DIY tissue flower



Assalamualaikum . Hooolaa!!  

Rupa paras bunga tisu yang sedang i kerjakan setiap malam. Kononnya nak achieve target siapkan 200 kuntum bunga dalam masa 2 bulan. sila doakan i berjaya ye *_*


So i dengan gigihnya nak jugak buat tutorial membuat bunga tisu walaupun dah banyak sesangat lah tutorial bunga tisu ni korang jumpa kalau search kat google. Tak kira retis jugak nak buat. haha. So, cekidout tutorial versi i. 

1. Bahan : tisu, dawai or benang (dan sewaktu dengannya) & gunting.

2. Tisu Ikea ni besar so sekeping tisu boleh gunting kepada 8 bahagian.  Maknanya boleh dapat 4 kuntum bunga. 

3. Combine dua keping tisu then lipat tisu sampai jadi macam kipas seperti dalam gambar. 

4. Ikatkan bahagian tengah dengan dawai halus. makesure kiri dan kanan sama panjang.

5. Now trim bahagian hujung tisu macam dalam gambar. kedua-dua belah ye. 

6.  Buka lipatan kipas tadi. 
7. Then dengan penuh hati-hati selakkan setiap lapisan tisu tadi. 

Taraaa!! inilah hasilnya . 


Jom kira total cost untuk tissue flower ni ye .
sebungkus tissue (50 helai) RM11.90
dawai halus (50 urat) RM1.60  haha sesuka hati je guna urat untuk dawai. 
so ditambah jadi RM13.50 . dibahagi dengan 200 kuntum bunga so RM0.0675 sekuntum.  Gila bajet kan! Haha i like!



10 comments:

iedaurora said...

ieda pun tengah mengerjakan bunga tisu nie alahai lambatnye nak siap ^_^

ada mokhtar said...

iedourora : yeayy kita geng.. hehe.. tulah penat dah melipat ni..

fatinfaqhtee said...

u, cntik nya ! i igt nak try jugak la. ;)

btw,gud luck u !

ada mokhtar said...

fatin : thanks dear... jom join kelab bunga tisu.. hehe

!eNa PnG said...

sangat syantek... dah try buat jugak.. utk my cousin

ada mokhtar said...

iena : hehe.. thanks dear.. yg penting kos pun dikurangkan..hehe

AyongAtikah Zaid said...

assalamulaikum...salam perkenalan..nak tumpang tanya...hehe..kalau pkai tissue pink yg biasa tu blh tak ek?

ada mokhtar said...

salam.. boleh je dear... i pernah buat dgn student masa kelas seni guna tisu pink yg biasa. the outcome cun jugak :)

noor hidayah said...
This comment has been removed by the author.
noor hidayah said...

salam..tumpang tanyer...tisu ikea ade mcm2 warna ker?/
warna peach n oren ade tak??