Cuti Hari Khamis dan Pasar Khamis Sungai Tiram




Assalamualaikum . Salam Maulidur Rasul. 


Semua sedia maklum hari ni cuti.  Yeayy!

Jangan nak yeayy sangat lah. Sepatutnya kita kena memperbanyakkan mengingati Rasulullah SAW.  Okey bukan hari ni je tapi sepanjang masa. Rasulullah SAW dijadikan idola utama. 


Tetiba dah jadi ustazah la pulak kan. Sekadar nak mengingatkan diri sendiri jangan seronok suka sangat khamis cuti tapi langsung tak ambil apa-apa iktibar dari Hari Maulidur Rasul ni. Muhasabah diri  sentiasa perlu hokey :)


Kebetulan pulak hari ni adalah hari Khamis. Memang dah lama tunggu cuti di hari Khamis. Motif? Ha! ni yang cheq nak cerita kat ampa semua. Setiap hari Khamis ada pasar Khamis di Sungai Tiram atau lebih popular dengan nama pasar kemboja. Sungai Tiram tu kat mana? sudah tentulah di Johor. sila google untuk lokasi yang lebih detail. Pasar Khamis ni tersangat best terutamanya untuk kaum hawa sebab tudung, jubah, baju kurung, blouse, seluar segalanya lah MURAH!. 


Jadi untuk tidak membazirkan cuti hari Khamis ni, I pun ajaklah geng housemate baru pergi memcuci mata. Cuci matalah sangatkan bila semalam baru dapat gaji. Haha. Sepanjang lebihkurang 2 jam mencuci mata akhirnya berjaya beli 3 helai tudung. 



halfmoon 1


halfmoon 2

Beli 1 RM30, beli 2 RM55 . Jadi terus beli 2. haha. Harga promosi kata akak yang jual tu. dan ayat yang biasa korang akan dengar adalah "Minggu depan dah tak dapat harga ni". 




Tudung Fareeda Palsu . Nan hado duit nak shopping Fareeda Original. Setakat gaji cikgu yang baru tiga empat tahun kerja macam akak ni memang tak mampu la dik oi merasa pakai tudung mahal. Chiffon 3 layers ala Fareeda ni jelah yang mampu :) 










Salam Maulidur Rasul  :) 






Peplum Kuning oh Peplum boleh ditemui di sini : Amhijabs 




9 comments:

cha said...

amboi sekali 3 tau borong. i tak berkenan sgt tudung fareeda tu mcm serabut je i tgk huhu tp halfmoon tu comel ^_^

ada mokhtar said...

cha : halfmoon ni nampak muda sikit.. kalau fareeda ni terserlah kematangan.. hehe

Lyaa Suriany said...

cantik shawl halfmoon ni.
asal nk rembat je duit tak de.

ada mokhtar said...

Lyaa : hehe.. Tu la klu ikut nafsu mmg nipis poket...

Hanida Moss said...

tudung fareeda tiruan tu cantik. hehe.

Cik Jannah said...

hahahaha. nasib saya tak pandai pakai tudung cenggitu. hikss.

s h a said...

Beshkn shopping.Balik tu mesti x saba2 nk cuba.Hehe.Btw,salam kenal dear.Sha follow sini. :)

ada mokhtar said...

Hanida moss : haha.. sebab warna dia menyerlah gaknye kan :)

ada mokhtar said...

cik jannah : senang je yunk :)

sha : bab shopping memang sentiasa best.. hehe.. salam kenal :)