Review Karnival Kahwin-Kahwin Kedah



Assalamualaikum. hello lovelies B2B & silent readers.



Nah! ini baru sangat sesuai dengan gelaran raja sehari kan. feeling konon-konon raja & permaisuri di singgahsana serba kuning. Pernah jugak la berangan nak bersanding atas pelamin penuh ciri-ciri kemelayuan macam gini tapi jeng jeng jeng. terpaksa dikuburkan saja angan-angan itu atas sebab i pengantin bajet. haha. 


Terus terang i cakap selama ni i sentiasa rasa sangat tak best dengan preparation wedding di kedah. rasa terbatas semuanya. pilihan bridal yang boring. pakej-pakej yang outdated. pendek kata segalanya ketinggalan lah. Agak kejam jugak bila i berfikir macam tu kan. mana boleh i nak bandingkan kedah dengan kl or jb. off course lah ada perbezaannya. 


dan sepanjang i menerjah lebih kurang 15 bridal area alor star & sungai petani, semua deco yang i jumpa adalah sangat boring. TAPI!! agak mengejutkan bila  i sampai kat karnival ni. Tak sangka hebat jugak decoration pelamin-pelamin & baju-baju pengantin yang diorang pamerkan. setanding kl & jb hokey! 



sedang berdiskusi dengan one of the bridal. nak survey pakej yang diorang tawarkan. aksi peace tanpa dirancang, actually i bukan buat peace pun.  biasalah waktu bercakap tangan pun buat gaya jugak. agaknya i tengah cakap nak 2 baju kot masa tu. 



sangat tertarik dengan design kad kahwin di booth ni. malangnya brochure dah terbuang pulak. sangat tak membantu kan review i ni. haha. lagipun i dah tak perlu fikir tentang kad kahwin sebab dah booking kat jb masa pameran perkahwinan raja sehari. ni linknya: VENDOR KAD KAHWIN JOHOR



YEAH!! meet the dj. i dengan mak memang dah puas mencari-cari dj yang berkenan di hati. dan tiba-tiba rasa jatuh hati dengan suara dj ni. rohizamnoor topstar. cepat-cepat ambil quotation. i belum booking lagi tapi akan berbuat demikian selewat-lewatnya ogos nanti. 


Misi utama i datang ke karnival ni sebenarnya nak mencari videographer. tapi sayang seribu kali sayang cuma ada 2 booth je yang ada khidmat itu. dan kedua-duanya tak menarik minat i. 1 sebab tersangat mahal dan i tak mampu. lagi 1 sebab tak berminat dengan cara editing video tu. nampaknya objektif tak tercapai. hurrmm..  


Booth photographer tersangatlah banyak. macam-macam pilihan pakej ada. harga, kualiti gambar, keramahan photographer. semuanya menarik. tapi disebabkan i dah booking photographer awal-awal lagi so i pejamkan mata jelah bila photographer lain beriya-iya buat promosi. 



bersemangat menelaah segala brochure yang i dapat. terpaksalah mak dengan adik-adik melayan kerenah i walaupun diorang dah tersangat bosan. 



Entrance . i love it! 


pulang dengan tangan kosong. 






No comments: