Tutorial Memakai Shawls Halfmoon



Assalamualaikum :)




Hye semua. Eceh nak buat tutorial la pulak hari ni. Atas permintaan beberapa jelitawan yang minta I ajarkan cara pakai halfmoon, jadi timbullah perasaan gedik untuk buat tutorial ini . Terus terang i cakap tutorial ini adalah dalam standard sekolah rendah je. I bukan pakar sangat pun dalam bab gaya pelik-pelik. 



*** AMARAN KERAS! abaikan tone gambar  yang sekejap terang, sekejap gelap. semuanya disebabkan faktor pencahayaan dan camera cap ayam. 



1. Sediakan shawls halfmoon, inner neck, sebatang jarum peniti, dua pin. 

2. Pakai inner neck dan letakkan shalws halfmoon di kepala. Pastikan sebelah panjang dan sebelah lagi pendek. 





3. Adjust shawls ikut kesesuaian muka . I lipat sikit di kiri dan kanan muka. 

4. Pin kan di bawah dagu. 



5. Tarik bahagian panjang (kiri) ke tepi telinga (kanan). 





6. Sematkan jarum peniti pada bahagian shawls yang ditarik tadi. Nanti akan jadi effect beralum macam dalam gambar :)

7. Tarik bahagian yang pendek (kanan)  ke bahu (kiri). Pinkan :)



Inilah hasilnya. simple dan pantas :)






No comments: