Manicure & Pedicure


Assalamualaikum .



Yeeha kuku i dah cantik dan berkilat. Sangat happy dapat manjakan diri berseorangan petang tadi di Dr. Soho Foot. 


Memandangkan kuku i sudah kasar, keras dan tidak cantik akibat tiap-tiap hari memegang kapur tulis jadi i kenalah  buat manicure untuk mengembalikan keremajaan kuku i. Cewaah remaja la sangat kan. Tapi dah alang-alang menyeluk pekasam tu kan, i pun tambahlah pedicure. then terasa nak tambah foot treatment skali. sangat suka menambah-nambah macam gini kan. 


Pekerja Islam hokey. sangat ramah dan best :)


Total cost untuk manicure & pedicure RM25. then plus foot treatment RM45. Dr.Soho ni memang specialize in foot treatment. Foot treatment merangkumi cracked heel, smelly feet, athlete's foot, corn, ring worm, rough skin, & dry feet. Kaki i tak adalah terus sangat. setakat kasar dan kering sikit je. Best sangat bila kaki di rendam air panas then digosok2, diurut-urut. Buat kat rumah pun boleh sebenarnya tapi apa salahnya sekali-sekali nak dilayan oleh specialize kan :)


Jom buat manicure sendiri di rumah : MANICURE 



Borang nikah & prosedur


Assalamualaikum. 


Alhamdulillah dah pun selesaikan segala urusan dokumen pernikahan dua minggu lepas. Semuanya berjalan lancar macam yang i dah rancang. Jadi dipendekkan cerita mai i terangkan serba sedikit prosedur yang akan bride to be lalui. Ini berdasarkan pengalaman i dan mungkin sesuai untuk warga kedah sahaja sebab i submit borang nikah ni kat Pejabat Agama Daerah Yan, Kedah. 





Mula-mula pergi pejabat agama dan minta borang permohonan nikah. I pergi ambil borang ni agak awal. Dalam 5,6 bulan jugak la i peram borang ni sebab korang kena submit borang ni sebulan sebelum tarikh nikah. I nikah 16.11.2012 dan submit borang pada 14.11.2012. plus minus sebulan la tu kan. 


Korang akan dapat tiga borang. 1 borang permohonan nikah warna kuning, 1 borang permohonan nikah negeri kedah bertulisan jawi dan 1 borang ikrar bertulisan jawi. Rasanya borang ikrar ni bergantung pada daerah sebab cousin i dari daerah Kuala Nerang tak dapat pun borang tersebut. 


Disebabkan i akan bernikah dengan pasangan dari daerah dan negeri lain jadi bakal suami i pun kena pergi pejabat agama yang dalam daerah dia tinggal. Mr Ehem pergi pejabat agama dalam daerah Jempol. Kat sana dia kena buat permohonan kebenaran nikah. Kena dapatkan dulu surat pengesahan bujang dari majikan or ketua kampung. then kena dapat sign imam. Masa submit di pejabat agama ambil masa 4 hari jugak la baru siap. Dia hantar hari isnin then kena ambil hari khamis. 

Bila bakal pengantin lelaki dah dapat  kebenaran nikah, bakal pengantin perempuan akan bawa kebenaran tu sekali untuk submit dengan borang permohonan nikah.

Ini list dokumen yang perlu ada masa submit borang permohonan nikah . 
1. salinan kad pengenalan bakal pengantin lelaki & perempuan & wali
2. sijil kursus kahwin original dan photostat
3. keputusan hiv test original. Rujuk link HIV TEST untuk prosedurnya. 
4. kebenaran nikah bakal pengantin lelaki 
5. sijil nikah ibu&bapa bakal pengantin perempuan sekiranya anak sulung. 



Masa submit borang permohonan nikah ni korang kena baca ikrar (yang borang tulisan jawi tu) di depan pegawai pejabat agama. Then sign kat ruangan disediakan dalam borang tersebut. seterusnya kena bayar RM12 untuk borang nikah & ikrar then RM40 untuk buat kad nikah. Kad nikah ni dapat lepas nikah lah ye. jangan dok berangan nak dapat terus after submit borang permohonan nikah pulak.



okey selesai kisah prosedur permohonan nikah :)



Doorgift Rubber Stamp


Assalamualaikum . 


Hi, bercerita tentang persiapan doorgift pulak kali ni. Memandangkan i mengamalkan dasar berjimat cermat amalan mulia, jadi segalanya persiapan harus menggunakan bajet yang minimum. Setelah difikir-fikir dengan semasaknya, i buat keputusan untuk guna rubber stamp berbanding sticker. 

Oh lupa pulak nak kasi intro apa fungi rubber stamp ni. Okey kisahnya macam ni ye. rubber stamp ni akan digunakan untuk mencantikkan doorgift majlis resepsi i. Ala lebih kurang macam thank you tag yang biasa orang gantung or lekatkan pada doorgift tu.




sketching done by my lovely sister, syima. 


Seterusnya disambung tugas oleh kawan syima, ftri johari. terima kasih bebanyak kerana sudi menolong :)



Tara, dora datang lagi!!! inilah rupa rubber stamp i. 


Kenapa i pilih menggunakan rubber stamp?



1. Sebab murah! yeahh. kosnya hanya RM25. syima tempah kat Kulim. i pun tak sure apa nama kedai tu. 2. Stamp pad mudah didapati. harganya pun murah gak. i beli artline yang paling besar baru RM8. 3. Mudah diuruskan. 4. Tak mengambil masa yang lama, hanya copkan sahaja. 



sekian, review rubber stamp i :))





MUA Utara



Assalamualaikum . 


Entry ini telah diedit semula pada 31/12/2012 dari entry asal bertarikh 20/10/2012 atas sebab-sebab tertentu.


Senarai MUA sekitar utara (kedah, perlis, pulau pinang)

 Terima kasih kepada b2b yang sudi buat list & bagi cadangan MUA.






sketching bride & groom attire



Assalamualaikum . agak lama rasanya tak jenguk belog ni. laptop ni pun dah lama sangat tak di hidupkan . tersangatlah sibuk dengan macam-macam urusan. Alhamdulillah banyak perkara yang dah settle. Hal lokasi majlis resepsi, waktu pernikahan, dan macam-macam lagi la.  senang hati rasanya. IshaAllah akan update preparation selanjut nanti. :)) 



sketching bride & groom attire  


Dress i dah 50% siap tapi baju untuk pengantin lelaki belum  dijahit lagi. Semoga segalannya terus lancar :)





Artwork Bunting & Petunjuk Arah Majlis Resepsi



Assalamualaikum . 


Untuk kali ni i cuma nak tunjuk artwork bunting dan petunjuk arah yang dibuat oleh pakcik i. Konon-konon nak ada sikit tema cikgu then cuma nak letak gambar nametag. alasannya i seorang yang pemalu. jadi tersangatlah segan bila wajah i terpampang ditepi jalan. 


artwork pertama  (ada kesilapan ejaan nama di situ)


artwork kedua. 



i pilih artwork kedua sebab lagi in dengan tema majlis i nanti. Purple! love it. selesai majlis baru buat i review dengan lebih lanjut ye. segan nak cerita lebih-lebih sekarang. sangat penyegan kan i ni :))






Northern Bakery



Assalamualaikum. Tinggal kurang dari dua bulan je lagi nak menuju ke tarikh itu. Persiapan seterusnya yang perlu diuruskan sudah tentu menempah cake. Yeayy paling suka yang ni sebab i cake boleh dimakan dan sedap. tak macam preparation benda-benda lain semuanya cantik di mata je tapi cake bukan setakat cantik di mata tapi juga cantik di perut. Haha. 


Misi sekarang adalah mencari bakery sekitar utara yang menawarkan perkhidmatan membuat kek perkahwinan dengan design yang cantik dan paling penting harga berpatutan. Jom tengok senarai bakery yang i dah jumpa. Kebanyakkannya adalah menerusi online sebab keadaan i yang berada jauh nun di selatan sekarang. 





(schoolmate i masa kat astech)



(i pernah tengoh hasil kerja dia depan mata masa kat karvival kahwin-kahwin kedah)





dah last sekali adalah Fasha Florisa promote supupu nampak. Haha.. 


Ada ramai lagi sebenanya. tapi i sendiri pun dah rambang mata sangat bila tengok banyak-banyak pilihan. So taknak peningkan kepala lagi dan buat pilihan berdasarkan list yang dah ada ni jelah.  Harga pulak bergantung kepada design dan jenis kek. buttercream lebih murah berbanding fondant. Rasanya i lagi berminat dengan cupcakes tier  berbanding cakes tier. Alasannya adalah nanti nak mintak tolong adik-beradik sorokkan sebijik dua cupcakes untuk i belasah bila dah habis majlis. Haha.. masa acara potong kek tak boleh nak makan puas-puas sangat sebab nak control cun kan. 


sekian, wassalam :)