menu pilihan kenduri



Assalamualaikum . 

Yeah!! musim cuti sekolah memang penuh dengan jadual attend kenduri kahwin di sana sini. bukan setakat sabtu ahad, hari bekerja lain pun ada saja kenduri. memang meriah betul dengan pengantin di sana sini. Alhamdulillah perkahwinan tu kan benda yang baik. moh la beramai-ramai kahwin. ayat retis di situ kan. 

sabtu lepas sampai 3 buah rumah kenduri i bertandang. sangat gembira dapat attend kenduri kawan-kawan lama. dulu sama-sama remaja kat sekolah teknik alor star. sekarang dah jadi isteri dan suami rupanya.


lokasi bertandang pertama : akmar dan pasangan.  majlis kat ukir mall, alor star. lepas je pengantin berarak dan duduk di pelamin kitaorang pun mula beransur. ada dua kenduri lagi nak di kejar. 

menu kenduri ni nasi minyak/ nasi putih dengan ayam masak merah, dalca dan daging masak kurma hasil masakan pakwan catering kalau tak silap. biasanya bila kenduri di dewan, keluarga pengantin lagi senang menggunakan khidmat catering. i pun wajib guna khidmat catering jugak nanti. tapi mengikut pengalaman i makan kenduri sekitar kedah, menu yang disediakan pihak katering agak lebih kurang je. ye i tahu kita boleh request menu-menu lain, tapi jarang sangat lah dapat jumpa kelainan yang ummghh.

selain menu utama nasi, keluarga pengantin turut sediakan menu laksa penang. tapi i tak sempat makan pun sebab kena simpan ruangan perut untuk rumah-rumah yang lain pulak. 



dah sampai kat lokasi kedua. area anak bukit. kiri kanan depan belakang ada stall makanan. selain daripada menu nasi kenduri biasa, ada stall teh tarik, roti canai, bihun sup, kuih-muih dan paling best stall char kueteow. memang heaven lah menjamu selera. kebanyakkan rumah kenduri sekarang dah bijak buat pilihan alternatif lain untuk tetamu. maklumlah dalam 1 hari mesti tetamu dijemput ke dua tiga buah rumah. boleh meletup kalau kat semua rumah kenduri belasah nasi je kan. 

bersama pengantin : husen dan pasangan. 


lokasi ketiga : mustafa dan pasangan. disebabkan kitaorang sampai dah petang, so bolehlah berborak sakan dengan pengantin. dan boleh jugak mengada-ngada suruh pengantin pose macam-macam gaya. 

menu kat rumah mustafa paling kena dengan hati i. masak asam keladi dengan ikan dan gulai batang pisang dengan daging. memang terbaik sampaikan i cuma meratah semagkuk penuh keladi dengan semangkuk penuh batang pisang je. terbaikkk!!

lepas tu pekena semangkuk ABC yang sejuk dan enak. memandangkan cuaca agak panas hari tu, so sambutan tetamu di stall ABC memang hangat. sampaikan terpaksa beli perkakas tambahan untuk memenuhi permintaan. selain menu nasi dan ABC, tetamu boleh juga makan bihun sup. rasa sup daging memang fresh sebab orang kampung berpakat sembelih lembu dipagi tu. 

geng makan kenduri dah buat muka toye kepenatan dan sedang merancangkan untuk rombongan berikutnya. *_*





7 comments:

cha said...

wah sedapnya laksa penang klau i itu i kejar dulu tau. i pn last week dgn this week penuh wedding invitation je ni huhu rezeki mkn mcm2 jgn ditolak :p

S.U.R.I.A. said...

eh,munawwarah ismail..kwn saya...kwn awak gak er...

ada mokhtar said...

cha : hehe.. betul rezeki jangan ditolak.. laksa memang sentiasa laris setiap kali kenduri.. my mum pun sibuk nak buat laksa jugak nanti..

ada mokhtar said...

suria : eh.. hehehe.. kebetulan pulak.. ktorang sekampung merangkap ex classmate.. hehe

Lembayung Senja Photography said...

Hi..!! Special Promotion Only for Bride2Be..Click Here http://lembayungsenjaphotography.com/blog/promotion-bride2be-b2b-blogger/

S.U.R.I.A. said...

wah2.wah....kawan gak kiter nie...hehhee

ada mokhtar said...

suria : kecik je dunia ni.. hehe...