Mama Chop Papa Grill @Kota Tinggi



Assalamualaikum. Hari ini berbuka kat luar lagi & lokasinya Kota Tinggi. Plan asal nak berbuka kat wastern restaurant yang kitaorang dah biasa makan. Tapi tak ada rezeki nampaknya sebab restaurant tu tutup. Memandangkan masing-masing dah lenguh kaki tawaf pasar mencari baju raya tadi, so main terjah jelah mana-mana restaurant yang ada depan mata.

Kebetulan Mama Chop Papa Grill je betul- betul depan, jadi inilah rezeki kitaorang berbuka hari ini. Mama Chop Papa Grill ni merata tempat ada. Tapi yang kat Kota Tinggi lain sikit dari tempat lain. Baik dari segi dekorasi & pilihan menu.


chicken burger

lamb stew rice

mushroom soup

bolognese fried noodle 

I order bolognese fried noodle. Ingatkan guna bihun yang halus tu rupanya guna spaghetti. Ani order chicken burger. Kids meal sebenarnya ni. Tapi not bad. Nampak menyelerakan. Tubish order lamb stew. Appetiser pulak i order mushroom soup. Tengok rupa pun dah jelas berbeza sangat dari tempat lain kan.

Untuk rasa i bagi 2 bintang. Deco restaurant pulak 3 bintang. Servis 4 bintang. Apa-apa pun syukur Alhamdulillah tetap kenyang dengan rezeki malam ni :)





2 comments:

cha said...

Haahla lain dr tmpt lain. I pnh mkn kt satu tempat ni tp decoration mcm apa je kedai dia. Tp rasa bolelaa

ada mokhtar said...

rasa boleh tahan kira okey la.. kalau setakat kedai cantik tapi rasa tak boleh tahan mmh tak syok toi.. hehe