Ana Ikan Bakar Petai


Assalamualaikum . 


U'ols dah dinner ke belum ? kat sini i nak share tempat makan best kat kuantan. dah alang-alang ke kuantan dua minggu lepas so terbawa misi mencari kedai makan yang best sekali. terus google then  banyak betul yang recommend ANA IKAN BAKAR PETAI. 

Rupanya ANA IKAN BAKAR PETAI ni ada banyak cawangan. maklumlah first time so jakun la sikit kan. sangat terkejut bila sampai je kat Tanjung Lumpur, Kuantan then nampak penuh manusia dalam kedai tersebut. Tak ada table yang kosong pun dan ramai sangat yang masih berdiri menunggu table. 

Dah terdetik rasa patah hati tak dapat rasa ikan bakar petai. tiba-tiba terpandang lagi satu kedai dengan signboard yang sama dan masih ada table yang kosong. Yeaaha!! ada banyak cawangan rupanya. 


Ana Ikan Bakar Petai. memang terbaik !  walaupun i tak berapa gemar makan petai tapi bila petai dibakar sekali dengan ikan bakar memang rasanya unik betul. cicah pulak dengan air asam yang masam-masam. terbaik! 


geng makan-makan *_* 


kerabu mangga kegemaran. mangga kat sini dipotong agak tebal dari kedai lain yang i pernah makan. rasanya pun terbaik! 

sup ayam

kailan ikan masin 

Lala masak sambal. i tak berapa suka lala ni dimasak basah. rasanya lebih sedap kalau lala ni dimasak pekat dengan cili kering. 

sotong masak halia yang sedap! 


makanan kat sini memang memuaskan. harga pun sangat berpatutan. cuma kena bersabar sikit sebab orang ramai dan lambat sikit dapat makanan. 




4 comments:

cha said...

i klau pg kuantan mmg akan mkn kt ana ikan bakar ni. terbaik dhla murah. sotong goreng tepung dia terbaik.

ada mokhtar said...

kalau singgah kuantan lagi mmg wajib i makan kat sini lagi :))

shura shushi said...

Murah eh..?kalau dibandingkan dengan kdai-kdai lain di kuantan, rasanya ana ikan bakar ini, agak mahal :))

ada mokhtar said...

shura : really? i baru first time makan kat kuantan dah ingat ana tu murah.. kalau nak dibandingkan dengan harga menu yg sama kat johor memang jauh beza ana murah.. rupanya kat sana ada yg lain murah ye.. lain kali i cuba :)