Pengalaman memancing



Assalamualaikum .




Ada gaya macam pemancing professional tak? 


Cerita ni sebenarnya masa cuti tahun baru cina lepas. sekarang baru ada masa nak update. konon sibuk tahap ketua puteri umno la sangat ni :)


Untuk isi masa cuti dengan penuh manfaat, so I dengan Adin decide nak cuba-cuba aktiviti memancing. Excited kau nak memancing bersama-sama di kampung halaman tercinta pulak tu.  Bangun awal pagi lepastu sanggup tunggu depan kedai semata-mata nak beli joran dengan mata kail. Nak dijadikan cerita lama pulak kedai-kedai tutup sempena CNY. dua tiga hari jugak la terpaksa bersabar tahan nafsu nak memancing sebab kedai tutup.




Memang poyo sangat la kan memancing siap bawak kerusi bagai. 



Umpan asyik habis tapi ikannya tak ada yang tersangkut kat mata kail pun. Memang cerdik pandai betul ikan-ikan sekarang. Bab letak umpan pada mata kail ni memang I tak pandai, so setiap kali umpan habis kena lah mengada-ngada kat Adin  :)   Umpan adalah hasil menggali tanah di belakang rumah. sebotol jugak cacing yang kitaorang dapat. 



Adin yang masih tak putus asa sebab rasa tercabar dengan kehebatan I yang berjaya dapat sekoq ikan. hahaha. Mana boleh tahan kan wife lagi hebat. Lagi-lagi bila wife dok wat muka poyo berlagak tak habis-habis. 



Subhanallah . 
pemandangan sawah padi berlatarbelakangkan gunung jerai. semuanya hanya di kampung ku Yan, Kedah :)  



jom memancing esok :)




2 comments:

AyongAtikah Zaid said...

bestnya!!!ayong pun pasang angan2 nak g mancing...teringin giler...25 tahun hidup x pernah mancing...jakun..hehe...

ada mokhtar said...

jom2... petang ni nak pi mancing lagi ;)