misi mencari butik pengantin sekitar alor star



Hari selasa lepas dengan bersungguh-sungguhnya i menjalankan misi mencari butik pengantin sekitar alor star. so inilah hasil pencarian tu :


Tandop Primadona 
(Tandop, Alor Star)
Pakej dewan yang bridal ni tawarkan  RM2799 untuk sepasang baju sanding baru, makeup di bridal, full aksesori, payung, pelamin 3 panel, karpet, piller, meja makan untuk 12 orang, kek 3 tingkat, alatan renjis, lakaran inai dan bungan tangan. yang paling best   bridal gunakan fresh flower untuk hiasan meja makan beradap dan bunga tangan. 
Link FB : Shabani Salleh 


Eila Miamor 
(Shahab Perdana, Alor Star)
Sangat suka dengan owner bridal ni sebab dia sangat baik dan banyak bagi tips untuk bakal pengantin yang kemaruk survey bridal macam ni. antara tips yang dia bagi ialah terus terang dengan bridal size dewan yang i gunakan. sesetengah bridal sengaja naikkan harga bila bakal pengantin cakap majlis dibuat di dewan walhal size pelamin dewan tu lebih kurang rumah je. selain tu, dia sarankan untuk tanya bridal betul-betul dalam pakej tu ada full aksesori atau sekadar dapat baju je. 
Harga yang bridal ni tawarkan RM2800 tapi disebabkan rumah i jauh dari Alor Star jadi cas pengangkutan RM300 dkenakan. Bridal willing untuk buat baju baru sebab badan i kecik dan harga yang i akan bayar lebih dari RM3000.
No phone kak eila : 0194442884


Butik Cinta
(Shahab perdana, Alor Star)
Sangat berkenan dengan baju-baju kat sini. terus terang i cakap pakej rumah agak berbaloi tapi pakej dewan memang lari dari bajet i. ditambah pulak dengan kos pengangkutan terus buat i reject bridal ni.  
Link FB : Hisham Hashim 


Ratu Galeri Perkahwinan
(Sebelah Tesco Mergong)
Tak dapat jumpa dengan owner bridal ni sendiri. i just bincang dengan pekerja sahaja so tak banyak yang dapat i review kat sini. 
No phone : 0194337387


Ratu Mempelai 
(Dalam Tesco Mergong) 
Homaiigod!! i tak mampu . pakej dewan yang bridal ni suggest pada i lebih kurang RM6000-RM7000. 
untuk yang bajet lebib bolehlah survey kat sini :)
Link FB: Riduan Wanz


Hansz Boutique
(Taman Rakyat, Mergong)
Sangat suka dengan bridal ni sebab sangat paham taste i. memandangkan i sangat cerewet + mengada-ngada so sangat rumit nak explain taste i pada bridal. tapi bridal ni mudah je paham. bridal ni sangat baru so tak banyak gambar wedding yang boleh buat rujukan. tapi i rasa bridal ni mampu je buat setanding dengan bridal yang dah lama. Harga untuk ditawarkan untuk pakej dewan RM3800 tapi boleh di adjust  mengikut kemampuan i iaitu RM3000. Paling best termasuk  makeup dirumah. yeay suka yang tu.
Link FB : HaazsB



Ini jelah bridal sekitar Alor Star yang mampu i pergi dalam masa sehari. Yang lain-lain i cuma minta quotation melalui email je. InsyaAllah kalau ada masa i share quotation tu. kalau ada masa jugak nanti i buat review pencarian di sungai petani pulak . sila doakan i ada masa :)



No comments: