SAFE . she has the code, he is the key.



Assalamualaikum . Hello peeps *_*


 Akhirnya last weekend dapat jugak tengok wayang dengan mr ehem. dah lama sangat rasanya tak tengok wayang. Ini kali pertama untuk tahun ni hokey. sadis sungguh . selama ni asyik layan kat astro first je sebab tak ada geng nak ajak pi cinema. apakan daya hubungan jarak jauh kan. dah tak dapat buat akiviti lama masa zaman baru bercinta. sehari sampai 3 movie kitaorang layan.  semuanya dah berlalu. 


So, kitaorang decide untuk tengok SAFE. 


Pilihan kitaorang ternyata tepat. i bagi 4/5 stars untuk action thriller movie  ni. Agak menarik plot ceritanya. tentang geng mafia yang berebutkan seorang budak bijak yang ada code rahsia untuk buka peti besi yang ada duit yang ribu riban banyak tahap kaya goyang kaki seumur hidup.



the actor : Jason Statham  (Luke Wright). jadi buruan geng mafia rusia sebab jadi punca kekalahan teruk dalam perjudian. cara geng mafia rusia balas dendam memang cool. mereka akan bunuh sesiapa je yang ada ada hubungan dengan Luke Wright ni. walaupun diaorang baru kenal dan hanya berbual.    Memang tak ada makna lah kan terus hidup. 

Luke Wright ni juga jadi buruan geng polis pangkat tinggi yang kembung perut makan rasuah sebab dianggap pernah tikam diaorang dari belakang. Banyak betul musuh dia kan. Luke Wright dah putus harapan then nak bunuh diri. kebetulan masa nak bunuh diri dia ternampak Mei sedang dkejar oleh geng mafia rusia. 



the actress : Mei. budak berusia 12 tahun yang sangat pintar matematik. Slumber je dia sound cikgu salah kira. Otak dia dah macam kalkulator + memory card. memang hebat. kesimpulannnya dia adalah komputer. 

Geng mafia cina culik dia untuk dijadikan senjata rahsia bagi segala aktiviti kejahatan diaorang. Yelah bila pakai otak budak ni mana ada bukti kat mana-mana. so senang lah diaorang bergerak aktif tanpa dikesan. 

Mei dipaksa menghafal nombor yang panjang oleh mafia cina. dalam perjalanan untuk berurus niaga, geng mafia rusia pulak yang culik Mei untuk dapatkan nombor panjang berjela yang ada kod rahsia. polis yang gila rasuah pun masuk campur nak dapat Mei sebab nak tahu apa yang ada dengan budak kecil tu. 

Luke selamatkan Mei masa dikejar dari musuh-musuh-musuh yang jahat tu. Mei bagitau Luke nombor yang panjang tu then Luke terjemahkan kepada kod rahsia. bla bla bla .......  korang kena pergi tengok sendiri. tak best lah kalau dah tahu jalan cerita sebelum tengok kan. Hahaha. 


Akhirnya mereka berdua berjaya tewaskan geng penjahat. 




she has the code,
he is the key .





2 comments:

cha said...

i pn dh lama tak tgk wayang sbb i yg tak suka haha boleh? wah tp cita ni mcm best je. nk suh hubby donlod la

ada mokhtar said...

hehe.. best cite ni.. i brani recommend.. hehe