Resepi Popia Inti Pisang Bersalut Nutella



Assalamualaikum . Selamat Petang :) 


Semenjak dah kahwin terus gatal tangan nak update resepi.  Konon dah pandai dan rajinnnnnn sangat ke dapur kan. Gila kau psycho bila kakak ipar, adik ipar pandai masak. Huishh malu den bila mak mertua dengan terang terangan keluarkan ayat fakta "syida tak pandai masak!". 


Dipendekkan cerita petang ni i nak berkongsi resepi sesuka hati yang baru dicipta. Bab bagi idea makan benda-benda sedap memang i hebat. Tapi bab melaksanakan idea tersebut masih lagi pada tahap  kurang hebat. Idea ni datang dari Pancake Krabi. Then ditambah oleh housemate baru yang pandai giler masak. Syok wooo dapat housemate baru yang pandai masak. 


Resepi Popia Inti Pisang Bersalut Nutella



Bahan-bahan :

Kulit Popia
Pisang
Roti
Nutella
Minyak Masak


Cara-cara :

1. Ambil kulit popia
2. Letak inti roti yang telah disalut dengan Nutella
3. Letak pisang yang dibelah 2
4. Gulung kulit popia tersebut
5. Goreng dalam minyak penuh hingga kekuningan



Siap sedia untuk dihidangkan. Sangat sesuai untuk dihidangkan semasa minum petang. Selamat mencuba :) 




9 comments:

Norhazrina Abdul Hamid said...

wahh popiah jugak..hehe..last week bru sy post entry popiah fusion homemade..inti ada cheese..mehla try buat :p

faqhrule said...

masak lemak cili padi dah pass belum? kehkeh

cha said...

tapi rasa dia sama tak dgn kat krabi tu u?

ada mokhtar said...

norhazrina : wah bestnye kongsi2 idea masak.. Hehe

ada mokhtar said...

Ujang : hahaha.. Tak sehebat org ngori yg pure.

ada mokhtar said...

Cha : lain skit dear.. Yg krabi tu btl2 garing & nipis.. Mkn sebijik tak kenyang.. Yg ni mkn sebijik pun dah penuh tank.. Hehe

izma. said...

balik rumah nanti sila buat untuk kami..hahaha

ada mokhtar said...

Tgk ar klu sempat..hehe

Cik Tanpa Nama said...

jalan2 kat google cari info nak masak2 guna nutella terjumpa blog sis ni... macam best je resepi ni...nak try jugak lah :) tak sabar nak cuti sem dan buat! yea!
btw, comel blog sis ni...suke2 haishhh bnyk ckp pulak saya ni...hehe mahap2 do visit my blog too :)