Jeju Island vs Tanjung Balau




Assalamualaikum . Peace Yoooouu! 

Tahukan anda di mana Jeju Island? sekeh kepala kalau tak tahu. tak kpop langsung tau. i sangat bercita-cita dapat menikmati keindahan Jeju Island dan sangat berharap mr ehem boleh bawak i pergi sana satu hari nanti. dapat tengok laut, bersantai-santai, sedut udara segar. tolong la! plezz ! plezz! 

dan petang tadi tiba-tiba dapat idea untuk feeling bersantai-santai di tepi laut. lepas sekolah balik tidur   sejam then terus bertolak ke Tanjung Balau, Desaru. lebih kurang setengah jam dari rumah i. 

lebih kurang pukul 4.50 kami sampai kat tepian pantai. terus borong empat lima enam jenis makanan yang ada dijual. nafsu makan masing-masing mengalahkan ibu mengandung sangat kan. memandangkan matahari kemain cerah benderang lagi so bentangkan tikar then berguling-guling dulu sambil makan. memang terbaik lah gosip-gosip di tepi pantai sambil menikmati panorama indah dan suasana yang tenteram. 



motip hari ini gambar bayang-bayangan sahaja. 

bila matahari dah redup then air laut pun dah mula surut so kami pun mula la bermain di gigi-gigi air. 



the mastermind. pandai je mengambil kesempatan suruh anak dara bawak dia ke hulu hilir. 


the dara. meow meow!! 


posing ala hero remaja la sangat.


scandal ! jeng jeng jeng . sila tolong doakan mereka tidak malu malu meow untuk meluahkan perasaan masing masing seterusnya menjadi pasangan ideal hingga ke jinjang pelamin. haha. melebih-lebih sangat je kan i nak jadi cupid. 



sedang feeling konon berada di jeju island. haha


Eh! memang betul i berada di jeju island. jumpa pelakon korea gitu. oh bestnye!
  

korea lah sangat kau! 






dekorasi dinding





simple tapi menarik.  idea letak frame bebanyak pada dinding betulbetul buat i tertarik.  letak gambar mak ayah, diri sendiri, suami, anakanak. wow! memang menarik. 



  



sesiapa yang tengah peningpening fikir cara nak decorate rumah tu boleh lah try penuhkan dinding dengan 19 wooden photo frames bermacam saiz bewarna putih dan hitam dari MME Marketing. boleh dapat 55% discount dengan milkadeal. 


visit this link : Wooden Photo Frames





#8 Wordless Wednesday





kenangan zaman kanakkanak bersama asam masin tahik hidung . 




the bikez wedding




Assalamualaikum . hye darlings . 

hari ni cuma mereport aktiviti makan nasi minyak semalam. here we go !


with the sparkling bride & groom . atika & palie. gempak kau tetiba ada majlis kahwin ala-ala mat salleh kat kampung. wow! kelaz kau jah! 

segala deco pelamin, hantaran pihak pengantin lelaki & perempuan di siapkan oleh lelaki maskulin berbaju purple itu, cikgu fadzil. wow! sekali lagi kelaz kau jah! 



the bikez bride & groom bersama orang-orang kuat belakang tabir. 



ambil seri pengantin apabila bergambar dengan pengantin yang jelita iras pelakon marbahah itu . cis kenapa inner bawal i senget masa ni!! spoil! 


tak lupa nak mention perkara paling best masa kat kenduri ni adalah suara penyanyi jemputan yang tersangat lunak. diimport khas dari felda negeri sembilan ke segamat. suara lunak wanita, suara garau jantan semua boleh buat tau. kau ado?



selamat pengantin baru kepada kedua mempelai. semoga kalian berkekalan dan berbahagia hingga ke syurga. Aminn ..







paling tak lupa nak mention juga di sini adalah kami terlibat dalam kemangan ketika dalam perjalanan pulang  ke JB di kilometer 39.7 Sedenak menghala ke selatan. BOOOM!!! nanti bila mental dan tenang baru boleh cerita. 







kerusi antik






tak kira nak jugak! nak jugak!

huwarghh!! mana nak cari kerusi macam gini?  sesiapa yang berminat nak jual kerusi besi lebih kurang macam gini sila maklumkan pada i ye. rosahydrida@gmail.com

NAK!!!!! 





shawls oh shawls




in love with leopard print 



akhirnya berjaya mengemas dan menyingkirkan sebahagian koleksi shawls yang sekadar penuh pada penyangkut tapi cuma pakai setahun sekali. itu pun kalau pakai. memang retis sangat kan. waktu nak beli terhegehhegeh. tapi tak pakai pun. 

lega bila nampak ada rungan kosong pada penyangkut tu. yeahh!! petanda baik untuk menambah koleksi berikutnya. terus kembali kepada perangai retis suka beli je. cukup cukup cukuplah ye membeli. ingatlah pada tudung bawal, syria dan tudung instant yang belum dikemaskini lagi tu. 

i akan cuba pakai semua yang tinggal pada penyangkut tu. tak mau pilih kasih lagi, asyik pakai shawls yang sama je. tapi kan, tapi kan.... apa nak buat dengan shawls yang dah disingkirkan dari penyangkut ye? 



ideas for table signage


Assalamualaikum . 


sumber {ohprettyplease}


sumber {weddingbee}

sumber {weddingbycolor}


setelah difikir-fikir masa atas katil sebelum tidur semalam tetiba datang idea yang sangat simple, tak mengambil masa yang lama untuk disiapkan dan  kos yang sangat ciput. 


Nah! buat je macam gini. sekeping kertas A4 dilipat kepada empat bahagian untuk dijadikan stand. stapler je bahagian bawahnya. then print label dan lekatkan atas stand. nak lagi senang tulis guna tangan je. itu pun kalau tulisan kau cantik lah kan. 


Guna la kombilasi warna yang lagi cun untuk hasil yang menarik. table signage ni i buat untuk majlis rasmi kat sekolah. so tak payah nak mengada colorful bagai sangat. simpan stok idea colorful untuk wedding sendiri nanti jelah.



Food Tasting


Assalamualaikum .



Amacam dah puas mencuci mata ? samasamalah kita cuci mata dulu sebab i sendiri pun tak sempat merasa even membau makanan-makanan ini. semalam catering hantar makanan ni mengikut menu yang i minta untuk dirasa. i dah kat johor saat ini. tak ada rezeki nak merasa lagi. tunggu time kenduri nanti jelah nampaknya.


Mak dengan adik-adik kata sedap. abah pulak tak kata apa-apa tapi tambah sampai dua kali. hamboi food tasting siap menambah gitu. Alhamdulillah dah ringan sikit beban kepala ni bila dah settle urusan memilih catering. sangat senang berurusan dengan owner catering ni. sanggup datang ke rumah i untuk discuss. then hantar makanan untuk dirasa. So sekarang tinggal berdoa makanan di majlis i nanti sesedap macam masa food tasting.


nanti i buat review panjangpanjang pasal catering ni ye. tak surprise la kalau cerita sekarang kan. tunggu lepas majlis baru best kan. HAhaha.





Oh My English!





baru habis menanda 35 kertas . pening kepala, muntah dan terus PENGSAN! 






DIY Paper Wheel




cantik sungguhkan pelamin paper wheel ni. terasa seperti mahu kunyahkunyah. haissh geram sungguh. 

Nak dijadikan cerita dua hari sebelum hari guru yang lepas i ditugaskan untuk buat signage. maka terus google idea yang cantikcantik. dan hati i berkenan dengan paper wheel. berbekalkan tutorial yang i jumpa di google maka dengan gigihnya i cuba jaya buat paper wheel. tersangat senang rupanya. tapi bergantung kepada masa dan tahap kecekalan anda. 

paper wheel yang i buat ni untuk saiz sederhana. bahanbahannya sehelai kertas saiz A4, gunting dan gam.



1. potong kertas A4 kepada 8 bahagian 


2. lipat kertas seperti ini. lipatan macam buat kipas


3. sambungan beberapa kertas yang dah dilipat seperti ini.


4. lipatan akan jadi macam ni. cantumkan hingga menjadi bulatan

 

taraaa!! inilah hasilnya. tetiba jadi warna pink pulak kan. gam ditengah bulatan untuk hasil yang kemas. 


hasil kerja semalaman. akhirnya berjaya jugak buat paper wheel. 




menu pilihan kenduri



Assalamualaikum . 

Yeah!! musim cuti sekolah memang penuh dengan jadual attend kenduri kahwin di sana sini. bukan setakat sabtu ahad, hari bekerja lain pun ada saja kenduri. memang meriah betul dengan pengantin di sana sini. Alhamdulillah perkahwinan tu kan benda yang baik. moh la beramai-ramai kahwin. ayat retis di situ kan. 

sabtu lepas sampai 3 buah rumah kenduri i bertandang. sangat gembira dapat attend kenduri kawan-kawan lama. dulu sama-sama remaja kat sekolah teknik alor star. sekarang dah jadi isteri dan suami rupanya.


lokasi bertandang pertama : akmar dan pasangan.  majlis kat ukir mall, alor star. lepas je pengantin berarak dan duduk di pelamin kitaorang pun mula beransur. ada dua kenduri lagi nak di kejar. 

menu kenduri ni nasi minyak/ nasi putih dengan ayam masak merah, dalca dan daging masak kurma hasil masakan pakwan catering kalau tak silap. biasanya bila kenduri di dewan, keluarga pengantin lagi senang menggunakan khidmat catering. i pun wajib guna khidmat catering jugak nanti. tapi mengikut pengalaman i makan kenduri sekitar kedah, menu yang disediakan pihak katering agak lebih kurang je. ye i tahu kita boleh request menu-menu lain, tapi jarang sangat lah dapat jumpa kelainan yang ummghh.

selain menu utama nasi, keluarga pengantin turut sediakan menu laksa penang. tapi i tak sempat makan pun sebab kena simpan ruangan perut untuk rumah-rumah yang lain pulak. 



dah sampai kat lokasi kedua. area anak bukit. kiri kanan depan belakang ada stall makanan. selain daripada menu nasi kenduri biasa, ada stall teh tarik, roti canai, bihun sup, kuih-muih dan paling best stall char kueteow. memang heaven lah menjamu selera. kebanyakkan rumah kenduri sekarang dah bijak buat pilihan alternatif lain untuk tetamu. maklumlah dalam 1 hari mesti tetamu dijemput ke dua tiga buah rumah. boleh meletup kalau kat semua rumah kenduri belasah nasi je kan. 

bersama pengantin : husen dan pasangan. 


lokasi ketiga : mustafa dan pasangan. disebabkan kitaorang sampai dah petang, so bolehlah berborak sakan dengan pengantin. dan boleh jugak mengada-ngada suruh pengantin pose macam-macam gaya. 

menu kat rumah mustafa paling kena dengan hati i. masak asam keladi dengan ikan dan gulai batang pisang dengan daging. memang terbaik sampaikan i cuma meratah semagkuk penuh keladi dengan semangkuk penuh batang pisang je. terbaikkk!!

lepas tu pekena semangkuk ABC yang sejuk dan enak. memandangkan cuaca agak panas hari tu, so sambutan tetamu di stall ABC memang hangat. sampaikan terpaksa beli perkakas tambahan untuk memenuhi permintaan. selain menu nasi dan ABC, tetamu boleh juga makan bihun sup. rasa sup daging memang fresh sebab orang kampung berpakat sembelih lembu dipagi tu. 

geng makan kenduri dah buat muka toye kepenatan dan sedang merancangkan untuk rombongan berikutnya. *_*





ukur baju kahwin



Assalamualaikum .

Alhamdulillah sepanjang cuti sekolah dua minggu ni banyak jugak kisahkisah kerja menyiapkan urusan kahwin dah i settelkan. salah satunya jumpa mak andam. urrmm sesuai ke panggil mak andam eh ? sebabnya owner bridal ni muda sangat lagi. lagi muda dari i. panggil adik andam jelah. HAha memang sangat suka hati buat gelaran sendiri. 


tayang gambar ambil ukuran badan i yang bersaiz kanakkanak. 


ukur bahagian depan pulak. memang sengaja tak nak tayang wajah adik andam yang i hire ni. nantinanti lah lagi sebulan dua i tayang ye. rahsia la konon kan. 


tetiba posing sensorang. then yang kat belakang tu pun tetiba nak menyengih jugak. lepas ni i terpaksa fikir tarikh sesuai untuk ambil cuti sematamata untuk fitting baju. leceh jugak bila posting di kutub selatan sedangkan asal usul di kutub utara. haiiyaa..  


harap sangat hasil design yang i dah bincangkan dengan adik andam tu jadi cantik di badan i. sila doakan semuanya menjadi baik ye *_* . 






Update lewat malam


Sudah malam. Sudah tutup semua lampu dalam rumah. Hanya ada cahaya laptop syima si burung hantu dan cahaya iphone i. Cuaca sangat panas menggangu kelancaran proses tidur.

Esok i sambung update. Sekian terima kasih . Nah sebijik gambar horeyhorey bersama adikadik.

zzzzzzzzzzz sedang paksa diri untuk tidur!