Walimatulurus Zayadi & Hidayah



Assalamualaikum . 


Hari sabtu lepas dengan gigihnya i ke pahang makan nasi rumah housemate i. sob sob sob *_*' hilang lagi sorang housemate. masing-masing dah bertukar status nampaknya. kebetulan maklang yang tinggal kat kuantan i balik beraya kat kedah tahun ni, so dapatlah i tumpang free ke kuantan. jimat duit tiket bas . haha. 


I sampai kuantan awal sehari. then tiba hari kenduri geng setempat kerja pun ambil i kat kuantan dan kitaorang pun terus ke gambang, rumah pengantin perempuan. 


I suka pelamin ni sebab simple dan tak banyak bunga-bungaan. ini pelamin kat rumah pengantin perempuan. 


Acara bergambar dengan pengantin yang nakal. pengantin lelaki ni sekelas dengan i masa kat IPGM. nak dijadikan cerita kitaorang posting di sekolah yang sama jugak sekarang. pengantin perempuan pulak salah sorang dari housemate i dan off course lah kitaorang 1 sekolah jugak. jodoh diaorang bertemu dekat sekolah. Haha. cinta berputik dalam bilik guru agaknya. 


bersama housemate baru depan pelamin pengantin lelaki. majlis bertandang pada hari Ahad. selang sehari je dengan rumah pengantin perempuan. lagipun rumah diaorang dekat je. lebihkurang 30 minit perjalanan je. 


Nak jugak bergambar dengan pengantin kan sampai suruh pengantin stop makan kejap then pandang camera. sungguh gigih. Haha. 


Ini bakal housemate i. InshaAllah :)








1 Syawal 1433H



Assalamualaikum . 


Oh tidak! tersangatlah masih dalam mood raya dan sangat bermalasan sepanjang dua hari bekerja ni. asyik teringatkan biskut raya je. Haha . Blues raya la sangat kan. 


Bila masuk kelas nak mula mengajar student pulak bukak cerita pasal hari raya. mak masak itu lah, ini lah. pergi beraya rumah sedara mara kat sini lah, kat sana lah. dapat duit raya seguni lah, selori lah. haiyaaa!! memang membangkitkan perasaan terkenang kampung halaman la jawabnya. kena tambah cuti hari raya lagi rasanya ni. keh! keh! keh! bab cuti memang nak extra je kan. 


Gambarajah hari raya bersama adik-beradik yang wajib ada tiap-tiap tahun. 


Memandangkan still terkenangkan hari raya so entry kali ni khas tentang sambutan 1  Syawal keluarga i. Aturcaranya lebih kurang je macam tahun-tahun lepas. bangun pagi raya bersiap-siap ke masjid. yang bestnya tahun ni 1 family dapat pergi masjid sebab tiada keuzuran yang berlaku *_* . Alhamdulillah  . 


Selesai solat sunat kembali ke rumah dan memulakan acara bermaafan, berpelukan dan berciuman . sekeping je gambar cukuplah kan.  Eh lupa pulak, acara seterusnya duit raya! yeayy abah bagi duit raya. dan HUUhu kopak kena bagi duit raya kat adik-adik. 


On the way balik ke kampung singgah studio dan posing skema. masing-masing terus control senyum dan tegakkan badan. abah dan pesan tak payah nak senyum senget-senget mulut, buat mulut itik pastu sengetkan kepala. 


Tahun ni pagi balik kampung abah, then petang balik kampung mak. Memang cool je takpayah gaduh-gaduh nak balik kampung mana dulu sebab lebih kurang 30minit je perjalanan. sampai je kampung terus singgah ke kubur arwah tokwan sebelah abah, tok & tokwan sebelah mak. then baru ziarah rumah sedara mara. 


dah settle semuanya then bermulalah edisi posing di tepi bendang 




tema tahun ni saree warna pink. hambik kau kain sekayu semuanya. lepastu mula gaduh salah pakai baju sebab semuanya lebih kurang sama saiz je. nasib baik ada adik bernama anies yang baik hati sudi tulis nama pada baju dan kain kami semua . confirm tengah sengih-sengih la tu kan. 



lastly, selamat hari raya! maaf zahir batin . segala gambarajah dicuri dari belog dan facebook adikberadik yang lain. haha. nurul izma, nurizwanis, nur afiqah & nor amirah terima kasih daun keladi *_*


kalau u'ols ada buat open house silalah jemput i ye. maklumlah tengah bernafsu dengan juadah hari raya lagi *_*



Salam Lebaran




Salam Aidilfitri , Maaf Zahir & Batin andai ada tersilap langkah, terkasar tutur kata, menguris hati . 


Upload sekeping dulu, yang lain-lain menyusul kemudian :))






Buffet Ramadhan @ Sangkar Kristal, Johor Bahru


Assalamualaikum . 

Lokasi berbuka puasa bersama Mr Ehem mestilah tempat yang best-best, so i buat keputusan sendiri bawak Mr Ehem berbuka di Sangkar Kristal, Johor Bahru. Sangkar Kristal ni sebenarnya anak syarikat LC Catering yang kat Taman Melodies tu. cuma LC Catering Taman Melodies lebih kepada menu ala carte. kat Sangkar Kristal ni pulak buffet. 

Lokasinya berdekatan Istana TMJ di Jalan Pasir Pelangi. 

Entrance 

Kena mendaki tangga sikit



yeay our table. cik aida? haha. biasalah kan bila booking by phone mesti ada tersalah kat mana-mana. Ada terus bertukar kepada Aida. Haha . 

Kat sini sentiasa penuh, so kalau terasa nak berbuka kat sini better call awal-awal. plan asal nak berbuka hari sabtu tapi dah full booked pulak. walhal i call pukul 11 pagi tau. untuk berbuka keesokkan harinya i call malam  sabtu tu jugak. Yeay finally dapat jugak table walaupun tersalah nama :(



Ada 99 jenis makanan yang i tak sempat nak makan kesemuanya. rambang mata tau pilih makanan kat sini. macam-macam ada. dan rasanya tak mengecewakan. kambing bakar, beriani, nasi arab, laksa, lauk-pauk, ikan bakar semua ada. 

Masa makan tetamu akan boleh layan lagu-lagu lunak. ada penyanyi ala-ala padang pasir dan pemain angklung. memang menambah mood makan tau. 

tengah rehatkan perut untuk sesi kedua . 

Kemudahan surau dan toilet ada kat sini. bersih dan selesa. lepas berbuka boleh terus ke surau the lepas tu boleh sambung makan lagi. makanan sentiasa di refill. untuk kaum adam yang nak berasap pulak boleh berasap di bahagian luar dewan sambil cuci mata tengok orang main golf. 


posing sikit sementara tunggu MR Ehem berasap-asap. 

suasana dalam dewan 


Harga untuk dewasa RM42, kanak-kanak RM20 . harga yang sangat berbaloi dengan jumlah makanan dan kadar keselesaannya :)  Boleh call 0177772418 atau 073357355 untuk tempahan . ataupun boleh email ke lccateringsdnbhd@gmail.com . 




Shopping Emas


Assalamaualaikum . selamat hujung minggu . 


kaum-kaum hawa sekalian, ampa cepat-cepat la shopping barang kemaih la ni. ampa ajak laki ampa, boypren ampa, pak ampa semua. sementara duit bonuih depa dok berkepok lagi tu kan. segala kedai emas dok buat sales la ni. rambang mata sunggoh aih! tangan, leheaq, telinga, jari semua dok rasa ringan nak kena pakai pemberat ja. HAhaha 

Nak dijadikan cerita, rantai tangan i tiba-tiba pulak terputus. macam tahu-tahu je ada promosi emas sekarang kan. so i pun memanjangkan langkah ke habib jewels,Plaza Angsana . pilih punya pilih then tiba-tiba promoter cakap esok baru boleh ambil sebab hari ni tukang potong tak ada. ceh! terus cancel sebab i tersangatlah malas nak ke Plaza Angsana ni dua tiga kali. musim perayaan ni memang kena kuat semangat tahap dewa shopping kalau nak ke Plaza Angsana ni. 

Then terus menapak ke Wah Chan. dan berjaya dapat hasilnya :))


Eh kotak je ke?


hasilnya dah ada kat tangan pun. terus pakai ye lepas beli. Haha. rakus sungguh. dapat beli yang kecik je sebab tak nak over bajet. Huhu. 


Harga sekarang RM177 pergram. rasanya memang murah sebab kali terakhir i beli dulu RM198 pergram. So rasanya para bride to be molek jugak kalau korang beli cincin or gelang untuk batal air sembahyang sekarang. 


free gift, pair of pearl earing :)


MR Ehem bila kita nak pergi beli cincin & gelang ?




mirror mirror on the wall




#iphonecasing


adik-adik i cakap cartoon ni dah sama macam rupa i. sungguh kejam kan mereka. nampak sangat mereka tu sungguh cemburu dengan casing i yang kiut miut ini siap berpakej mirror gitu. senanglah nak bersolek hokey :))


 sorry samsung! sorry sony! HIHI 



Restoran Malay Village


Assalamualaikum. sepanjang bulan ramadhan ni asyik update entry makan-makan je kan. dah tetiba belog i ni bertukar jadi belog makan-makan. HAha. Okey lokasi berbuka puasa hujung minggu lepas bersama-sama mom & dad to dan housemate baru di Malay Village, Johor Bahru.  


Selamat Datang ke Restoran Malay Village. terletak di Jalan Kolam Air. tak jauh dari thisle hotel & Maktab Sultan Abdul Bakar. 

Buffet Ramadhan . Harga dah naik sikit dari tahun lepas. Tapi still dalam kategori 10 termurah antara restoran sekitar Johor Bahru. 



sudut makanan. ada aneka lauk, laksa, sup, cendol, ikan bakar, kupang bakar, satay. kesimpulannnya puas la mulut u'ols kunyah makanan. 


nasi dah lauk-pauk

empat jenis kerabu . paling i suka chicken ham with yam. lain dari yang lain. 


mom & dad to be .

presenting my new housemate, adila :)

Dekorasi kat sini sangat menarik. disediakan pondok-pondok tradisional gitu. selain tu ada jugak disediakan ruangan yang ada kemudahan air-cond. so, boleh pilih mana yang korang suka. Bab nak bersolat pulak jangan risau sebab restoran ni sangatlah dekat dengan masjid. 



0key, cau cin cau. next entry pun pasal makan-makan lagi :))





Terima Kasih Nuffnang




Alhamdulillah :))


Walaupun jumlahnya tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan blogger lain, tapi i sangat-sangat bersyukur. walaupun kebelakangan ni dah kurang visitor disebabkan tetiba gatai sangat tukar url tapi tetap dapat rezeki ini. 


Nampaknya boleh la bagi duit raya lebih pada anak murid   :)) i love you nuffnang . hihi 



Mama Chop Papa Grill @Kota Tinggi



Assalamualaikum. Hari ini berbuka kat luar lagi & lokasinya Kota Tinggi. Plan asal nak berbuka kat wastern restaurant yang kitaorang dah biasa makan. Tapi tak ada rezeki nampaknya sebab restaurant tu tutup. Memandangkan masing-masing dah lenguh kaki tawaf pasar mencari baju raya tadi, so main terjah jelah mana-mana restaurant yang ada depan mata.

Kebetulan Mama Chop Papa Grill je betul- betul depan, jadi inilah rezeki kitaorang berbuka hari ini. Mama Chop Papa Grill ni merata tempat ada. Tapi yang kat Kota Tinggi lain sikit dari tempat lain. Baik dari segi dekorasi & pilihan menu.


chicken burger

lamb stew rice

mushroom soup

bolognese fried noodle 

I order bolognese fried noodle. Ingatkan guna bihun yang halus tu rupanya guna spaghetti. Ani order chicken burger. Kids meal sebenarnya ni. Tapi not bad. Nampak menyelerakan. Tubish order lamb stew. Appetiser pulak i order mushroom soup. Tengok rupa pun dah jelas berbeza sangat dari tempat lain kan.

Untuk rasa i bagi 2 bintang. Deco restaurant pulak 3 bintang. Servis 4 bintang. Apa-apa pun syukur Alhamdulillah tetap kenyang dengan rezeki malam ni :)