Bawaku Pergi



Gold Coast

Krabi

Kashmir

Jeju


BIG SALE IS BACK!

Jom nanyi lagu Zizan featuring Kaka beramai-ramai. *_* Oh, buku merah jangan lupa bawa, moga-moga belum tamat tempoh, kali ini kita pergi lebih lama, pergi lebih jauh, ayuh . . .   


Alamak! pasport kena renew sebelum disember nanti! 





DIY tissue flower



Assalamualaikum . Hooolaa!!  

Rupa paras bunga tisu yang sedang i kerjakan setiap malam. Kononnya nak achieve target siapkan 200 kuntum bunga dalam masa 2 bulan. sila doakan i berjaya ye *_*


So i dengan gigihnya nak jugak buat tutorial membuat bunga tisu walaupun dah banyak sesangat lah tutorial bunga tisu ni korang jumpa kalau search kat google. Tak kira retis jugak nak buat. haha. So, cekidout tutorial versi i. 

1. Bahan : tisu, dawai or benang (dan sewaktu dengannya) & gunting.

2. Tisu Ikea ni besar so sekeping tisu boleh gunting kepada 8 bahagian.  Maknanya boleh dapat 4 kuntum bunga. 

3. Combine dua keping tisu then lipat tisu sampai jadi macam kipas seperti dalam gambar. 

4. Ikatkan bahagian tengah dengan dawai halus. makesure kiri dan kanan sama panjang.

5. Now trim bahagian hujung tisu macam dalam gambar. kedua-dua belah ye. 

6.  Buka lipatan kipas tadi. 
7. Then dengan penuh hati-hati selakkan setiap lapisan tisu tadi. 

Taraaa!! inilah hasilnya . 


Jom kira total cost untuk tissue flower ni ye .
sebungkus tissue (50 helai) RM11.90
dawai halus (50 urat) RM1.60  haha sesuka hati je guna urat untuk dawai. 
so ditambah jadi RM13.50 . dibahagi dengan 200 kuntum bunga so RM0.0675 sekuntum.  Gila bajet kan! Haha i like!



#7 Wordless Wednesday







**Fuh!! susah betul nak dapat gambar mr ehem senyum. 



Video Awal Melamar Scha






Tetiba i tersengih sorang-sorang *_*




Bio-Gold Collagen Eye Mask



Mahukan mata yang segar?

Mahukan mata yang cantik?

Mahukan mata yang menawan?



Nah! inilah jawapannya. BIO-GOLD COLLAGEN EYE MASK. 

Hahah! dah macam iklan smart shop kat tv pulak kan. Terima kasih daun keladi kepada Scha Nur yang baik hati sudi bagi i test eye mask ni. Serius sejuk + sedap! terasa kesegarannya lepas guna eye mask ni.  

Bio-Gold Collagen Eye Mask :
hydrating, whitening, moisturizing, anti wrinkle, pore minimizer. 

Hamboi bukan main banyak benefit eye mask ni. wajib terus diamalkan ni. porduk ni sangat sesuai untuk orang yang ada dark circle macam i. haruslah terus berusaha untuk hapuskan keburukkan dark circle ni sebelum naik pelamin *_*





Selesai Kursus Kahwin


Assalamualaikum ! Salam Jumaat. Semoga pagi jumaat ini membawa keberkatan kepada kita semua. Amin . . .


Hello peeps! sempat lagi camwhore masa tengah dengar ceramah kursus kahwin. Haha! Ni lah wajah i di hari kedua kursus kahwin yang i dengan mr ehem attend 10-11 mac lepas. 

 Kitaorang bertolak dari serting ke kedah sehari sebelum attend kursus kahwin tu. pkul 5 pagi baru sampai kedah. then pukul 6.30 pagi dah kena bangun bersiap-siap pergi kursus kahwin. so bayangkanlah betapa tingtongnya kitaorang sepanjang kursus tu. asyik ingat tilam kat rumah je. Walaupun tersangatlah penat dan tak cukup rest tapi i dengan mr ehem tetap steady je sepanjang kursus. tersengguk dua tiga kali tu perkara biasalah kan.


Jom Memasuki Gerbang Perkahwinan . Buku ni diberi kepada semua peserta kursus kahwin. Banyak sangat maklumat berguna boleh bakal pengantin rujuk dalam buku ni. 


Yeayy! ini yang paling penting. Terus dapat pada hari terakhir kursus. sijil ni sah laku sepanjang zaman tau selagi sijil ni dalam keadaan baik cukup sifat. 


Lupa pulak nak bagitau tempat i berkursus. Sebut je Hasani kat Kedah memang confirm semua tahu. sila jangan jadi rakyat kedah kalau tak pernah dengar nama Syarikat Hasani ye. Tu rupa paras jadual kursus sepanjang dua i berkursus kat situ. sila abaikan hasil contengan yang buruk tu. 

Lebih kurang 160 peserta join kursus ni sekali dengan i. jangan risau tentang jumlah yang ramai tu sebab ruang dewan kursus agak luas. bayaran yang dikenakan RM80.00. makan pagi disediakan untuk kedua-dua hari. sedap tau bihun goreng free. geram je i nak tambah tapi terpaksa cover sebab malu. haha

Yang paling best adalah semua peserta kursus dapat join cabutan bertuah mingguan dan bulanan. cabutan mingguan dibuat pada hari terakhir kursus. hadiahnya alatan elektrik dan hamper. macam biasalah i bukan insan yang  bertuah. frust je. sob sob sob. cabutan bulanan pulak dicabut setiap hujung bulan. harap-harap i bertuah la kali ni. hadiah memang superb best tau! pakej honeymoon hokey! Gila kau kalau tak teringin. 

Komen i tentang slot ceramah pulak ada yang best dan ada yang mengantuk. kalau yang best memang gelak tak hingat. terus celik membulat je mata ni. tapi bila slot yang boring memang confirm lah tersengguk-sengguk kepala ni. Overall balance la tahap best dan tak best tu. 

kepada yang belum attend kursus kahwin boleh la call Hasani untuk booking tempat. terus pergi masa hari kursus pon boleh. Kursus di Hasani ni tiap-tiap minggu ada. hari sabtu dan ahad. 


sekian review untuk kisah sijil kursus pra-perkahwinan i. *__*




saya nak jadi cantik : MiraQ



Nah kau! Melayang lebih tiga ratus petang ahad lepas semata-mata nak jadi cantik. Serius i dah tersangat buntu dengan masalah kulit i. dah bermacam produk i guna untuk hilangkan bintik hitam pada muka i. Haiiya!! sudah pening kepala.

Tetiba terus terpengaruh dengan iklah MiraQ, salah satu produk keluaran Healin. Mula-mula terasa ketaq jugak nak keluarkan duit beratus untuk produk yang i tak berapa pasti lagi kehandalannya. Tapi bila difikirkan balik, i kena beranikan diri jadi bahan eksperimen untuk diri sendiri. kalau tak cuba manalah dapat tau berkesan ke tak.


siap dapat free gift necklace tau. tapi ini bukan necklace biasa-biasa.


ini necklace luar biasa. Haha. Lip gloss necklace. senang dan sangat praktikal kan. cantik di leher dan cantik di bibir jugak. 2 in 1. 


sangat malu nak upload gambar ni sebenarnya. tutup muka dengan bantal sekarang jugak. Haha. gambar bukti bintik hitam yang semakin bermaharajalela pada muka i. semakin hari semakin teruk. lagi-lagi bila i banyak terdedah pada matahari. 

tak sabar nak tunggu hari ke-30 untuk tengok hasilnya. sama-sama bandingkan gambar di hari pertama tu dengan hari ke -30 tu nanti. I berharap sangat masalah bintik hitam ni berkurang lepas ni. kalau hilang terus lagi bagus. sangat berharap tau! InsyaAllah.. i dah berusaha, seterusnya i berserah . 







#6 Wordless Wednesday





Ya Allah! Lindungi dan jagalah aku dari semua ini. Jagalah iman, hati dan kehormatanku. Amin . 





credit to google for this meaning picture *__*





tips isteri cantik & solehah


Assalamualaikum . 

Amboi kemain lagi tajuk. jelas menunjukkan betapa bersungguhnya menyediakan diri nak jadi isteri orang kan. Haha. Tetiba rasa geli-geli pulak dengan diri sendiri. 

Sila angkat jari jika anda berminat untuk menjadi isteri cantik & solehah. Off course lah i pun tengah angkat jari ni. semua jari hokey! betapa beriya-iya nak jadi isteri cantik & solehah kan *__* 

Okey ini salah satu tips untuk jadi isteri yang cantik & solehah yang i dapat dari buku 60 Tips Menjadi Isteri Cantik & Solehan tulisan Siti Aminah Ismail. 

Inilah tips nya! MENJADI SURI RUMAH YANG BIJAK . Actually tips ni fokusnya untuk suri rumah sepenuh masa. tapi kan, isteri yang bekerja pun patut jugak laksanakan kerja-kerja rumah bukannya jadikan alasan nak mengular. Confirm suami bertambah-tambah sayang bila isteri bijak uruskan kerja rumahtangga. 

cara menjadi suri rumah yang bijak :

  • jangan amalkan sikap sambil lewa & suka bertangguh. baju jangan dibiarkan melimpah ruah dari bakul baru nak basuh. dah basuh jangan dibiarkan berhari-hari kat ampaian tak diangkat. lepas tu jangan dibiarkan berminggu baru nak lipat. 

Kalau diamalkan jugak perangai buruk tu, inilah jadinya. Lenguh kaki bersimpuh lipat segala pakaian ni tau. stok seorang je pakai tapi bukan main lama diperam sampai melimpah ruah dari bakul baru lah nak bertindak. padan muka i. suka sangat bertangguh kerja. 

  • Jadikan kerja kemas mengemas sebagai budaya hidup atau hobi. Bila dah jadi amalan harian so automatik segala kerja rumah dapat dibereskan dengan cepat. Kita pun akan rasa selesa dan seronok bila dapat bereskan kerja rumah. 
Kena semaikan jugak minat mengemas dan buat kerja rumah sebab perangai ni mungkin akan sebabkan kita terbiasa dengan hidup dalam suasana yang tak kemas dan tak terurus. Karang terbawa-bawa perangai ni masa dah jadi isteri pulak. Harus berserabut kepala suami tengok rumah berselerak. 

  • Kena sentiasa ingatkan diri yang sifat rajin tu adalah imej peribadi seorang wanita. Jangan sampai suami tegur suruh kita kemas rumah. Haiiyaa sebagai wanita, memang satu kemaluan besar tu. Lagipun Islam mengajar kita untuk sentiasa bersih. Jadi sebagai wanita Islam, wajiblah kita sentiasa amalkan sifat rajin dan tendang jauh-jauh sifat malas. 

Cukuplah 3 tips je dulu. Jomlah sama-masa kita amalkan. *_*



aktiviti melepas rindu




Rindu rinduan jadi kenang kenangan. insan ku sayang ..... Upps salah lagu. lirik tak ada kena mengena langsung dengan tema aktiviti melepas gian rindu tak berdating selama tiga bulan. TIGA BULAN ! kemain resah gelisah tau menanti tiga bulan ni. semuanya disebabkan amalan berjimat cermat mengumpul duit untuk naik pelamin. Ngeri sungguh rasanya. Haha.. 


Antara aktiviti wajib mestilah berdating di shopping mall dan membeli belah. CEH!! tak ada maknanya kalau menahan rindu tiga bulan semata-mata nak jimatkan duit tapi bila sekali jumpa tetap dengan aktiviti yang tak boleh ditinggalkan ni. Nah kering terus dompet! 

dari Aeon Seberang Prai ke Sunway Carnival Mall ke Queensbay. Dah penuh dengan check in Foursquare kitaorang. siap berlawan siapa yang check in paling pantas pulak tu. Harus la Mr Ehem menang sebab dia lagi cekap dan i memang sengaja pun biarkan dia memang. Haha. 

 
Dari Adidas ke Royal Sport ke Studio ke Al-Ikhsan dan apa-apa lagi sport outlet. Bila kaki i sudah ponet, perut i pun dah ada bunyi dram maka mula la off task. pantang jumpa cermin besar mula la keluarkan i phone dan berposing sengih sorang-sorang. 

dan bila dah start buat muka bosan . 


Yeayy!! aktiviti seterusnya yang paling i suka. MAKAN!! Mr Ehem belanja. Jom order banyak-banyak. 

Chicken Terayaki untuk i. 

sediakan tisu lap mulut yang confirm comot semasa makan

Auumm! Steak & Cheese for him. 


Lepas makan terus start enjin kereta dan balik ke rumah. tamat episod dating untuk hari tersebut  *__*






journey to the south



Assalamualaikum . 

Hooooomaigod!! dah hari ahad rupanya. tidak! tidak! sangat berat hati nak meninggalkan cuti sekolah  ni. sekejap betul dah habis seminggu. seminggu yang sangat padat dengan aktiviti. Survey bridal, attend kursus kahwin, shopping, jalan-jalan dengan family. Fuh!! tiap-tiap hari bangun sebelum pukul 8 pagi tau. 

Hari Ahad bermakna kena balik Johor.

Maknanya kena drive sensorang ditemankan jajan  untuk dikunyah dan lagu  untuk dimelalak. Marilah memulakan perjalanan dari Serting ke Johor Bahru. Serting? Eh? Haruslah transit kat rumah bakal mertua dulu kan. Haha. 


Dan sangat tak suka bila tergendala dalam deretan kereta macam gini. Benci tau! Untuk mereka-mereka yang berada di jalanraya hari ni Selamat Memandu dan berhati-hati di jalanraya *_*





misi mencari butik pengantin sekitar alor star



Hari selasa lepas dengan bersungguh-sungguhnya i menjalankan misi mencari butik pengantin sekitar alor star. so inilah hasil pencarian tu :


Tandop Primadona 
(Tandop, Alor Star)
Pakej dewan yang bridal ni tawarkan  RM2799 untuk sepasang baju sanding baru, makeup di bridal, full aksesori, payung, pelamin 3 panel, karpet, piller, meja makan untuk 12 orang, kek 3 tingkat, alatan renjis, lakaran inai dan bungan tangan. yang paling best   bridal gunakan fresh flower untuk hiasan meja makan beradap dan bunga tangan. 
Link FB : Shabani Salleh 


Eila Miamor 
(Shahab Perdana, Alor Star)
Sangat suka dengan owner bridal ni sebab dia sangat baik dan banyak bagi tips untuk bakal pengantin yang kemaruk survey bridal macam ni. antara tips yang dia bagi ialah terus terang dengan bridal size dewan yang i gunakan. sesetengah bridal sengaja naikkan harga bila bakal pengantin cakap majlis dibuat di dewan walhal size pelamin dewan tu lebih kurang rumah je. selain tu, dia sarankan untuk tanya bridal betul-betul dalam pakej tu ada full aksesori atau sekadar dapat baju je. 
Harga yang bridal ni tawarkan RM2800 tapi disebabkan rumah i jauh dari Alor Star jadi cas pengangkutan RM300 dkenakan. Bridal willing untuk buat baju baru sebab badan i kecik dan harga yang i akan bayar lebih dari RM3000.
No phone kak eila : 0194442884


Butik Cinta
(Shahab perdana, Alor Star)
Sangat berkenan dengan baju-baju kat sini. terus terang i cakap pakej rumah agak berbaloi tapi pakej dewan memang lari dari bajet i. ditambah pulak dengan kos pengangkutan terus buat i reject bridal ni.  
Link FB : Hisham Hashim 


Ratu Galeri Perkahwinan
(Sebelah Tesco Mergong)
Tak dapat jumpa dengan owner bridal ni sendiri. i just bincang dengan pekerja sahaja so tak banyak yang dapat i review kat sini. 
No phone : 0194337387


Ratu Mempelai 
(Dalam Tesco Mergong) 
Homaiigod!! i tak mampu . pakej dewan yang bridal ni suggest pada i lebih kurang RM6000-RM7000. 
untuk yang bajet lebib bolehlah survey kat sini :)
Link FB: Riduan Wanz


Hansz Boutique
(Taman Rakyat, Mergong)
Sangat suka dengan bridal ni sebab sangat paham taste i. memandangkan i sangat cerewet + mengada-ngada so sangat rumit nak explain taste i pada bridal. tapi bridal ni mudah je paham. bridal ni sangat baru so tak banyak gambar wedding yang boleh buat rujukan. tapi i rasa bridal ni mampu je buat setanding dengan bridal yang dah lama. Harga untuk ditawarkan untuk pakej dewan RM3800 tapi boleh di adjust  mengikut kemampuan i iaitu RM3000. Paling best termasuk  makeup dirumah. yeay suka yang tu.
Link FB : HaazsB



Ini jelah bridal sekitar Alor Star yang mampu i pergi dalam masa sehari. Yang lain-lain i cuma minta quotation melalui email je. InsyaAllah kalau ada masa i share quotation tu. kalau ada masa jugak nanti i buat review pencarian di sungai petani pulak . sila doakan i ada masa :)



padah gedik tukar url belog




Huwaaa!! sedihnya cuma ada 3 uniques :-(




belog bertukar url




mengumumkan url http://cikadamokhtar.blogspot dah pun ditukar ke http://perjalananutaraselatan.blogspot.com 




three in one



Assalamualaikum . 

Korang dah dinner belom . Jom ikut manusia paling lapar makan. Malam ni teringin sangat nak makan bubur nasi kat Kampung Oren, Ulu Tiram. Punyalah mengada tekak ni mengidam  mengalahkan perempuan bunting . hahaa...  

Tapi!! patahnya hati bila sampai je kat kedai dan tengok pintu kedai tertutup rapat. Huh! agak tertonggeng tahap frust i tau. Dengan hati dan patah dan perut yang kebulur terus merayau cari makan yang sedap. 

Ting!! bunyi idea dalam mentol keluar dari kepala. Haha..  Dapat idea makan kat gerai-gerai di Taman Bestari Indah. 

Amy Char Kuey Teow  



Terus bertukar menu dari bubur nasi kepada Char Kuey Teow. disebabkan alah seafood jadi order char kuey teow kosong jelah. berkerut je dahi akak gerai tu bila i mintak char kuey teow kosong. Orang kata hilang nikmat kesedapan kalau char kuey teow tak ada udang. Tapi kan, i rasa sedap je walaupun makan kosong bogel gitu. 

tiga ringgit lima kupang untuk sepinggan char kuey teow yang lazat. 



Tapi kan, tapi kan, tapi kan..... tak puas makan lagi.  terus order sebijik burger ayam dan sepinggan chicken chop kat gerai-gerai bersebelahan pulak. haha. gila melayan nafsu makan yang melampau. 


burger ayam dua ringgit dua kupang yang menjilat jari. 



lapan ringgit chicken chop yang sangat enak. 


Alhamdulillah ongeh .. perut dah tegang macam belon. Moh la ngangkat bontot dah balik. confirm terus terbongkang bila sampai rumah ni . *__*






mood nak tukar identiti




rasa nak tukar link belog ni . memandangkan belog ni dah makin bertukar arah ke cerita berpasangan dari cerita-cerita bersifat single, so rasa macam perlu tukar kepada nama yang bersifat berpasangan. apa punya ayat la ni. haha


tapi....  urrrm apa ek yang sesuai? 


i dari kedah, dia dari n9. dia cikgu, i pun cikgu. dia suka sukan, i suka pom pom... ada cadangan tak? 




One Dream Veil Contest



Purity 


ala-ala angel gitu. haha . inspired by Mantilla . 


To all 2012 bride to be, jom sama-sama join ONE DREAM CONTEST. Visit AdRia Cottage & ChintaAidaIskandar to join .