Selesai Kursus Kahwin


Assalamualaikum ! Salam Jumaat. Semoga pagi jumaat ini membawa keberkatan kepada kita semua. Amin . . .


Hello peeps! sempat lagi camwhore masa tengah dengar ceramah kursus kahwin. Haha! Ni lah wajah i di hari kedua kursus kahwin yang i dengan mr ehem attend 10-11 mac lepas. 

 Kitaorang bertolak dari serting ke kedah sehari sebelum attend kursus kahwin tu. pkul 5 pagi baru sampai kedah. then pukul 6.30 pagi dah kena bangun bersiap-siap pergi kursus kahwin. so bayangkanlah betapa tingtongnya kitaorang sepanjang kursus tu. asyik ingat tilam kat rumah je. Walaupun tersangatlah penat dan tak cukup rest tapi i dengan mr ehem tetap steady je sepanjang kursus. tersengguk dua tiga kali tu perkara biasalah kan.


Jom Memasuki Gerbang Perkahwinan . Buku ni diberi kepada semua peserta kursus kahwin. Banyak sangat maklumat berguna boleh bakal pengantin rujuk dalam buku ni. 


Yeayy! ini yang paling penting. Terus dapat pada hari terakhir kursus. sijil ni sah laku sepanjang zaman tau selagi sijil ni dalam keadaan baik cukup sifat. 


Lupa pulak nak bagitau tempat i berkursus. Sebut je Hasani kat Kedah memang confirm semua tahu. sila jangan jadi rakyat kedah kalau tak pernah dengar nama Syarikat Hasani ye. Tu rupa paras jadual kursus sepanjang dua i berkursus kat situ. sila abaikan hasil contengan yang buruk tu. 

Lebih kurang 160 peserta join kursus ni sekali dengan i. jangan risau tentang jumlah yang ramai tu sebab ruang dewan kursus agak luas. bayaran yang dikenakan RM80.00. makan pagi disediakan untuk kedua-dua hari. sedap tau bihun goreng free. geram je i nak tambah tapi terpaksa cover sebab malu. haha

Yang paling best adalah semua peserta kursus dapat join cabutan bertuah mingguan dan bulanan. cabutan mingguan dibuat pada hari terakhir kursus. hadiahnya alatan elektrik dan hamper. macam biasalah i bukan insan yang  bertuah. frust je. sob sob sob. cabutan bulanan pulak dicabut setiap hujung bulan. harap-harap i bertuah la kali ni. hadiah memang superb best tau! pakej honeymoon hokey! Gila kau kalau tak teringin. 

Komen i tentang slot ceramah pulak ada yang best dan ada yang mengantuk. kalau yang best memang gelak tak hingat. terus celik membulat je mata ni. tapi bila slot yang boring memang confirm lah tersengguk-sengguk kepala ni. Overall balance la tahap best dan tak best tu. 

kepada yang belum attend kursus kahwin boleh la call Hasani untuk booking tempat. terus pergi masa hari kursus pon boleh. Kursus di Hasani ni tiap-tiap minggu ada. hari sabtu dan ahad. 


sekian review untuk kisah sijil kursus pra-perkahwinan i. *__*




No comments: