three in one



Assalamualaikum . 

Korang dah dinner belom . Jom ikut manusia paling lapar makan. Malam ni teringin sangat nak makan bubur nasi kat Kampung Oren, Ulu Tiram. Punyalah mengada tekak ni mengidam  mengalahkan perempuan bunting . hahaa...  

Tapi!! patahnya hati bila sampai je kat kedai dan tengok pintu kedai tertutup rapat. Huh! agak tertonggeng tahap frust i tau. Dengan hati dan patah dan perut yang kebulur terus merayau cari makan yang sedap. 

Ting!! bunyi idea dalam mentol keluar dari kepala. Haha..  Dapat idea makan kat gerai-gerai di Taman Bestari Indah. 

Amy Char Kuey Teow  



Terus bertukar menu dari bubur nasi kepada Char Kuey Teow. disebabkan alah seafood jadi order char kuey teow kosong jelah. berkerut je dahi akak gerai tu bila i mintak char kuey teow kosong. Orang kata hilang nikmat kesedapan kalau char kuey teow tak ada udang. Tapi kan, i rasa sedap je walaupun makan kosong bogel gitu. 

tiga ringgit lima kupang untuk sepinggan char kuey teow yang lazat. 



Tapi kan, tapi kan, tapi kan..... tak puas makan lagi.  terus order sebijik burger ayam dan sepinggan chicken chop kat gerai-gerai bersebelahan pulak. haha. gila melayan nafsu makan yang melampau. 


burger ayam dua ringgit dua kupang yang menjilat jari. 



lapan ringgit chicken chop yang sangat enak. 


Alhamdulillah ongeh .. perut dah tegang macam belon. Moh la ngangkat bontot dah balik. confirm terus terbongkang bila sampai rumah ni . *__*






No comments: