kan.. Frust menonggeng kalau berita tu indah khabar dari rupa nnt :)