gaya belit-belit tudung. urban atau konvensional ?



Assalamualaikum . Hello ladies. 


Kejap lagi nak berdating dengan mr ehem. rindu dah berbakul-bakul hokey. lebih kurang 2 bulan tak jumpa. boleh bayangkan tahap kerinduan tu kan. 


Memandangkan akan berdating petang nanti. maka dari semalam i dah sibuk fikir nak pakai baju apa, warna apa, kasut yang mana, and the most important is nak belit tudang macam mana. HAHA. sound funny right. macamlah baru first time kau dating yang nak gelabah sangat kan. tak kisah la first time ke ten times ke yang penting kena stay cun. *_*

gaya yang mana i nak belit hari ni ye? sumber google 


Jom kita focus kepada cerita belit-belit tudang dari cerita excited nak dating yang mesti korang rasa eeeuuww, nyampah. lately dah macam-macam gaya pembelitan tudung keluar. ada yang loose, ada yang ketat tahap tercekik dan ada jugak yang kembang semangkuk jadi kepala kau. taip je tutorial membelit tudung kat google dan bersepah-sepah gaya yang korang akan jumpa. 


secara konklusinya i kategorikan gaya pembelitan & pemakaian tudung kepada 2. urban dan konvensional. bagi i urban tu maknanya kau stylo habis. tudung gerbang sana sini takpun belit dengan teknik yang kadang-kala tak tercapai dek pemikiran manusia normal seperti i. konvensional pulak gaya yang lebih biasa. lebih simple dan lebih mudah. 

antara gaya urban



antara gaya konvensional 


persoalannya kat sini adakah semua gaya pembelitan dan cara pemakaian tudung tu sesuai dengan diri korang. pendapat i adalah NO! NO! NO! mengikut pengalaman i yang dah pakai tudung sejak form 3 (secara rasminya. sebelum tu sesuka hati ikut mood) i rasa tak semua gaya sesuai dengan i. pilihan yang paling sesuai untuk i semestinya konvensional. tapi bukan bermakna i tak suka gaya urban. sumpah i tersangatlah suka tau. 


 I bekerja di sekolah. perlu bergaya dengan kemas. agak tak sesuai untuk bergaya stylo mylo macam ni ke sekolah kan. Memandangkan kerjaya sebagai cikgu memerlukan i menjadi jurulatih sukan, pekebun jaya, penternak ikan hiasan dan juga bibik, so adalah sesuai i pilih gaya tudung yang memberi keselesaan. lagipun tak semua orang akan jadi secantik hana tajima bila menggayakan tudung macam ni. i la antara yang akan memburukkan pemandangan orang lain tu. 


Gaya konversional lebih mesra alam. maksud i lebih flexible untuk digayakan dalam apa-apa jugak majlis. lagipun orang-orang disekeling i terdiri dari golongan yang lebih berusia dan matang. golongan macam ni kurang berkenan dengan gaya urban. kat sini i nak share sikit kisah benar sebenarnya yang jadi pada i.  dengan confidentnya i menggayakan gaya dian pelangi ke sekolah. dah perasan cun habis kau masa tu. sampai je kat sekolah ramai jugak akak-akak dan abang-abang (cikgu senior) tegur "kau bangun lambat ke hari ni Ada,? gaya tudung macam tak siap je".  sentap mak, nyah!


Gaya konvensional jugak lebih senang digayakan dan menjimatkan masa. memang tak kuasalah nak ambil masa yang lama untuk bersiap. i am busy woman hokey! tengah single pun terasa tak cukup masa inilah pulak bila dah ada komitmen menjaga suami & anak-anak. cewwah fikir masa depan gitu. 


I sangat suka dengan gaya tudung yang stylo. off course la nak sentiasa up-to-date kan. kadang-kadang bila keluar hang out dengan member sebaya or keluar dating ada jugak la i gayakan tudung yang in with the trend.


Kesimpulannya tepuk dada tangan selera dan ukur baju di badan sendiri. ada kaitan ke? HAha.. sesedap rasa pulak feeling ala-ala karam sigh walia. bergaya kenalah bertempat. ikut situasi di mana korang berada. gaya urban bagi i sesuai bila attend majlis yang perlukan gaya yang ummghh. gaya konvensional pulak sesuai untuk rutin harian yang biasa. sesekali perlu jugak cari kelainan untuk mengelakkan pemandangan yang bosan.



Settle cakap pasal gaya urban or konvensional mengikut situasi. kemain panjang lebar dah i menaip hari ni kan. itu belum cakap pasal pemilihan warna dan corak dengan keadaan fizikal badan lagi. next time maybe. Haha. rajinlah sangat kan. Okey babai. nak bersiap-siap jumpa mr ehem.




2 comments:

Qyla Aqilah said...

yang penting tutup aurat/dada..:)

ada mokhtar said...

qyla : sgt setuju :)