Pancake Krabi



Assalamualaikum .



Terus rasa nak baca doa makan sebab still teringat lagi kesedapan banana & choc pancake ni. Tengok gambar je pun dah rasa tergoda kan. Rasanya memang sedap macam dalam gambar. sumpah tak tipu. haha. 


Sebelum ke Krabi hari tu, i dengan suami dah survey apa makanan yang wajib kami try masa kat sana. Dan hampir kesemua blog yang kami usha suggest untuk cuba thai pancake. Pijak je kaki di Krabi terus semat azam nak cari pancake. Memandangkan resort yang kami menginap terletak di tengah pusat perniagaan, so memang tak ada masalah langsung bab nak mencari gerai jual pancake. (kelik sini untuk entry resort)



Gerai pertama yang kami cuba. Masa ni tengah tunggu akak tu masak pancake dengan perasaan yang sungguh excited. first time katakan. 

Kulit pancake tu daripada tepung ala-ala roti canai. tapi lebih nipis dan garing. then kat dalamnya diletakkan apa yang kita request. macam-macam boleh letak contohnya peanut, pisang, mangoes, gajus. kesimpulannya macam-macam ada. kat bahagian luar pulak boleh letak nutella, choc, jem. sesuka hati koranglah. 

Masa yang diambil untuk masak sekejap je. lebih kurang 5 minit. memang pantas betul akak tu masak. zup zap zup zap dah siap dua bijik pancake. satu untuk i, satu untuk Adin. 



Gerai kedua untuk malam pertama. Okey kami memang dah ketagih. Tak cukup okey sorang sebijik. Kat Krabi ni memang tersangat banyak gerai yang menjual pancake. So jom rasa pancake di gerai lain pula. Bab harga pulak walaupun jarak antara gerai ni dekat-dekat, tapi ada juga la perbezaan harga. Gerai pertama lagi murah dari gerai kedua.  



Ini gerai keberapa yang kami cuba pun i dah tak ingat. boleh dikatakan tiap-tiap hari makan lebih dari sebiji pancake. Hahaha. Memang kami dasar pemakan. Tak puas tau makan pancake ni. serius ketagihan!. 



Banana & Nutella Pancake. Rate harga untuk sebiji pancake antara 200bath hingga 500bath. Convert ke duit Malaysia lebihkurang duaringgit hingga limaringgit. Harga pancake ni bergantung pada isi dan flavor yang dipilih. 



sekian cerita makan pancake di Krabi. Okey siapa yang nak pergi honeymoon kat Krabi lepas ni bagitau i ye. Nak kirim Pancake seratuslimapuluhjuta bijik  :)





4 comments:

cha said...

tulah i banyak baca pasal pancake ni kt blog2 lain haha. jauh sgtla ke krabi sane apa kata u try buat sendiri :p

ada mokhtar said...

hehehe.. mmg ada pasang angan2 nak cuba buat sendiri gak ni..hehe

ayeen muhammad said...

Heeeee,, kite nak ke krabi bulan 3 ni..nak mamam banyak2 jugak pancake ni..nnt kite post ek...post gamba je..heeeeeeeeee

Airin Diana Anuar said...

hi dear

seriously sangat sedap thai pancake ni
i went to krabi last month, sepanjang 5 hari tu, 3 hari berturut i dok makan pancake ni.yumsss!!