Restoran Malay Village


Assalamualaikum. sepanjang bulan ramadhan ni asyik update entry makan-makan je kan. dah tetiba belog i ni bertukar jadi belog makan-makan. HAha. Okey lokasi berbuka puasa hujung minggu lepas bersama-sama mom & dad to dan housemate baru di Malay Village, Johor Bahru.  


Selamat Datang ke Restoran Malay Village. terletak di Jalan Kolam Air. tak jauh dari thisle hotel & Maktab Sultan Abdul Bakar. 

Buffet Ramadhan . Harga dah naik sikit dari tahun lepas. Tapi still dalam kategori 10 termurah antara restoran sekitar Johor Bahru. 



sudut makanan. ada aneka lauk, laksa, sup, cendol, ikan bakar, kupang bakar, satay. kesimpulannnya puas la mulut u'ols kunyah makanan. 


nasi dah lauk-pauk

empat jenis kerabu . paling i suka chicken ham with yam. lain dari yang lain. 


mom & dad to be .

presenting my new housemate, adila :)

Dekorasi kat sini sangat menarik. disediakan pondok-pondok tradisional gitu. selain tu ada jugak disediakan ruangan yang ada kemudahan air-cond. so, boleh pilih mana yang korang suka. Bab nak bersolat pulak jangan risau sebab restoran ni sangatlah dekat dengan masjid. 



0key, cau cin cau. next entry pun pasal makan-makan lagi :))





2 comments:

ellynadyra said...

canntik tempat ni, blk kg leh pi nanti!

ada mokhtar said...

U orang jb ke dear ?