Tempat Penginapan di Yan, Kedah



Assalamualaikum . 



Ewah dah macam tahun melawat Kedah la pulak kan tiba-tiba buat entry berkaitan penginapan di daerah Yan, Kedah. Sebenarnya ni salah satu entry review berkaitan perkahwinan i november lepas. Memang semua sedia maklum kalau buat event kenduri mesti ramai saudara-mara, kawan-kawan dan family pengantin lelaki datang. Jadi tempat penginapan sampingan sangat diperlukan memandangkan rumah i agak sempit. 


Daerah Yan bukan lah maju macam bandar besar yang tersangat berlambak hotel berbintang, motel, resort dah sewilayah dengannya. Tapi bukanlah sampai tahap tak ada tempat penginapan langsung. Untuk pengetahuan semua, (hahaha.. tiba-tiba tergelak sendiri dengan ayat skema itu) daerah Yan adalah daerah pelancongan. walaupun tak ada hotel motel grand berbintang-bintang, tapi daerah Yan ada banyak homestay dan chalet. Masih mengekalkan budaya sopan santun kampung gitu. 



KESUMA HOMESTAY

Kesuma 1

Kesuma 2

Kesuma Homestay ni terletak di Taman Pantai Murni yang berdekatan dengan Pantai Murni. Jadi pagi petang siang malam boleh dengar ombak menderu. I booking Kesuma Homestay ni untuk family in law.   

Kesuma Homestay ni ada sediakan tiga rumah tapi i cuma  booking dua rumah sahaja. Kesuma 1 dan 2 . Untuk Kesuma 1 ada lima bilik (RM350) dan Kesuma 2 ada tiga bilik (RM180).  Selain menyewa secara sebuah rumah, perkhidmatan menyewa bilik sahaja pun disediakan. harganya lebih kurang RM70 semalaman. Perkhidmatan menyewa rumah dan tapak untuk dijadikan rumah kenduri pun disediakan juga. Senang kan tak payah nak leceh mengemas rumah sendiri. 

Feedback dari family in law kedua-dua homestay ni selesa, bersih, ada kemudahan penghawa dingin dan televisyen. KESUMA HOMESTAY - 0124310685 . 



HOMESTAY PANTAI MURNI


Juga terletak di kawasan Pantai Murni. Homestay ni i booking untuk  saudara dari Pahang. Alasan utama i pilih homestay di kawasan Pantai Murni sebab dekat dengan rumah i. tak sampai 5 minit perjalanan pun :)

Walaupun rupa paras dari luar nampak kurang cun, tapi kemudahan di dalam homestay ni sangat memuaskan. Terdapat 3 bilik dan 2 bilik air. Lengkap dengan semua kemudahan seperti dapur, televisyen, perabot dan penghawa dingin. Rate untuk 1 malam adalah RM150. 


Pemandangan dari luar tingkap dan pintu. Angin sepoi-sepoi bahasa yang sangat ohsem! HOMESTAY PANTAI MURNI -0194938466 / 01114710424



D'YAN CHALET 


D'Yan Chalet adalah milik Majlis Daerah Yan. Terletak di Air Terjun Titi Hayun. Memang syok tidur sambil dengar bunyi air terjun. Lepas bangun tidur terus boleh terjun ke dalam air. sangat nikmat! haha. 

I booking 3 chalet untuk kawan-kawan dari Johor. Rate untuk 1 malam adalah RM70. Pemandangan dan suasana memang dijamin sangat tenang. Cuma lokasinya agak  gelap pada waktu malam. Jarak dari rumah i lebihkurang 8kilometer sahaja. untuk maklumat lanjut lagi boleh visit website MDY.



sekian review tempat penginapan . daaa :) 


15 comments:

Suria said...

suria haritu book kesuma 1 & 2 utk family sebelah lelaki, dh byr depo tetiba depa nk yg dkt permaipura..jauh katanya..hihi tp serius kesuma tu cantik, puas hati owner pun baik pakcik tu :)

ada mokhtar said...

La gitu pulak... Pakcik tu mmg baik.. Sng je berurusan dgn dia... Sblum khwin suami i pnh gak amik 1 blk je tdo kat situ... Pkcik tu siap bg diskaun.. Hehe..

Anonymous said...

Assalam. .nk tanye..mcmana nk book d'yan chalet ni? Blh bgi info?

ada mokhtar said...

Boleh ke website majlis daerah yan. Kat situ ada no phone. Boleh call untuk booking :)

Shikin Rahim said...

Terima kasih..nak tanye ade lagi ke tmpt lain homestay atau chalet yg bdekatan dgn air terjun titi hayun tu? tq ye utk info.

ada mokhtar said...

shikin : sama-sama. banyak lagi dear.. ada anjung menjaro, puteri park, kem kenari, salak denai...

Anonymous said...

boleh bg tau tempat penginapan yg dekat dengan PKG Sg Limau

ada mokhtar said...

Maaf, saya tak berapa arif ttg kwasan sg limau. Kalau area yan besar & yan kecil sy tahu. Mungkin boleh cuba homestay di taman yan.

isya said...

Salam.. nak tanya..kesuma ni dekat tak dengan alamat ni,F876, Kampung Rendang Pasir, 06900 Yan Kedah Darul Aman.ade kwn kawen.. tp xfamiliar area kedah.huhu
.. hope awk dpt membantu.. :)

isya said...

Salam.. nak tanya..kesuma ni dekat tak dengan alamat ni,F876, Kampung Rendang Pasir, 06900 Yan Kedah Darul Aman.ade kwn kawen.. tp xfamiliar area kedah.huhu
.. hope awk dpt membantu.. :)

ada mokhtar said...

waalaikumussalam. kesuma ni dekat di pantai murni. kalau nak ke kampung rendang pasir tak jauh pun.. naik kereta tak sampai 10 minit. tapi kalau jgn kaki penat jugak lak. hehe.

zee zack said...

Salam.... nak bertanya... ader tak chalet yg berdekatan dgn jeti Yan Kecil... Trip memancing dr KL...
Boleh tolong suggestkan homestay mana yg sesuai & dekat dgn jeti nie.... TQ

Anonymous said...

Sy kol kesuma hmsty utk roomstay. Ktenye bilik ada RM50,70 danRM80 tp bila smpi bilik tersedia 70 x ada tv, yg80 ada tv tp water heater rosak, jug keetle x ada. Towel kne request dn plg x bgos dia kte room yg kami duduki itu separuh harga rm100. After gst kot. Sy x suka klu x telus.

Alis Suraya said...

HI ASSALAM NAK TANYA , APA NUMBER PHONE D'YAN CHALET TU?

yusmafiza yusof said...

Salam..
Blog yg bagus..
Nk tumpang promosi sket tuan rumah....
Klau yg mencari homestay area sg limau, boleh menginap di homestay kami..
Homestay anjung malinja..
0134861867

Terima kasih