Plan A ke Plan Z



Assalamualaikum .


Mood sekarang tersangat patah hati, sedih, tak tahu nak buat apa dan bengkak mata sebab baru lepas nangis kat mak, abah dan mr ehem. Terus blank bila mak call bagitau yang dewan yang i akan guna untuk majlis resepsi tak dapat diguna. 

Mak dah patah hati jugak. dah tak nak merayu kat pegawai daerah lagi. "kalau orang dah tak sudi buat apa nak terhegeh-hegeh lagi". memang ketara sangat kan tahap frust tu. sangat sakit hati sebab i dah hantar surat permohonan sewa dewan sejak bulan 12 tahun lepas. Ye, dah 9 bulan. dan sekarang baru bagi jawapan tak boleh. 

tinggal 64 hari je lagi majlis. Memang mustahil dapat cari dewan lain or lokasi lain yang sesuai.  nampaknya terpaksalah guna alternatif lain, plan z agaknya. buat majlis kat rumah sendiri yang sempit jelah. apakan daya. mungkin ada hikmah disebaliknya :)) 

So kena call semula bridal ubah plan dari deco dewan ke deco rumah. then kena call vendor kad kahwin tukar pelan lokasi majlis. harap semuanya lancar selepas ni. Amin ... 




5 comments:

Fyka said...

ya allah...sabar ye dear,mungkin ada hikmah.

BIE said...

ya allah..

mesti dia kenselkan utk kepentingan org dalam tu..

tak patut betul..

sabar ya. Semuanya akan berjalan lancar nanti. Amin.. insya'allah

ada mokhtar said...

fyka & bie : thanks dear :)

Cik Tqah said...

dear..sbr byk2..semoga dipermudahkan.. nape xwat dkt umah je?

ada mokhtar said...

cik tqah : kawasan rumah i sempit, kesian kat tetamu nanti.. tapi nampaknya terpaksa jugak buat kat rumah je dear :)