Walimatulurus Zayadi & Hidayah



Assalamualaikum . 


Hari sabtu lepas dengan gigihnya i ke pahang makan nasi rumah housemate i. sob sob sob *_*' hilang lagi sorang housemate. masing-masing dah bertukar status nampaknya. kebetulan maklang yang tinggal kat kuantan i balik beraya kat kedah tahun ni, so dapatlah i tumpang free ke kuantan. jimat duit tiket bas . haha. 


I sampai kuantan awal sehari. then tiba hari kenduri geng setempat kerja pun ambil i kat kuantan dan kitaorang pun terus ke gambang, rumah pengantin perempuan. 


I suka pelamin ni sebab simple dan tak banyak bunga-bungaan. ini pelamin kat rumah pengantin perempuan. 


Acara bergambar dengan pengantin yang nakal. pengantin lelaki ni sekelas dengan i masa kat IPGM. nak dijadikan cerita kitaorang posting di sekolah yang sama jugak sekarang. pengantin perempuan pulak salah sorang dari housemate i dan off course lah kitaorang 1 sekolah jugak. jodoh diaorang bertemu dekat sekolah. Haha. cinta berputik dalam bilik guru agaknya. 


bersama housemate baru depan pelamin pengantin lelaki. majlis bertandang pada hari Ahad. selang sehari je dengan rumah pengantin perempuan. lagipun rumah diaorang dekat je. lebihkurang 30 minit perjalanan je. 


Nak jugak bergambar dengan pengantin kan sampai suruh pengantin stop makan kejap then pandang camera. sungguh gigih. Haha. 


Ini bakal housemate i. InshaAllah :)








No comments: