REVIEW : Tshirt Rewang



Assalamualaikum . Bissmillahirahmanirahim . 


Okey ni review berkaitan wedding i yang pertama. Akhirnya muncul kerajinan dalam diri nak update belog. Review pertama ni adalah Tshirt Rewang masa majlis persandingan i. Alhamdulillah rezeki i murah bila owner PHOTREDZ tiba-tiba buat suprise sponser 25 helai tshirt rewang yang kiut miut. sangat terharu okey!


Pandai owner PHOTREDZ ni simpan rahsia ye. Then curi-curi guna gambar kartun doorgift i pulak tu. So sekarang i pulak curi-curi gambar dari album PHOTREDZ untuk buat review ni :)



Nah kau! 25 helai tshirt rewang pelbagai saiz yang sangat mengejutkan dan mengharukan. Akan tetapi sayangseribukalisayang. walaupun mak i dah awal-awal edarkan pada semua sanak saudara lelaki dalam keluarga i tapi nampaknya objektif tak tercapai. semuanya tak sporting sebab tak ada seorang pun appreciate dan pakai tshirt ni masa hari tersebut. so sad! 

Malas nak ungkit-ungkit lagi sebab benda pun dah lepas. cuma i terasa sangat sedih sebab orang yang sponsor tak dapat tengok hasil kerja dia dipakai untuk tujuan yang sepatutnya. Sorry Wan! 



Gambar semasa proses mencetak. Meh i story sikit tentang PHOTREDZ ni . Milik sepenuhnya kawan i Redzwan. Dia memang pakar bab mencetak baju dan mencetak custom album. Bab harga jangan risau sebab dijamin berpatutan. Kalau nak lagi murah cakap i yang suggest. Haha :)  . Beroperasi kat Pasir Gudang, Johor. 


Sample tshirt yang dicetak oleh PHOTREDZ. sedia menerima tempahan untuk tshirt rewang, sekolah, sukan, hari keluarga dan macam-macam. Okey jom tengok sample custom album pulak. 



custom album for Newborn, wedding dan Dinner . 




Untuk maklumat lanjut berkaitan harga or pakej yang ditawarkan boleh terus ke page PHOTREDZ atau blog PHOTREDZ . 




 



REVIEW : Vendor List




Assalamualaikum .

Kat sini i buat senarai penuh semua vendor yang berkaitan untuk majlis nikah, sanding dan bertandang. In Sha Allah review satu persatu akan dibuat. I tengah tunggu gambar dari my OP. dah dapat gambar barulah syok buat review :)


KAD KAHWIN : Warisan Ideareka & Marina Cards Plaza Angsana

BUNTING : Warisan Ideareka & Marina Cards Plaza Angsana 

OP NIKAH/SANDING : We Found Love



MUA SANDING : Fara Zara

PELAMIN SANDING : Haasz Boutique

GENDANG/SILAT SANDING : Seri Tembaga 

CATERING SANDING : Zul Nasi Arab

CAKES : Rizaida HomeBakery & TiaraCuppies

T-SHIRT FAMILY : Photredz

OP BERTANDANG : d'ART Photography

BRIDAL BERTANDANG : Cahaya Murni

LIVE BAND BERTANDANG : D'Z Studio





Quick Update!





update lelaju bila terindukan zaman preparation.  Oh! sangat rindukan saat itu. best rupanya kenangan gila-gila tak menang tangan sambil berdebar dup dap menunggu tarikh kahwin. Dan sekarang Alhamdulillah semua dah selamat. tinggal dapat penyakit malas update belog jelah pulak kan :)



laporan terkini



Assalamualaikum 

Yeayy dapat curi masa update belog. Sejak dah berubah title jadi puan isteri ni terasa sangat sibuk. Bukan sibuk memasak untuk suami pun tapi sibuk dengan aktiviti jalan-jalan je.  terkini i dengan suami dah pun tidur kat rumah sewa baru. gigih jugak nak tidur kat rumah sewa walaupun baru siap cat bilik tidur je. 

Untuk malam ni pun tak dapat update panjang lebar. Ye i tau banyak sangat hutang entry. Cerita majlis tunang, majlis resepsi, majlis bertaandang, honeymoon dah terbaru rumah sewa. May be dah settle hal rumah sewa baru dapat bayar semua hutang ni :) 


Okey sekarang nak sokong harimau malaya dulu. Auuumn harimau ku terus mengaum.