Penyangkut Beg Tangan



Ahhh!! Benci betul lah! asyik terjatuh je handbag i ni. Leceh betul bila berhadapan dengan situasi tak tahu mana nak sangkut handbag lepas tu letak kat atas kerusi belakang punggung then handbag tu 2,3 kali terjatuh. Korang pernah alami kejadian macam gini tak?

 
Okey nak berlagak sekarang sebab i dah tak ada masalah handbag asyik terjatuh lagi sebab i dah jumpa jalan penyelesaiannya. HAHAHA!! (gelak dengan takbur).  

Terima kasih sangat kepada yana lyana sebab pernah review benda alah comel tu dalam belognya dulu. dah lama sangat, i pun dah tak jumpa entry yang dia buat tu. dan maknanya dah lama i tahu tentang benda alah tu cuma belum sampai seru nak pergi beli. 

Akibat terlampau menyampah dengan situasi handbag terjatuh jadi seru untuk pergi membeli pun datang. I cuma tahu benda ni ada dijual di cosway. sangat senang nak jumpa sebab cosway dah bersepah-sepah sekarang. Tesco, giant, taman semua ada. Kawasan rumah i ni saja pun ada sampai 2,3 cosway. Lagi la bila jadi cikgu, katalog cosway memang wajib ada dalam bilik guru. Haha. 



Macam ni lah cara nak gunakan benda comel tu tadi. Mudah dan sangat praktikal. Lepas guna boleh simpan dalam handbag dan boleh bawak kemana-mana. Harga cuma RM9.90. ada macam-macam warna dan bentuk. 



nota kaki : promoter yang jual tu pesan jangan sampai tertinggal handbag pulak . 



No comments: