Tiga Teknik & Tips Menawan Hati Si Dia



Hello readers :)


 Wow! haha. Kemain lagi tajuk tu. sebenarnya ini salah satu contest nuffnang. tulis 3 teknik dan tips cara menawan hati si dia. selama ni kalau i join contest memang payah sangat dapat jadi pemenang. tapi mana tahu kali ni ada tuah. dapat la merasa hadiah bercuti dengan si dia kan. 


I pun tak pasti sebenarnya teknik  yang mana  yang buatkan hati Mr Ehem tertawan. maklumlah banyak sangat teknik yang i guna. Haha. dah macam pakar teknik tawan-menawan lah pulak statement tu. disebabkan pihak nuffnang cuma mintak 3, so i senaraikan 3 tips & teknik yang i rasa paling power membuatkan pasangan tertawan. 


Kenali & Pandai Ambil Hati 

Paling penting kena cuba mengenali sifat, minat, selera si dia dan gunakan perkara-perkara itu untuk dekati dan tawan hati si dia. Contohnya tentang selera makan. Si dia penggemar setia asam pedas, so search restaurant asam pedas yang best yang anda boleh cadangkan untuk pergi cuba sama-sama. Confirm terus tertawan!  Lakukan aktiviti atau sentiasa bersembang topik-topik yang si dia minat. Automatik si dia dapat rasa yang anda menarik. mempunyai citarasa yang hampir sama dan tidak membosankan. 

Selain tu, cara untuk ambil hati si dia sudah semestinya lah dengan menunjukkan sifat caring. hantar sms bertanya khabar ataupun sentiasa bagi sokongan dalam apa yang dia buat. Hantar sms "Selamat Pagi Kacak"  kepada si dia esok pagi dan tengok apa respond yang akan anda dapat . selamat mencuba :) 


Manja tapi Berdikari 

Amboi 2 in 1 gitu. Dah macam shampoo & conditioner 2 in 1 lah pulak. Manja? sifat manja akan menambahkan rasa tercuit pada hati pasangan anda. Ala macam korang suka bergurau dengan kanak-kanak, macam gitu jugak la perasaan bila korang bergurau manja dengan pasangan. Bila diingatkan balik terus tersenyum sorang-sorang. Ha! part tu yang mahal tau. membuatkan banyak benda yang sweet bila bersama korang.

Tapi jangan terlebih manja pulak. contoh asyik merengek nak disuapkan, nak 24jam call. itu dah kategori melemaskan. Si dia akan lebih tertawan bila sifat manja tu diselitkan dengan pandai berdikari. maksudnya tak terlalu mengharapkan dia. contohnya mengada suruh si dia datang rumah korang yang jauhnya 25km semata-mata teringin nak makan burger kat tepi simpang rumah korang. paham kan?


Penampilan Menarik   

Dari mata turun ke hati. semuanya bermula dari pandangan mata. memanglah  pandangan mata cuma dapat melihat luaran tapi kesimpulan awal boleh dibuat melalui luaran. Dan yang paling penting adalah sifat semulajadi manusia akan tertarik kepada perkara yang cantik. Tak ada lelaki yang akan menjeling-jeling pada perempuan yang selekeh. Jadi pastikan diri anda sentiasa kemas, rapi, bersih, wangi dan lain-lain untuk menawan hati si dia. Penampilan menarik tak semestinya bergaya sakan mengalah artis tapi cukuplah sekadar sedap mata si dia memandang. 


Sekian 3 tips & teknik untuk menawan hati si dia *_*


si dia jantung hati  *_*





No comments: