Horrey-Horrey di Legoland


Assalamualaikum . 


Alhamdulillah hari ni dah lebih tenang dari semalam. Jadi hari ni dah boleh cerita perkara happy yeap yeap horrey. Isnin minggu lepas dapat peluang melawat dan bersuka-ria di Legoland. Alhamdulillah murah hati pihak Legoland bagi tiket free kepada cikgu-cikgu sewilayah dengannya. Dan terima kasih sesangat kepada kawan tercinta farah dan tubish sebab sudi ajak i bersuka-ria seharian di Legoland. 

Warning awal-awal ye, entry ni penuh dengan gambarajah. Haha. memang gambar jelah modal untuk publish entry baru . dasar kering idea sangat kan. Disebabkan isnin adalah hari bekerja, jadi kami memulakan aktiviti berhorrey ini selepas waktu bekerja. habis je mengajar terus balik rumah tukar pakaian dan bergerak ke LEGOLAND. lebih kurang pukul 2.30 petang terpacak depan kaunter tiket. 


Yeay dah redeem ticket! 

kaunter tiket yang sangat pantas. banyak kaunter disediakan, jadi tak perlu lenguh kaki beratur panjang sangat. 

it's private event hokey :)



Entrance . wajib bergambar kat sini sebelum memulakan aktiviti. 

Bila masuk ke silalah ambil map yang disediakan. senang untuk korang rancang perjalanan. cewaah dah macam rancang perjalanan nak balik kampung berhari raya pulak kan. Biasanya orang ramai akan start dengan sebelah kiri tapi i & the geng start dari kanan. songsang sangat. konon-konon cara nak mengelakkan kesesakkan. 


LEGO CITY 
Antara stesen yang ada di Lego City. Aktiviti kat Lego City kebanyakkan untuk kanak-kanak. Mesti seronok sakan bila kanak-kanak dapat merasa memandu kereta di Driving School. 



 LAND OF ADVENTURE 
Seterusnya kami ke Land Of Adventure. Game pertama yang kami cuba, Lost Kingdom Adventure. Masa tengah beratur masing-masing cuak memikirkan pengalaman apa agaknya yang akan kami buat kat dalam bangunan tu. I terus teringatkan pengalaman dalam Ancient Egypt masa kat Universal Studio. (Ye i tau belum publish review tu. dah bertahun tersimpan kat draft). Ngeri kot, kemain laju roller coaster bergerak dalam gelap. siap ada bunyian menakutkan pulak. Dasar penakut memang macam ni. Haha. 

Tapi... jeng jeng jeng. rupanya tak menakutkan langsung pun aktiviti dalam Lost Kingdom Adventure ni.  Korang akan diberi pistol dan boleh main tembak-tembak kat dalam tu. siap ada markah hokey :)


Posing jolah yang buleh kat sini sebab masih belum dibuka waktu tersebut. 


IMIGINATION
YEEhhu ini yang paling i suka. Studio 4D. Terbaik! Habis lencun kena sembur air kat sini. sangat menarik jalan cerita dan effect angin, air, kesejukkan. 


LEGO KINGDOM
Seterusnya kami ke Knight's Feast di LEGO KINGDOM. Agak panjang beratur kat sini sebab masing-masing tak nak lepaskan peluang nak roller coaster. wajib beb :) Disebabkan i memang dasar penakut, so cukuplah pengalaman naik sekali je. Dan sangat benci sebab gambar i di booth photo mesti pejam mata dan muka penuh ketakutan. Harga promosi gambar masa ni  RM30 untuk 2 keping. after this sekeping RM30. 


MINILAND
 
sangat kagum, terpegun, teruja dan segalanya bila sampai kat MINILAND. antara lokasi yang boleh dijelajah di kawasan MINILAND ni ialah klia, johor bahru, putrajaya, kuala lumpur, port tanjung pelepas dan beberapa negera jiran. Posing la puas-puas kat sini :)


LEGO TECHNIC
 
Lokasi terakhir adalah LEGO TECHNIC. disebabkan senja dah menjelma maka putih mata jelah kami sebab tak dapat merasa naik Project-X. kesimpulannya kena datang sini seharian bukannya sepetang. memang tak cukup masa untuk main segala mainan kat sini. 




Keseluruhannya pengalaman yang seronok. InshaAllah dalam 2,3 tahun lagi i akan ke sini lagi. sengaja tunggu 2, 3 tahun lagi sebab i nak merasa main kat waterpark & tidur di hotel lego. sekian, review untuk episod Legoland. Untuk maklumat lanjut kelik lah website legoland ini : www.legoland.com.my



sempat pulak sengih-sengih depan cermin dalam THE BIG SHOP :)













6 comments:

Syafiqah Hashim said...

seronoknyaaa...pika tak sampai lagi legoland ni.. nak pargi!!!

cik mah said...

Bestnyer...mcm2 ade...seronoknyer.....

yana lyana said...

amboi bestnyee...jelesnyee..hehe..

ada mokhtar said...

syafiqah : Alhamdulillah ada rezeki dpt tiket free :)

cik mah : not bad :))

yana lyana : cepat2 ajak en kamal awk tu.. hehe

shura shushi said...

Banyak org updated pasal legoland :)) baru buka hari itu kan?

ada mokhtar said...

shura : yurp dear baru je bukak 15sept lepas.. i pegi before opening.. hehe