welcome 2012



welcome 2012,  with love -adamokhtar-


Hooreey! Hooreeey! yep yep hoorey!  First entry untuk tahun 2012 . 

Alhamdulillah masih dipanjang usia, masih diberi kesempatan untuk menghirup udara dan bernyawa didunia ini . Juga masih diberi Rahman dan Rahim kepadaku. sangat bersyukur untuk segalanya . So aktiviti di 1/1/2012 adalah berehat sepenuh masa di rumah dan terus menikmati segala kesempatan yang ada *__*


Bila masuk tahun baru masing-masing mulalah bercerita pasal azam. Tak ada azam yang special bombastik untuk i pun sempena 2012 ni sebab tak kuasalah nak berazam sampai dua kali setahun. Masa Awal Muharam hari tu pun dah pasang azam. cukuplah menunaikan azam sempena Awal Muharam. lebih berkat rasanya. 


Tapi biasalah, kenalah ambil semangat tahun baru jugak kan. Takkan nak biarkan kedatangan tahun baru macam tu saja. Dah macam orang tak bersemangat pulak gitu. Kedatangan tahun baru ni i sambut dengan perasaan excited nak masuk alam persekolahan lagi. Hello! cikgu pun ada perasaan excited nak pergi sekolah tau. 




Macam murid-murid jugak, semalam cikgu dah bershoping alat tulis dengan gembiranya. Yeaayy!! dapat alat tulis baru. Dairy, pen hitam, pen merah, gam, corrector, pisau . Persiapan ala kadar, taknak membazir. Alat tulis lain guna je yang tahun lepas. 



Yeaay!! Back to school . haha . kemain semangat kan . Tak sabar nak jumpa murid-murid kelas 4 Intan esok. Esok ada majlis pendaftaran murid kat sekolah. 
Hello pupils ! 





Okey, yang ni termasuk dalam list pembaziran . Upps! tak tahan tau tengok kecomelan pinky love ni. Sebenarnyakan, i dah ada tiga batang pen yang comel macam gini. suka lah pulak nak buat koleksi . Nanti bila-bila i tayang untuk tayangan umum ye *__*




Happy new year darls! 







No comments: