4D3N at Aonang Princeville Resort



Assalamualaikum . 



Hello readers :) Alhamdulillah awal bulan December yang lepas segala perancangan honeymoon i dengan Adin dapat dilaksana dengan lancar. Adin? hihi. first time kan i terus mention nama dia. sebelum ni malu-malu meow konon asyik sebut Mr Ehem je. since dah sah jadi suami, so adalah lebih manis untuk mention terus nama Adin dalam belog i. 


Berbalik pada cerita honeymoon. Pasal honeymoon ni Adin je yang banyak main peranan sebenarnya. Sebabnya dia sendiri yang tak nak i menyibukkan diri. tapi sebenarnya memang hobi i hokey membuat perancangan. i love being organizer. haha. Selepas membuat calculation dan memikir beberapa perkara kami buat keputusan untuk berbulan madu di Krabi. 


Perkara penting untuk berbulan madu mestilah mencari tempat penginapan yang sesuai. General kot makna sesuai tu. Untuk pengalaman honeymoon kali pertama, I dengan Adin prefer resort yang :

dekorasinya romantik, 
terletak di tengah pusat perniagaan 
berdekatan pantai
menyediakan pakej aktiviti
Dan paling utama adalah HALAL. 

So pilihan kami adalah Aonang Princeville Resort




Alo-alo romantiknya swan kissing pulak. haha



katil yang selesa . 




ruang bersolek yang selesa.



ruang melepak-lepak yang luas. 



Bilik air yang luas dan selesa . 


Restaurant di resort ni mendapat sijil halal. Cerita tentang restaurant dalam entry yang berikutnya lah ye. terlebih panjang pulak kalau nak cerita dalam satu entry. 


Dekorasi keseluruhan bilik dan resort memang kena dengan kehendak kami. Then resort ni terletak betul-betul di tengah pusat perniagaan Aonang. keluar je pintu resort terus ada deretan kedai yang tak puas-puas korang nak merayau. then resort ni jugak terletak betul-betul depan pantai. memang tersangat senang nak berdua-duaan di tepi pantai tak kisah la siang ke malam. 


Seterusnya resort ni ada sediakan beberapa package honeymoon iaitu penginapan, makan, aktiviti dan spa. All in one gitu. Dah tak payah nak lecehkan diri fikir mana nak tidur, kat mana nak makan, aktiviti apa nak buat, bla bla bla. Lagipun harga untuk package all in one lebihkurang je dengan pilihan secara backpaker. 


4D3N honeymoon package : 

Welcome refreshment upon arrival 
Transfer from Krabi Airport to Aonang Princeville Resort.
Dialy breakfast at White Orchid Restaurant.
3 nights accomodation in a Deluxe Room.
One Day Phi Phi Island by speedboat, lunch, soft drink, snorkelling, guid and insurance( join tour).
Half day Adventure rafting & elephant trek (Join tour)
Thai set dinner at White Orchid Restaurant.
Romantic Seafood dinner at white orchid restaurant.
One spa package at Princeville Spa for 2 persons.
Transfer in / out from Aonang Princeville Resort to Krabi Airport (private transfer)
Tour include: Snorkel, Mask, Drinking water, Lunch, Fruit, Admissinon fee, Accident insurance, Life Jacket, Hotel transport and english speaking guide


Total keseluruhan untuk package ni adalah RM2000 (peak season ) dan RM1500 (low season ). Kalau nak murah adalah sangat dicadangkan pergi waktu low season. Terus terang i cakap resort yang kami tinggal ni rate nya agak tinggi dari resort lain. reason paling utama adalah kerana Aonang Princeville ni terletak di tengah-tengah kawasan perniagaan Pantai Aonang. 


Jangan risau tentang resort sebab kat sana tersangatlah banyak pilihan. dari yang tak ada bintang hinggalah berbintang-bintang. sama ada terletak berdekatan Pantai Aonang ataupun di bandar Krabi. Gunakan booking.com or agoda untuk dapat rate yang lagi rendah. selain tu rajinkanlah diri usha web Groupon sebab memang sentiasa ada je promo resort kat situ. Kalau bernasib baik siap boleh dapat resort yang ada private pool hokey! Oh bestnya! sangat cemburu dengan mereka yang stay kat resort-resort sebegitu. Tak ada rezeki untuk kami stay kat resort sebegitu sebab semuanya dah full booked. 


Okeylah, yang lain-lain nanti i cerita ye. Daaa :)



22 comments:

cha said...

Ni pun dah ok sgt u. 1500 ke 2000 bagi i murah sgt dh. I tak pernah sampai ke Krabi lg. nak pg huhu

zarith said...

murah sangat sebab dapat phi phi island tour and rafting+naik gajah. Kalau ambil seperate package pun dah RM100++ untuk setiap aktiviti. Memang berbaloi...

dhiera said...

krabi best kan... rindu ye!

ada mokhtar said...

CHA :kena pergi tu cha.. hehe.. best kat sana :)

zarith : Alhamdulillah memang berbaloi...

dhiera : rasa nak pegi lagi je kan.. hehe

Anonymous said...

Hye awk.. Sy nk tnya.. Awk booked pakej nh direct hotel eh

ada mokhtar said...

hye dear.. ye i direct booking dgn hotel :)

Anonymous said...

Hi ada, nak tanya mcm mana awk booking..ada wabsite dia x?sy dh booking tapi dia suruh tulis detail and than email..nanti dia reply...tapi dh seminggu dia x reply pun...ada ada sugstion x?tq

ada mokhtar said...

ni website http://www.aonangprinceville.com/

ni pulak email yg sy guna masa deal info@aonangprinceville.com

kat website ada 3 email. kalau tak dapat cuba u cuba email yang lain. hopefully dapat :)

Anonymous said...

lama x nak tunggu dia reply.... airport trnsport disediakan ke?

ada mokhtar said...

Tak lama pun dear.. Within 24 hours dah reply... Airport transfer pegi dan balik disediakan.. Naik alphard gitu.. Mcm big bos kater besar naik 2 orang je :)

Anonymous said...

salam..sy nk tanya masa booking hari tu ada bg deposit tak?sbb sy dah booking bulan 4 hari tu guna email kat website jgk..kena byr 5000bth..3 4 hari lepas sy emailkan flight detail yg terkini..tapi takda respon..risau jgk sbb minggu dpn dah nk pegi..

ada mokhtar said...

mmg betul kena bayar deposit 500 bth.. ye betul lepas tu kena email tket flight.. sama la tak da respond dari pihak resort.. tapi alhamdulillah sampai je kat airport dah ada pekerja resort yang tunggu. don worry ye :)

Juliet_iRa~" said...

Hi ada..dlm pic tu deluxe room la eh yg diorang provided?sy mcm nak ke sini jg sbb all in..mcm sng skit..

ada mokhtar said...

hye juliet_ira , a'ar tu deluxe room.. memang senang, just follow jadual aktiviti yg diorang dh sediakan je. xpayah nak pening2 fikir lagi.. nak pergi bila? kalau low season lagi jimat :)

Juliet_iRa~" said...

Besar x bilik dia ada?hee nmpk mcm nice jg..tu la mmg nak g sini kot hee br nak byr thb 5000..diorang suh fax tp sy dh g 2 kdai xleh fax ke sana huhu maybe sy scan n email blk form tu..awk fax ke dl?y g water rafting tu kayak ke?hee best x massage tu?sy g low season..pg lps kenduri belah llaki on oktober :)

ada mokhtar said...

Bilik tu besar blh main kejar-kejar.. Hehe.. Dulu sy attach email je.. Tak faks oun.. Leceh nak faks.. Hehe.. A''ar kayak.. Best sgt. Maklumkah first time kan.. Rs rugi plak amik 5km.. klu amik yg 9km lg best.. Massage pun best sbb sy mmg suka massage..

Juliet_iRa~" said...

Yeke haha okay..sy dah attach email td sbb xleh faks hehe mmg dah confirm la nak y package tu lps awk ckp okay hihi massage tu utk husband awk kan llaki ke ppuan?leh request llaki x eh?yeke sy dah pnh bkayak dl ms BIG haha pkai track suit gtu la eh?siap lunch jg ms kayak tu?ms phi2 island mmg all in kan?haha sorry byk soalan.

ada mokhtar said...

Xpa.. Hehe.. Hr tu yg urut perempuan.. Cuba la request lelaki.. Boleh kot.. Hehe.. Ni rafting kat batu2.. Mencabar dari laut.. Tp naik ramai2.. 4 or 5 org sekali raft.. Pakai track suit pun xpa.. Nnt bawak baju salin.. A'ar lunch skali.. Pegi pulau2 tu pun semua ada makan.. Google pun depa sediakan.., bawak diri je.. Hehe

Juliet_iRa~" said...

Owh yeke..bkn naik kayak sorang dpn sorg blkg tu eh..ni mmg naik mcm pelampung besar gtu eh?huu mmg mmcbr hee owh kn bw bj salin eh..ms kat pulau pn bw bj salin ke?kira sport attire la eh..pkai sport shoes gak ke?sandal ke selipar xleh?alahai..haha

ada mokhtar said...

a'ar naik pelampung besar tu.. i pakai sandal je masa tu.. bila naik pelampung tu i kaki ayam je.. hehe.. bwk baju salin sebab nnt xtau aktiviti mana dlu.. klu dibuatnya kne water rafting dlu, karang bersejuk lak u bila wat elephant trekking..

yg pi pulau xbawa bju salin sebab sepanjang hr main air je..

Juliet_iRa~" said...

heeee btol gak kan..:) okay tq for advice hihi...tu la igt nak pakai sandal je..rajin benor nak bw sport shoes hehe

okay2 tq for info..kena bw beg kalis air la gini eh hihi..:)

ada mokhtar said...

hehehe.. welcome dear.. masa rafting boleh simpan brg dalam loker.. masa pegi pulau bawak la beg kalis air tu :)