HIV & Thalassemia Test



Assalamualaikum . 

Masa cuti Aidilfitri lepas sempat la jugak curi-curi masa pergi buat HIV & Thalassemia Test kat Klinik Kesihatan Guar Chempedak, Kedah. I pergi hari selasa, hari raya ketiga. tak ramai orang dan segalanya lancar je. 

Tak sampai 5 minit daftar kat kaunter pendaftaran then nama terus dipanggil. then kena pergi ke makmal. letaknya kat belakang bangunan pesakit luar je. tak sampai 20 langkah pun dah sampai. Staff kat KK Guar Chempedak ni memang baik dan mesra. 

Gugup jugak masa proses ambil darah tu. gila kau tak goyang tengok jarum yang tajam kan. haha. memang dasar penakut sangat. Untuk elakkan dari terlebih gugup, nurse bagi i baca buku berkaitan HIV & AIDS then berborak-borak dengan i. tup tup dia kata dah siap. FUHH lega! tak sakit langsung rupanya. Haha. 

Mulanya i terlupa cakap nak buat thalassemia test tapi jangan risau sebab staff tu memang automatik akan buat sekali dengan hiv test. dah tak payah susun ayat nak tanya macam mana nak buat thalassemia test *_*. 

5 minit selepas kejadian proses mengambil sample darah. Result test boleh ambil selepas 2 minggu. Pelik juga i masa tu sebab sebelum ni i baca reveiw dari blogger lain cakap result boleh ambil pada hari yang sama. then i pun tanya la staff tu. jawapannya adalah prosedur sekarang result dapat selepas 2 minggu. redha jelah kan. 


See! lengang gila suasana. yang ada cuma dua tiga orang penagih dadah yang menunggu kaunter methadone dibuka. overall proses HIV & Thalassemia Test kat sini memang mudah. bagi IC then tadah tangan je. borang-borang semuanya staff kat situ yang tulis. 


 sekian, Assalamualaikum *_*


8 comments:

S.U.R.I.A. said...

yunk..
check suria yer ntry

tahniah yunk

http://sepetgurl.blogspot.com/2012/08/pemenang-pelamin-yg-diidamkan-tetapi.html

ada mokhtar said...

Yeay... Hihi.. Sengih sampai telinga. Thanks dear :))

LotsofloveMia said...

salam perkenalan..
mia doakan semua berjalan lancar.. info yg boleh membantu..

jom exchange link...:)
lotsoflovemia.blogspot.com..

ada mokhtar said...

mia : salam perkenalan dear :)

BIE said...

yunk.. betul ke test ni makan masa 1 bulan utk dpat result dia? byk b2b kate gitu.. huhu

ada mokhtar said...

i buat 2 minggu je dear.. tapi bakal suami i buat kat negeri sembilan 1 hari je. depend pada tempat dear.. sekarang ni gov beransur-ansur nak gantikan hiv test guna kits sebab tak berapa bagus.. ada tempat dah laksana dan ada tempat yg masih guna kits, klu guna kits 1 hari je..

TiMmiE said...

kt shah alam ni masih pakai kit.
lps ambil darah xsmpai 30min da dpt result.

nk tnya sket, thalassemia tu mmg dia akan ckp kte normal klu complete blood count (CBC) semua normal ek? so dia xproceed utk confirmkan dgn test yg lbih specific ke? risau betul sbb mr.fiance adalah carrier..huuu

ada mokhtar said...

Timmie : yurp.. masa dpt result hr tu dia tak ada ckp pape pun untuk test lain.. pelik jugak.. iklan kat tv kemain tapi bila pi klinik rs mmg tak penting sgt pulak..