ahad yang sungguh uweeikk


Assalamualaikum . 


Ini adalah entry kedua untuk hari ini. HAHAHA! nampak sangat i tersangat tak ada kerja hari ini. Ye memang pun i tersangat lapang hari ini. Laporan mesyuarat agung pibg settle, data murid settle, tov/etr settle. (perlu ke listkan semua disini?)

selain terlampau lapang, i jugak tersangat bosan sebab ditinggalkan sorang diri dalam rumah yang ada empat bilik ini. (perlu ke nyatakan jumlah bilik?) 

aktiviti i hari ini cuma call puan zarina dan wish selamat hari ibu plus bergosip dua tiga perenggan. kemudian perbualan terputus. call balik tapi tak dapat. Mesti sebab bateri hp mak kong dan mak tak dapat cas balik sebab mak baru je cakap kat rumah tak ada elektrik. 

seterusnya i pun sambung tidur . zzzz . sesudah bangun tidur on laptop dan online sehingga pening kepala. seterusnya tengok propanganza dan melodi. kemudian tertidur lagi. setelah bangun sambung online. 

owh bosannya !!


dah akhirnya dapat idea untuk sambung kerja-kerja bakal pengantin yang dah lama terbengkalai dan tersimpan di bawah katil. 


Setelah beberapa jam kusyuk dengan kerja bakal pengantin tersebut tulang belakang i pun sudah terasa sakit. sekarang masa untuk kembali ke katil. Sekian cerita ahad yang uweeikk!! 





No comments: