Cuti-Cuti Pulau Pangkor



Assalamualaikum . 

























Tenang je rasa bila dapat lihat pemandangan laut berlatarbelakangkan pulau-pulau, dengar bunyi ombak memukul pantai. Terus kepala yang berat jadi ringan. betul tak tipu tau :)


Ahad lepas I dengan family pergi kenduri kahwin saudara di Manjong, Perak. Dah alang-alang sampai ke Manjong, kami pun terus gatalkan kaki ke Pulau Pangkor. Kebetulan cuti sekolah dan abah pun tengah bercuti. so masing-masing tak boleh bagi alasan. Cuma agak sedih sebab anis, pqah & adin tak dapat join. masing-masing belum bercuti.


Sehari sebelum ke Pulau Pangkor, I ada study sikit tentang resort, aktiviti dan tips untuk bercuti di Pulau Pangkor. terima kasih kepada bloger yang sudi buat review tentang percutian diorang sebelum ni. sangat membantu untuk orang baru pertama kali nak bercuti ke Pulau Pangkor macam I ni.


Memandangkan musim cuti sekolah, maka ramailah manusia di Pulau Pangkor pada ketika ini. Jadi I pun booking resort sehari sebelum bertolak ke sana. Agak hampa sebab dua resort yang jadi pilihan I dan pun full booked. Tips penting untuk mereka yang nak bercuti ke Pulau Pangkor adalah booking resort lebih awal untuk mengelakkan tak dapat resort yang best. Google sahaja resort di Pulau Pangkor dan pilihlah yang mana berkenan. banyak pilihan yang ada sebenarnya. rambang mata jugaklah memilih :)


Kami naik feri ke Pulau Pangkor pukul 4.30 petang dan sampai di sana lebihkurang pukul 5.00 petang. Perjalanan cuma lebikurang 25-30 minit sahaja. tambang feri pergi dan balik adalah RM10.00 untuk dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak. Kemudahan feri memang senang sebab feri sentiasa ada setiap setengah jam. So walaupun musim cuti sekolah, korang tak payah berebut-rebut untuk naik feri. Lupa pulak nak cakap yang kami naik feri dari Jeti Lumut.


Sebelum sampai ke Jeti Pangkor, feri akan singgah mengambil dan menurunkan penumpang di Jeti Sungai Pinang (kalau tak salah namanya la). Penumpang yang nak ke Pulau Pangkor tak payah nak sibukkan diri turun kat jeti ini sebab jeti Pulau Pangkor masih belum sampai. Disebabkan I ni takpernah ke sana, so dah terover excited nak turun awal. Nasib baiklah ada penumpang lain yang maklumkan belum sampai lagi. tak pasal-pasal dapat malu sebab over excited nak turun awal :)

























Sampai di Jeti Pangkor kami terus ambil teksi untuk ke Teluk Nipah. Tambangnya RM15.00 untuk sebuah teksi. Teksi kat sini adalah van berwarna pink. Tersangat banyak perkhidmatan teksi yang disediakan. Selain teksi, pelancong boleh jugak menyewa kereta, motorsikal & basikal. Tak payah pening kepala sebab sampai je kat jeti terus boleh dapat perkhidmatan pengangkutan darat ni. Tinggal buat pilihan je nak yang mana.


Kami menginap di Nipah Waterfront, Teluk Nipah. I booking family room RM180.00 semalam. Biliknya luas dan selesa, ada 1 katil king size, 2 katil single size dan 1 extra tilam. Resort ni sebenarnya pilihan ketiga I. Alhamdulillah tak menghampakan. Sesuailah dengan harganya yang berpatutan tu. Depan resort ni ada deretan kedai dan pantai. I pilih untuk stay kat Teluk Nipah sebab senang untuk dapatkan kemudahan kedai makan dan suasana malam yang lebih girang. Ini tips yang i dapat berdasarkan cerita-cerita blogger lain. tapi kalau korang sukakan suasana yang lebih sunyi dan pemandangan pantai yang lebih cantik, korang boleh menginap di resort berhampiran Pasir Bogak.


Kat sini I share beberapa website berkenaan resort-resort di Pulau Pangkor. Bolehlah tengok gambar setiap resort beserta rate bilik kat sini.

http://teluknipah.com/

http://www.cutipangkor.com/index1.htm

http://pulaulangkawichalet.com/teluk_nipah.html

http://maipangkor.blogspot.com/2009/12/chalet-dan-resort-di-teluk-nipah.html


Kalau taknak peningkan kepala survey setiap resort, korang boleh terus booking menggunakan agoda.com, booking.com or asiaroom. senang kan :)


















































Sekian review cuti-cuti Pulau Pangkor episod 1 :)



7 comments:

cha said...

walau org ckp pangkor tak lawa mcm pulau lain i tetap suka pangkor. and bg i laut dia lawa je biru dr pantai PD haha

myrah said...

wah...nanti review lagi ek..kita pon nak g pangkor next week.. ;)

Zarina Ibrahim said...

syida...ni sepatutnya tempat utk celebrate besday baru ni...disebabkan atok gi umrah trus cancel...nak tau yg kedai mkn ikan bakar letak sambal tu ada lagi tak? Kedai tu tepi jln jer berdepan dgn nipah bay villa...sedap giler mkn ikan...udang...sotong bakar dia.....meleleh sey....

ada mokhtar said...

cha : setuju! hehehe.. mmg lagi cantik dari Pd & desaru.. haha

ada mokhtar said...

myrah : inshaAllah will update soon :)

ada mokhtar said...

induk : nipah bay dekat dgn nipah waterfront gak. syida makan kat area situ.. tp ada banyak kedai. tak tau yg mana 1. hr tu just pilih dr first je. makan ikan stim halia je masa tu.. seafood kat situ mmg best.. fresh ..

Zarina Ibrahim said...

Apsal tak makan ikan ke udang ke sotong bakar dia...kat sana la paling special....yup..sana mmg fresh....mmg target this year mesti sampai sana gak....:))