1 Syawal 1433H



Assalamualaikum . 


Oh tidak! tersangatlah masih dalam mood raya dan sangat bermalasan sepanjang dua hari bekerja ni. asyik teringatkan biskut raya je. Haha . Blues raya la sangat kan. 


Bila masuk kelas nak mula mengajar student pulak bukak cerita pasal hari raya. mak masak itu lah, ini lah. pergi beraya rumah sedara mara kat sini lah, kat sana lah. dapat duit raya seguni lah, selori lah. haiyaaa!! memang membangkitkan perasaan terkenang kampung halaman la jawabnya. kena tambah cuti hari raya lagi rasanya ni. keh! keh! keh! bab cuti memang nak extra je kan. 


Gambarajah hari raya bersama adik-beradik yang wajib ada tiap-tiap tahun. 


Memandangkan still terkenangkan hari raya so entry kali ni khas tentang sambutan 1  Syawal keluarga i. Aturcaranya lebih kurang je macam tahun-tahun lepas. bangun pagi raya bersiap-siap ke masjid. yang bestnya tahun ni 1 family dapat pergi masjid sebab tiada keuzuran yang berlaku *_* . Alhamdulillah  . 


Selesai solat sunat kembali ke rumah dan memulakan acara bermaafan, berpelukan dan berciuman . sekeping je gambar cukuplah kan.  Eh lupa pulak, acara seterusnya duit raya! yeayy abah bagi duit raya. dan HUUhu kopak kena bagi duit raya kat adik-adik. 


On the way balik ke kampung singgah studio dan posing skema. masing-masing terus control senyum dan tegakkan badan. abah dan pesan tak payah nak senyum senget-senget mulut, buat mulut itik pastu sengetkan kepala. 


Tahun ni pagi balik kampung abah, then petang balik kampung mak. Memang cool je takpayah gaduh-gaduh nak balik kampung mana dulu sebab lebih kurang 30minit je perjalanan. sampai je kampung terus singgah ke kubur arwah tokwan sebelah abah, tok & tokwan sebelah mak. then baru ziarah rumah sedara mara. 


dah settle semuanya then bermulalah edisi posing di tepi bendang 




tema tahun ni saree warna pink. hambik kau kain sekayu semuanya. lepastu mula gaduh salah pakai baju sebab semuanya lebih kurang sama saiz je. nasib baik ada adik bernama anies yang baik hati sudi tulis nama pada baju dan kain kami semua . confirm tengah sengih-sengih la tu kan. 



lastly, selamat hari raya! maaf zahir batin . segala gambarajah dicuri dari belog dan facebook adikberadik yang lain. haha. nurul izma, nurizwanis, nur afiqah & nor amirah terima kasih daun keladi *_*


kalau u'ols ada buat open house silalah jemput i ye. maklumlah tengah bernafsu dengan juadah hari raya lagi *_*



7 comments:

Syazwan Che Deraman said...

selamat hari raya cikgu.
tema warna pink gitew.

cha said...

Alah comel je siblings u sume pink huhu. Comel sgt tau selamat hari raya u

cik mah said...

bila tgok dah mcm kembar2 dah ni...comel2 je...samelah kita pink....

ada mokhtar said...

syazwan : selamat hari raya :)

cha : hehe.. malu pulak i.. selamat hari raya jugak :)

cik mah : buleh jadi geng la kita.. hehe

cikpuanputeri said...

soo comel pink purple gitu...sweeet

ada mokhtar said...

cikpuanputeri : hihihi ... perasan comel adalah :)

mOOn said...

wahh!!! suma tudung ada manik2!!! cumel2.. hihi