deco deco deco!


Assalamualaikum ..  

Surprise! Eric in da house ! 

Okey, tak ada maknanya Eric tiba-tiba nak muncul dengan jeritan SURPRISE! kat depan pintu rumah i kan. Jangan nak berangan lah ada yang volunteer nak deco kan rumah secara free kan. So dengan berbekalkan keazaman yang membara nak deco rumah sendiri bila dah berdua nanti, maka hujung minggu dimanfaatkan dengan mencari idea. come to ideas! please come to me! 



lokasi mencari idea. Uni Home Deco, Taman Mount Austin JB.  ada tiga floor yang penuh dengan perabot & barang hiasan rumah. dan juga pekerja yang sangat efisyen. mengikut je ke mana customer pergi. siap pakai walkie talkie tu. 


Set furniture rama-rama. Exclusive sunggoh nyah! ternganga mulut mak tengok rama-rama disana-sini. 


Presenting Ani, my new housemate. sungguh terharu dengan kesudian dia melayan mood ngada-ngada i ni kan.  sedang membelek perhiasan kat floor 3. 


sangat suka dengan rak yang boleh lekat pada dinding tu. wajib ada kat rumah i nanti. 

koleksi jam dinding yang bermacam-macam pilihan. 


Hanya mampu terlopong dengan perabot bilik tidur kat floor 2 ni. Wow! selain jual perabot, cadar pun ada dijual. sangat berkenan dengan cadar-cadar tu dan sedang berkira-kira duit nak beli nanti . 


Kat floor 1 pulak ada koleksi lampu, pasu dengan bunga. kesimpulannya sangat menarik. Dah puas membelek-belek barulah keluar dengan hati yang puas walaupun tak beli apa-apa pun. at least dapat cuci mata dengan girangnya. 


Sehari sebelum cuci mata kat sini, i dah cuci mata kat KK HOME DECO. off course lah sangat seronok jugak pergi cuci mata kat situ. terlupa nak curi-curi ambil gambar. haha. Tapi i akan pergi lagi situ sebab housemate i dah tolong buat member card pun. SEE! sangat bersemangat kan. 


Lepas ni nak ajak Mr Ehem cuci mata kat IKEA pulak *__*




No comments: