Anjung Senibong Seafood


Assalamualaikum . Entry kali ni nak bercerita tentang tempat makan lagi. Lokasinya Senibong, Johor.  Kat perkambungan senibong ni ada banyak deretan kedai makan. Memang boleh pening tak tahu nak buat pilihan . masing-masing ada kelebihan. 


Review untuk kali ni adalah Anjung Senibong Seafood. 

Kedai  no 3 yang akan korang jumpa. 


Pilih jelah mana-mana makanan laut yang segar bugar ini. siap bergerak-gerak lagi hokey! sebut je nak apa semuanya ada. dari yang biasa hinggalah yang pelik-pelik. 


Bab menu pulak korang boleh request untuk masak apa-apa jenis masakan. bakar,steam, goreng, semuanya boleh. Untuk yang malas fikir banyak macam i boleh pilih secara set. untuk 2 orang makan, 4 orang makan dan berama-ramai lagi orang makan. 


Set for two yang i dengan Mr Ehem order :

siakap sweet sour

lala masak cili api

tomyam campur

kailan ikan masin 

sotong celup tepung

Set for two ni termasuk minuman. tak kisah korang nak pilih minuman panas or sejuk. for me off course lah limau suam. jaga perut tak nak kasi buncit. Haha. konon la sangat kan.  Rasa makanan? Marvelous! i kasi 4 bintang. semua menjilat jari. Alhamdulillah. 


Deco kat Anjung Senibong Seafood pun sangat best. Ada ruangan bawah bumbung, duduk bersila dan ada ruangan open air. atas air gitu. i lebih suka pilih table yang terletak di ruangan open air. lebih tenang dapat tengok pemandangan air, bot nelayan dan negara jiran, Singapura. 


sebelum balik wajib bergambar dengan muka kekenyangan :)



1 comment:

WANIFIERDANI said...

pernah makan kat sini tapi just makan kat nasi leamk tu je, tak msk tmpt seafood :)